![]() |
MentorNiaga.Com |
Sabtu, 14 Julai 2012 - Ceciter telah dijemput khas oleh PutarPutar.Com untuk menjadi rakan media majlis perasmian Mentor Niaga bertempat di dewan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mentor Niaga merupakan sebuah program perniagaan dan latihan keushawanan yang menyediakan platform kepada para usahawan untuk membina rangkaian perniagaan disamping menghubungkan mentor-mentor yang bersesuaian dengan industri-industri yang diusahakan oleh para usahawan.
![]() |
Ceciter - Rakan Media PutarPutar.Com |
Idea penubuhan ini telah diilhamkan oleh Pn Noraini Osman selaku CEO MentorNiaga Resources kerana beliau melihat kebanyakkan usahawan gagal didalam perniagaan adalah disebabkan kelemahan daripada aspek rangkaian disamping faktor-faktor lain seperti tidak fokus kepada satu perniagaan, tidak memiliki mentor yang baik untuk membimbing dan juga tidak memiliki sistem yang efisyen untuk menjalankan perniagaan.
![]() | ||
Datuk Dr Maznah Hamid
|
Majlis ini telah dirasmikan oleh JUTAWAN terkenal di Malaysia Datuk Dr Maznah Hamid Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Securiforce yang memiliki 65 buah cawangan serata Malaysia dan luar negara menyatakan penekanan disiplin merupakan tunjang kejayaan didalam sesebuah perniagaan. Beliau juga dikenali sebagai 'Iron Lady Malaysia' telah memberikan tip-tip kepada para usahawan antaranya; sentiasa meningkatkan 'Value' didalam perniagaan dan bertanya kepada mentor yang benar-benar berjaya sahaja jika mengalami kesulitan didalam perniagaan.
Majlis ini disusuli dengan seminar daripada mentor-mentor yang hebat seperti Abang Abu daripada Mekanik Wang , Zamri Nanyan usahawan internet ternama, Shuth daripada WangCyber.com dan ramai lagi yang turut hadir untuk menjayakan program serba ringkas ini.
![]() |
Abang Abu - Mekanik Wang |
"Untuk berjaya para usahawan perlu menguasai MAP iaitu mempunyai Minda positif, 'Action' - tindakan dan 'Planning' yang betul " kata Abang Abu Mekanik Wang.
Ceciter berharap inisiatif MentorNiaga menyediakan platform perniagaan dan perkhidmatan ini dapat memangkinkan lagi kejayaan para usahawan secara khususnya dan meningkatkan ekonomi negara secara umumnya. Semoga anda lebih KAYA & BERJAYA didunia dan akhirat. - Ceciter