Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Thursday, July 19, 2012

EKSLUSIF : Selamat Menunaikan Ibadah PUASA





RAMADHAN semakin hampir. Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan  sama-sama menunaikan ibadat puasa. Bulan yang sentiasa dinantikan oleh mereka yang ingin meningkatkan ibadah dan hubungan kepada Allah. Tetapi berapa ramai yang benar-benar mengerti pengertian puasa yang sebenar?


“Ramai yang berpuasa, tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga…” 
- Hadis


TAHUKAH ANDA? bukan sahaja umat Islam sahaja yang berpuasa, tetapi kebanyakkan agama diatas muka bumi ini juga mengamalkan ibadat puasa menurut ajaran masing-masing.



Agama


Masa Berpuasa

Cara Berpuasa

Tujuan Puasa
Baha’i
Ketika bulan Ala bulan ke-19 tahun Baha’i , Mac 2-20
Menahan makan & minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari
Untuk meningkatkan cinta dan kasih sayang kepada Tuhan & tujuan spiritual
Buddha
Kesemua cabang fahaman buddha mengamalkan berpuasa ketika bulan penuh dan hari-hari istimewa
Menahan makan & sebahagian minuman dibenarkan
Menyucikan diri.
Ajaran ‘Theravadin’ dan ‘Tendai’ berpuasa untuk membebaskan minda.
Hindu
Berpuasa disetiap awal bulan baru dan hari istimewa seperti Shivaratri, Puja dan Durga Puja
Bergantung kepada individu. Berpuasa seharian menahan lapar & dahaga. Hanya minuman tertentu sahaja dibenarkan.
Meningkatkan konsentrasi ketika bermeditasi & penyembahan
Mormon
Berpuasa pada hari Ahad pertama setiap bulan
Menahan makan & minum dan bersedekah makan & minum kepada yang memerlukan. Setelah selesai berpuasa, berkumpul digereja untuk membuat kesaksian
Merapatkan diri kepada Tuhan, tujuan pengubatan atau berpuasa ketika mengalami kesukaran untuk membuat keputusan.



Jika kita lihat kebanyakkan agama berpuasa termasuk umat Islam adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, membuatkan si pengamalnya supaya bersederhana didalam kehidupan seharian dan sentiasa membuat kebaikan kepada sesama manusia.

Pada topik ini, saya tidak berniat untuk menghuraikan perkara ini daripada sudut pelaksanaan puasa, tetapi ingin berkongsi sedikit sebanyak pengisian puasa yang sebenar daripada sudut spiritual dan akhlak. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Malahan ada sesetengah pengamal berbuka ketika langit betul-betul gelap.

Setelah bertahun kita berpuasa, tanya kepada diri :


Adakah aku semakin hampir dan cinta kepada Allah?
Adakah aku semakin tingkat kasih sayang kepada sesama manusia?
Adakah aku besederhana yakni tidak berlebih-lebihan dalam hidup?
Adakah aku memberi sebahagian harta kepada keluarga dan sanak saudara yang memerlukan tanpa minta habuan?
Adakah aku membantu anak yatim dan janda yang memerlukan?
Adakah aku membantu mereka yang mengalami kesukaran dalam hidup atau perniagaan?
Adakah aku membantu mereka yang musafir, anak-anak yang berpeleseran tidak mempunyai tempat tinggal?
Adakah aku sentiasa memberi bantuan kepada yang meminta?
Adakah aku sentiasa memberi bantuan kepada yang lain tanpa syarat?
Adakah aku sentiasa suka kepada perpaduan/keharmonian?


Jawapan anda harus YA atau TIDAK sahaja, tidak ada kemungkinan. Jika kebanyakkan jawapannya TIDAK, sayangnya anda sebenarnya tidak pernah mendapat pengisian puasa yang sebenar, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga atau dengan kata lain “Anda tidak pernah berpuasa” dalam erti kata yang sebenar! 


2:183 Ya ayyuha allatheena amanookutiba AAalaykumu alssiyamu kamakutiba AAala allatheena min qablikum laAAallakumtattaqoona 
 “ Wahai orang-orang yang beriman, ditetapkan bagi kamu ‘PUASA’ sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu BERTAKWA.” 
Al-Baqarah , Ayat 183

Orang yang ‘BERPUASA’ menjadikan diri bertakwa. Apa ciri-ciri orang bertakwa?


2:177 Laysa albirra an tuwalloo wujoohakum qibalaalmashriqi waalmaghribi walakinna albirra man amanabiAllahi waalyawmi al-akhiri waalmala-ikatiwaalkitabi waalnnabiyyeena waataalmala AAala hubbihi thawee alqurbawaalyatama waalmasakeena waibnaalssabeeli waalssa-ileena wafee alrriqabiwaaqama alssalata waataalzzakata waalmoofoona biAAahdihim ithaAAahadoo waalssabireena fee alba/sa-iwaalddarra-i waheena alba/si ola-ikaallatheena sadaqoo waola-ika humualmuttaqoona 

“ Ketaatan bukanlah bermaksud kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah PERCAYA kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan mendirikan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang BERTAKWA.
 Al-Baqarah, Ayat 177



Maka inilah matlamat sebenar kita BERPUASA. Teringat guru saya dulu pernah berkata 
Manusia sentiasa tak pernah merasa PUAS. Sebab itu kita disuruh PUASA

Kita harus mendidik diri supaya menjadi orang yang BERTAKWA seperti yang difirmankan Tuhan didalam surah Al-Baqarah Ayat 177. BERPUASA-lah pada setiap waktu sehingga ajal menjemput kita nanti. Matlamatnya bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk kemudahan sesama manusia untuk melahirkan KEHARMONIAN dan PERPADUAN.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga anda menjadi orang yang paling BERTAKWA dan sentiasa memberi kebaikan kepada sesama manusia. Hentikan segala sengketa, tingkatkan kasih sayang, berilah pertolongan kepada yang memerlukan tanpa mengharap atau meminta sebarang habuan.

“The MORE You GIVE, The MORE You Get”

Semoga anda lebih KAYA & BERJAYA di dunia dan akhirat.


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini