Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, October 26, 2013

Pasca Bajet 2014 Tidak Populis?




Semalam telahpun berlansungnya sesi pembentangan Bajet 2014 yang dibacakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Parlimen bermula sekitar 3 petang pada 25 Oktober 2013.

Antara yang dibentangkan adalah pelaksanaan GST, pemberian BR1M yang dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, pengurangan subsidi gula, insentif kepada para usahawan dan banyak lagi yang telah dibentangkan oleh beliau yang tidak dapat saya senaraikan satu persatu.

Secara keseluruhan penulis tidak melihat ianya suatu yang signifikan. Niat penulis bukan ingin mengulas daripada perspektif ekonomi atau politik. Hanya ingin memberi sedikit pandangan rakyat biasa yang mempunyai perspektif tersendiri.



Pembentangan Bajet 2014 Oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Razak


Secara kasar penulis melihat Bajet 2014 lebih kepada perlaksanaan janji PRU13 yang lepas. Mungkin itu yang terbaik yang pihak kerajaan boleh lakukan pada masa ini.

Bagi diri penulis apa yang lebih penting adalah kawalan hutang, perbelanjaan dan menambah baik perolehan negara.

Apa yang dibentangkan semalam baru sekadar pembentangan atau cadangan daripada pihak kerajaan. Pelaksanaan yang sebenar nanti, mungkin ada perkara yang boleh ditambahbaik dan diperbaiki lagi.

Tapi , perkara yang agak mengejutkan diri penulis dan juga mungkin kepada yang lain juga adalah alasan pengurangan subsidi gula adalah atas faktor ingin mengurangkan jumlah pesakit Diabetes yang semakin meningkat.

Bagi penulis itu adalah alasan yang kurang bernas diberikan dizaman maklumat dihujung jari.

Rakyat mungkin boleh menerima sebab pengurangan subsidi adalah tindakan kerajaan untuk menyalurkan subsidi itu kepada sektor-sektor yang lebih penting sebagai contoh sektor pendidikan dan sebagainya.






Isu ini tidaklah begitu besar dan tidak perlu diperbesarkan, cuma penulis berharap agar pihak kerajaan perlu lebih bijak dalam memberi alasan/hujah selepas ini kerana sejak kebelakangan ini penulis melihat/mendengar/membaca kebanyakkan isu yang berlaku, hujah/alasan yang diberikan oleh para menteri yang terlibat agak kurang releven dan terlalu beremosi.

Adalah lebih baik menteri yang terlibat adalah ahli didalam kementerian yang dipegang atau sekurang-kurangnya mempunyai kepakaran mengatur ahli bawahannya yang terdiri daripada para intelektual dan jurutera yang mampu mengubah sistem yang sedia ada kepada sistem yang lebih baik yang memberi kebaikan kepada semua pihak.


“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada AHLINYA , dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, kamu menetapkan hukum dengan adil..."  (Surah an-Nisa’ : ayat 58)



KETIRISAN ADALAH MASALAH UTAMA YANG PERLU DIPERBAIKI

Ini adalah masalah utama didalam mana-mana organisasi sekalipun. Baik daripada organisasi keluarga, syarikat dan negara.

Perbelanjaan melebihi pendapatan yang tidak terkawal yang membuatkan sesebuah organisasi itu 'bankrup' atau muflis.


Kebocoran Wang Melalui
Perbelanjaan Tidak Terkawal


Berhutang(meminjam) itu tidak salah sekiranya hutang itu mendatangkan kebaikan dan perolehan pendapatan kemudiannya - 'Good Debt'.

Tetapi sekiranya hutang yang berbentuk liabiliti, kemudian berbelanja semata-mata untuk mengejar 'life-style' atau perkara-perkara yang tidak bermanfaat, ianya suatu yang sangat merugikan - 'Bad Debt'.


"Sekiranya kamu membeli/berbelanja perkara yang tidak perlu, suatu hari nanti kamu terpaksa MENJUAL segala KEPERLUAN yang kamu ada" - Warren Buffet


Perbelanjaan keraian yang menelan belanja sehingga JUTAAN ringgit sebaiknya disalurkan kepada sektor-sektor yang memerlukan kerana perbelanjaan keraian tidak dapat membantu meningkatkan modal insan yang lebih memberi kebaikan dalam jangka masa panjang kepada negara.


(Klik Imej Untuk Paparan Lebih Besar)


Bayaran Artis K-POP RM1.6 JUTA 
Rujuk LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PERSEKUTUAN 
di bawah (m/s 426 - m.s 376 tercatat pada dokumen)



Amalan rasuah juga perlu diperangi habis-habisan kerana ini juga antara faktor kronik yang menjatuhkan sesebuah negara sejak dari dahulu lagi.

Apa yang telah dibentangkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini perlu diambil peduli dan tindakan perlu diambil. Siapa sahaja yang terlibat dengan konspirasi 'jahat' perlu diambil tindakan tidak kira samada dipihak bawahan atau atasan.




LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PERSEKUTUAN

Jabatan Audit Negara, National Audit Department





Laporan mStar :

GEORGE TOWN: Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata Jabatan Audit Negara (JAN) merupakan sebuah badan yang bebas daripada kuasa politik dan semua urusan pengauditan dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa.
Beliau berkata setiap tugasan secara spesifik merujuk kepada tajuk sesuatu projek dan bukan melihat kepada pihak yang melaksanakannya. 
"Kita tidak tengok kepada kerajaan 'A' atau kerajaan 'B', kami 'colour blind', setiap negeri atau jabatan yang diaudit disusuli dengan laporan, boleh lihat kepada laporan itu. - mStar.  




Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang
Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang
Ketua Audit Negara, Malaysia


Penulis berharap laporan jabatan ini tidak berlaku berat sebelah yang lebih kepada 'political favor'. Salah tetap salah, walaupun yang buat salah itu terdiri daripada orang yang disanjung tinggi oleh masyarakat.

Sekiranya ketirisan dan amalan rasuah ini dapat diperangi barulah tindakan mengurangkan subsidi, menambah perolehan pendapatan melalui cukai dan sebagainya diterima oleh rakyat tanpa rasa sangsi kerana kami tahu ia akan memberi kebaikan kepada kami semua, bukan untuk memenuhkan poket orang-orang tertentu sahaja.

Setakat ini yang mampu penulis beri sedikit pandangan mengenai 'Pasca Bajet 2014', banyak lagi yang tidak disentuh diharap pada masa akan datang diberikan kudrat untuk memberi pandangan berkaitan dengan pendidikan, usahawan dan sebagainya.




Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda


Wednesday, October 16, 2013

Rokok Naik RM16? Apa Tindakan Anda?





Ada khabar angin berlegar-legar diruangan media yang menyatakan rokok berkemungkinan akan naik harga sehingga 50% iaitu RM16.00 sekotak (20 batang).

Tetapi berita ini belum disahkan lagi oleh pihak berkuasa.

Pada Julai 2013 lepas, seorang ahli ekonomi dinegara ini telah mencadangkan supaya cukai rokok ini dinaikkan mengikut negara-negara lain seperti Singapura yang menaikkan kadar cukai sehingga 65%.

Langkah ini telahpun dibuktikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai stategi ke arah pengurangan penggunaan rokok, ulas pakar ekonomi berkenaan seperti yang telah dilaporkan oleh Berita Harian Online pada 19 Julai 2013.

Sekiranya pelaksanaan kenaikan harga rokok ini benar-benar berlaku nanti, ia merupakan satu langkah yang baik disamping menaikkan cukai arak dan hiburan.

Sekiranya statistik perokok masih sama atau semakin bertambah, sememangnya mereka adalah daripada golongan 'mampu milik' dan sukar untuk berubah.

Berhenti merokok sememangnya sukar dilakukan terutama perokok tegar yang telah merokok selama 15 tahun ke atas kerana tabiat ini telah dilakukan berulang-ulang kali.

Setiap perkara yang dilakukan berulang-ulang kali akan cepat tertanam didalam minda bawah sedar dan sukar ditinggalkan.



BAGAIMANA UNTUK MENINGGALKAN TABIAT ROKOK SERTA MERTA?

Namun begitu sekiranya mereka memiliki kesedaran betapa bahayanya merokok terhadap kesihatan dan betapa ruginya wang saku dalam pembelian bahan yang dibakar ini, sudah pasti tabiat ini dapat ditinggalkan serta-merta sekurang-kurangnya dalam masa 3 bulan (ini telah dibuktikan oleh penulis sendiri dahulunya perokok tegar, kini sudah meninggalkan rokok selama 3 tahun, tanpa meninggalkan kesan kesihatan akibat berhenti merokok).

Pelbagai metod yang boleh digunakan dengan syarat mempunyai hasrat yang kuat untuk berhenti didalam diri.

Antara metod yang telah digunakan oleh para perokok ialah pengambilan e-ciggerate (e-cig) pada jangkamasa pendek (sekurang-kurangnya 3-5 bulan) .

Pengambilan secara berterusan atau jangkamasa panjang (melebihi 6 bulan) tidak digalakkan kerana dikhuatiri mempunyai kesan-kesan sampingan yang lain yang tidak diketahui.

Ada juga yang telah meninggalkan rokok serta merta tanpa menggunakan sebarang metod.

Cuma kaedah ini perlu ada sedikit 'emotional pressure' (memberi tekanan emosi kepada diri). Ini merupakan salah satu teknik psikologi yang sangat berkesan.


ADAKAH METOD LAIN BOLEH DIGUNAKAN SELAIN E-CIG?





Antara metod lain yang boleh digunakan adalah 'self-hypnosis' atau sugesti/saranan kepada minda bawah sedar kerana segala tabiat yang sukar diubah tersimpan didalam minda bawah sedar ini.

Minda bawah sedar adalah 'database' kita. Segala sejarah silam melibatkan emosi yang kuat, tabiat, ilmu tersimpan rapi didalam minda ini.

Untuk mengubahnya kita perlu melakukan 'mind re-programming'.

Sama seperti komputer, sekiranya mempunyai masalah virus, perlu ada aplikasi anti-virus yang boleh 're-programming' aturcara komputer untuk membuang 'programming' virus dikomputer.

Metod ini mudah dan tidak perlu belanja lebih sekiranya sudah tahu caranya. Sekiranya anda mendapat bimbingan daripada guru yang berpengalaman, ianya lebih berkesan dan tidak mengambil masa yang lama.

Master Rey (CH) adalah antara yang disarankan, kerana beliau sangat berpengalaman dalam bidang ini.

Beliau merupakan pakar dalam bidang seni kuasa rasa, hypnosis dan alam bawah sedar yang telah merawat dan membimbing melebihi 5 tahun dan terbukti berkesan.


MAHAL ATAU TIDAK MERAWAT/BELAJAR DENGAN Master Rey?

Sekiranya anda mampu belanja RM2500-RM3500 per tahun selama 10 TAHUN, jumlah ia lebih kecil dan sangat berpatutan untuk anda yang benar-benar ingin ikhtiar untuk belajar/merawat dengan beliau.

Sekiranya ada yang telah berjaya/berkesan mengapa anda tidak?





Metod Hypnosis  - Cara Memprogram 
Minda Bawah Sedar





Metod Hypnosis + EFT : Terapi Berhenti Merokok
Fuad Baradja
...


Hari ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda bertindak sebelum anda berbelanja lebih lagi dengan rokok pada masa akan datang. 

RM16.00 sehari, RM112 seminggu, RM448 sebulan dan RM5376 setahun merupakan perbelanjaan yang sangat besar, malah lebih besar daripada perbelanjaan petrol yang telah dinaikkan harganya sebanyak #20sen seliter.

Bayangkan perbelanjaan ini dalam masa 5 tahun lagi nanti; berapa banyak yang anda dapat salurkan kepada tabung simpanan pendidikan anak-anak, insuran kesihatan/keselamatan seperti #takaful , makan/minum/pakaian mereka?

ATAU berapa banyak yang anda boleh simpan untuk tabung persaraan anda nanti?

YA, anda masih belum lambat bertindak. Anda hanya perlu bertindak SEKARANG untuk mengubahnya.



Rujukan :
1. EFT - Emotional Freedom Technique | website : http://eft.mercola.com/





Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda


Tuesday, October 1, 2013

FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - KESIMPULAN


Sebenarnya banyak lagi penulis ingin berkongsi pandangan, cuma tidak mahu kelihatan terlalu rumit.

Facebook tidak salah jika kita tahu menggunakannya samada mudhorat atau mujarab kita yang menentukannya. Jika kita menggunakan untuk mengeratkan silaturrahim, memudahkan komunikasi sesama keluarga dan membina platform untuk meningkatkan ekonomi, itu suatu yang positif.

Jika ianya digunakan untuk menyebar fitnah, bergaduh sesama sendiri, mencaci-maki walaupun pada perkara yang baik sekalipun. Itu suatu yang 'mudhorat' kepada diri dan yang lain.






Para blogger/media dalam talian perlu ada rasa tanggungjawab
menyiarkan cerita/berita yang lebih bermanfaat kepada pembaca.


SIAPA PERLU AMBIL PERANAN? 



Setiap pengguna tidak kira dikalangan pemerintah, rakyat jelata, artis, pengamal media seperti blogger perlu mengambil peranan.

Dahulu mahu sampaikan berita mengambil masa untuk tulis, untuk cetak, edar akhbar ke pelusuk kota dan desa. Sekarang ini, peristiwa berlaku depan mata, tulis, ambil gambar, semua orang boleh baca dan tonton. Segera.

Setiap yang menulis perlu ada rasa tanggungjawab. Walaupun hanya menulis komen. Kemungkinan kenyataan yang ditulis diambil kira dan disebarkan kepada yang lain.

Sekiranya berita belum tentu sahih jangan disebarkan. Siasat terlebih dahulu. Jika ianya mengaibkan lebih baik bertindak tidak membuka keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang melibatkan maruah.

Jangan menulis sekadar untuk mendapat perhatian pembaca sahaja, mahukan rating yang tinggi, takut nanti digelar media sampah. Manfaatnya sedikit, yang banyak disebarkan cerita-cerita 'porno'.

Kita tidak tahu, kadang-kadang dengan kata-kata kita yang sedikit mampu membuat seorang berubah kepada keadaan yang lebih baik atau lebih buruk. Jika setiap orang memberi sumbangan, ianya akan memberi impak yang besar. Sebab itu setiap orang perlu mengawal diri. Bukankah jihad paling besar adalah melawan nafsu sendiri?

Baik buruk anda tentukan. 'Diri sendiri tak tahu menari jangan salahkan lantai berjongkang-jongket' .

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua. Sekiranya ada terkasar bahasa mohon kemaafan. Sekadar memberi sedikit pandangan untuk kebaikan semua.










                                                                      << Prev 1 2 3 4 5

Topik Berkaitan:

1. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Intro/Sejarah FB
2. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Zaman Mula Berubah
3. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Keyboard Warrior
4. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'Macai' VS 'Toktok'

...
#Ceciter - Apa Pon Boleh
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini