Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Monday, November 12, 2012

Kenal Diri : “Kenal TUHAN di JANDA BAIK”


Pak Habib - S.H AlAttas "Mengenal Diri"

10 November 2012 adalah detik sejarah yang tidak akan dapat dilupakan oleh para peserta ALXS (A League of Xtra-Ordinary Souls—Liga orang-orang Berjiwa Luar Biasa).  Pak Habib melangkah setapak lagi menuju cita-citanya untuk memberi ilmu kepada pencinta ilmu spiritual — ilmu mengenal diri. Ilmu yang semakin lama semakin pudar didalam masyarakat. Malahan ada juga yang mengatakan ilmu sesat. Tidak kurang juga yang ingin menuntut untuk mencari sakti (baca : karamah) . Karamah atau sakti itu bukan tujuannya kerana itu hanyalah permainan ‘anak-anak’, dalam perjalanan spiritual kehendak itulah yang akan menjadi ‘hijab’ kepada tujuan ASAL. Apa tujuannya? 

Tujuannya hanya SATU. Mencari jalan pulang! Nak pulang kemana? Pulang kehadratNYA!


Testimoni  Program - "Mengenal Diri"


Tasauf Moden - Salah satu buku
kegemaran bacaan Pak Habib

DaripadaNYA kita datang KepadaNYA kita kembali

Persoalannya adakah kita sudah tahu jalan pulang? Jalan pulang ke rumah kita mungkin tahu, itu pun kadang-kadang terbabas sebab GELAP tak nampak jalan. Inikan pula jalan kembali kepada-NYA.

Maka, adat orang tak tahu jalan bertanya kepada yang tahu jalan. Kan? Tapi ‘orang kita’ ni tak tau jalan, tapi buat-buat tahu, bila orang bagitau jalan dia cakap jalan orang tu salah pulak. Pelikkan?

Kenal DIRI, maka kenal TUHAN


Buku "Mengenal Diri" boleh didapati ditoko buku
seluruh negara

Pak Habib Dihadiahkan Buku "Mengenal Diri"

Hidup kita sebagai manusia hanya seketika. Sampai masa kita dipisahkan daripada ALAM JASAD yang kita pakai sekarang ini untuk meneruskan kehidupan ke alam yang lebih KEKAL. Orang yang tak KENAL DIRI dia takut mati sebab dia rasa hidupnya habis didalam tanah nanti.


“Kita adalah makhluk SPIRITUAL(tidak berjasad) yang diberikan pengalaman memiliki JASAD buat seketika”


Nak salahkan mereka sepenuhnya pun tak boleh juga, sebab tiada siapa memberi dorongan untuk mereka belajar ‘ilmu jalan kembali’. Mereka diajar oleh orang mengaku ‘bijak pandai’, supaya lebih sibuk menjaga tepi kain ‘Mak Jemah’ menghukum sana sini, tapi  tak sedar ‘pelita’ dalam diri semakin malap dilitup ‘jelaga’ yang semakin hari semakin tebal akibat perbuatannya. Mereka tak tahu semakin tinggi kekuatan spiritual, semakin tajam deria indera , semakin kuat daya intelek  maka semakin bijak merencana kehidupan. Inilah yang para musuh tak mahu kita kuasai kerana semakin kuat daya spiritual dengan mudah segala pemasalahan dapat diselesaikan. Sebab itu dunia hari ini disadapkan dengan banyak perkara; sibuk dengan hiburan, sibuk dengan urusan dunia, sibuk dengan hal-hal kuasa dan pemerintahan yang tak sudah-sudah. Akhirnya tahu-tahu ‘Time-Out’! Bila dah sampai ‘check-point’. Nak mintak patah balik DIA kata “No Entry, One Way Only!” Amacam?


Evolusi Spiritual Insan

Tok Kenali -  Mengajak manusia
bertauhid kepada Tuhan yang SATU


‘Worse case scenario’ ; makin banyak melakukan ibadah, makin gelap hati, makin jauh dengan Tuhan. Sebab apa? Ilmu ini yang akan diajar dan kita perlu belajar. Ilmu tentang bagaimana apabila kita melakukan kebaikan walau sedikit pada pandangan manusia, tetapi BESAR hasilnya kepada kita. Walaupun kebaikan itu hanya memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan sepatu buruk!


Tuhan melihat apa yang ada pada HATI kamu


Majlis ini juga mendapat kejutan ramai kerana dihadiri tetamu yang tidak disangka-sangka iaitu anak kepada “anak murid” Tok Kenali  penulis buku “Mengenal Diri” — Mohd Yusof Che Wook.


'Tetamu Istimewa'



Dihadiri lebih daripada 50 orang peserta yang begitu setia mendengar ilmu Pak Habib sampaikan dan ‘tetamu istimewa’ juga diberi kesempatan untuk mencurahkan ilmu mereka kepada para hadirin. Hati mana yang tidak tersentuh apabila diperkenalkan ‘Sang Khalik’ yang Maha Pencinta, apabila disebut sahaja namaNYA maka bergetar seluruh tubuh menitis air mata hiba terbuka hijab melihat sifat Maha Pengasih & Penyayang.


Menitis Air Mata Hiba -
"Apabila disebut nama-NYA maka bergetar seluruh JIWA"


Program “Mengenal Diri” ini adalah ilmu pengenalan. Tidak cukup sehari jika dibahaskan kerana ilmunya terlalu luas. Pak Habib yang saya kenal orang yang tak pernah lokek dengan ilmu. Setiap kata nasihatnya pasti ada isi yang tersirat jika jiwa yang mendengar itu benar peka dan memahami. Bertanyalah, beliau akan menjawab sebaiknya.

Lebih 50 Orang Peserta Hadir
ke Program "Mengenal Diri"- Klik(album)

Kepada yang tidak dapat hadir pada majlis ini, Pak Habib akan mengadakan program pengisian rentetan daripada program “Mengenal Diri” iaitu “Melangkah & Berjaya” akan diadakan pada 17.11.2012 (Sabtu), 9 pagi hingga 5 petang . Dalam program ini Pak Habib akan menerangkan RAHSIA bagaimana menguasai impian. Beliau akan membuka semua rahsia kejayaan yang selama ini tersembunyi tidak diketahui ramai dan cara untuk menguasainya. Bezanya untuk majlis ilmu kali ini Pak Habib adakan lebih  EKSKLUSIF, hanya terhad untuk 30 ORANG SAHAJA kerana lebih mudah untuk beliau memberi tumpuan kepada para peserta terutama dalam sesi soal jawab dan ‘mentoring’

Klik disini untuk DAFTAR ke program “Melangkah & Berjaya” kerana tempat semakin TERHAD untuk anda : http://alxslifeevent.eventbrite.com/







ALXSLife : Pak Habib Sering Memberi ILMU
didalam apa jua bentuk MEDIA

Anda mungkin berminat untuk membaca : "Neraka Untuk Yang Tak Sedar Diri"


Sumber Inspirasi KEJAYAAN Anda


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini