Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, April 14, 2012

4 Teknik Berkesan ISTIQOMAH



Kita sudah biasa dengan istilah ISTIQOMAH yang sering digunakan oleh para ilmuan agama didalam ceramah-ceramah agama mereka untuk mengajak orang ramai supaya melakukan ibadah secara konsisten. Ramai yang tahu, tapi hanya mengecilkan skop kepada ibadah-ibadah ritual seperti solat, zikir dan sebagainya. 






Walhal skopnya luas tidak semestinya digunakan oleh orang Islam sahaja tetapi digunakan oleh semua manusia supaya memperoleh kebaikan dan kesejahteraan didalam hidup.

Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintahkan, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu buat. (Surah Hud Ayat 112)


ISTIQOMAH adalah daripada perkataan Arab mempunyai kata akar Qaf-Waw-Mim yang membawa maksud konsisten, berpendirian kukuh, berterusan, berperilaku lurus dan maksud-maksud yang sinonim denganya.

Sikap ini perlu ada dalam diri setiap manusia supaya memperoleh kejayaan dan ianya juga sebagai asas untuk membuat sebarang anjakan didalam diri. Tanpa sikap ini akan membuatkan setiap usaha kita terhenti di tengah jalan atau lemah semangat didalam setiap usaha atau “hot hot chicken shit” @ “Hangat hangat tahi ayam”


"Kejayaan HANYA Milik Mereka Yang KONSISTEN"


Ramai mempunyai IMPIAN dan CITA-CITA untuk berjaya didalam hidup tetapi tidak mempunyai Method untuk sentiasa KONSISTEN didalam setiap usaha dan perubahan yang ingin dilakukan. Salah satu teknik yang digunakan didalam bidang psikologi dan pembangunan manusia yang sentiasa digunakan untuk meningkatkan peratusan usaha yang dilakukan BERJAYA dan berada didalam MOMENTUM yang tinggi ialah dengan menggunakan Teknik ‘Anchor’.

4 Teknik Anchor (TA) yang digunakan untuk memberi Kuasa Tindakan kepada anda ialah:

1        HARGAI setiap impian/niat yang anda ingin lakukan didalam hidup.   Sebagai contoh; Anda ingin menjadi seorang yang suka membaca.
2        SENTIASA POSITIF dengan impian dan niat anda untuk berubah. Emosi positif ini penting didalam setiap usaha yang ingin anda lakukan kerana ianya akan memberi kuasa dorongan kepada anda selain anda berasa Tenang dan Mudah.
3        TULIS atau LUKIS impian anda ini mengikut kreativiti anda sendiri supaya anda sentiasa dapat membaca dan melihat impian anda. Ini akan membuatkan anda sentiasa berada didalam Energi Positif  setiap kali anda melihat dan membacanya.
4        BERTINDAK kearah impian anda secara konsisten. “Its NOW – or Never


Carta Visi @ Impian

Berilah penghargaan kepada diri anda setiap kali anda berjaya membuat sesuatu perkara walaupun usahanya sedikit. Ucaplah “Tahniah [nama anda] berjaya membuat [usaha anda] pada hari ini” sambil menepuk bahu kiri dengan tapak tangan kanan anda.

Kajian daripada para saintis menemui apabila kita sentiasa menghargai usaha dan memberi penghargaan kepada diri sendiri akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk BERJAYA dan pada masa yang sama anda akan memperoleh ILHAM bagaimana untuk memperoleh apa yang anda inginkan.

Semoga Anda Kaya & Berjaya Dunia dan Akhirat
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini