Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Sunday, October 21, 2012

KENAL DIRI : "NERAKA Untuk Yang Tak Sedar Diri"



Setiap pemikiran menghasilkan ENERGI, setiap energi mempengaruhi
setiap individu dan peristiwa disekeliling. Yang mana satu anda?


Terdapat 4 tahap KESEDARAN diri yang harus kita tahu dan fahami dalam kehidupan kita ini. Kebanyakkan daripada kita termasuk diri saya sendiri sentiasa terpenjara didalam NEGATIVITI diri dimana ianya sebenarnya ibarat 'NERAKA' kepada diri yang kita sendiri tidak menyedarinya walhal kita telah berada dan bergelumang didalamnya setiap waktu!


Berikut adalah 4 tahap KESEDARAN :

1. TIDAK SEDAR dengan KETIDAKSADARAN diri

Pada peringkat ini kita tidak sedar bahawa kita tak sedarkan diri. Bukan bermaksud kita pitam tetapi membawa maksud kita tak sedar akan NEGATIVITI yang telah berada didalam diri pada setiap masa. Sebagai contoh kita adalah seorang panas baran, kita tak sedar sikap panas baran itu telah menyakiti pihak yang lain sebaliknya kita pula sentiasa mencari salah orang lain dan mencari seseorang untuk dipersalahkan.

2. SEDAR dengan KETIDAKSADARAN diri

Peringkat ini kita sedar dengan sikap negativiti yang menyelubungi diri. Sebagai contoh kita sedar dengan sifat WAS-WAS dalam diri dan cuba untuk memperbaikinya supaya menjadi seorang yang lebih YAKIN dengan setiap keputusan yang dibuat.

3. SEDAR dengan KESEDARAN diri

Tahap ini anda sentiasa menumpukan diri anda untuk berfikir POSITIF. Sentiasa mengubah apa sahaja rintangan/halangan kepada satu peluang. Pada tahap ini apa sahaja VISUALISASI anda sentiasa menjadi kenyataan. 

4. TIDAK SEDAR dengan KESEDARAN diri

Pada tahap ini pula, kita tidak perlu bekerja keras atau dalam istilah yang biasa kita gunakan 'effortless'. Peluang atau rezeki sentiasa datang kepada anda tanpa diminta dan dicari. Peluang yang hadir seolah seperti anak raja yang dihidangkan hidangan tepat pada waktu dan masanya. Energi POSITIF sangat kuat didalam diri anda dan ianya sentiasa bertambah dari hari ke hari. Anda mungkin pernah digelar oleh orang sekeliling anda sebagai "Orang Bertuah", "Ada Ong"


Pelajari ILMU tentang MENGENAL DIRI SENDIRI bersama Pak Habib pada 10.11.2012 ini. Orang yang berjaya dan ingin berjaya sentiasa mengambil peluang yang terhidang dihadapan mata. Mereka percaya bahawa peluang yang hadir adalah yang terbaik buat diri mereka dan peluang yang hadir itu juga merupakan anugerah daripadaNYA untuk kita pelajari samada dalam bentuk pengalaman atau majlis ilmu.

Pak Habib - Syed Hussein Al Attas


Klik disini untuk mempelajari ilmu MENGENAL DIRI : http://alxslife.eventbrite.com/


Anda Mungkin Berminat Untuk Membaca : "Kenal Tuhan Di Janda Baik"

Sumber Inspirasi KEJAYAAN Anda


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini