Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Friday, March 30, 2012

3 RAHSIA KUNCI KEJAYAAN ANDA

Apa sahaja yang anda FIKIR-kan dan RASA-kan bakal dimanifestasi kedalam kehidupan realiti anda. Anda telah pelajari rahsia doa dan pelbagai lagi hukum yang membantu anda untuk mencapai hasrat atau keinginan didalam hidup. Ramai yang mahu BERJAYA tetapi tidak tahu cara sebenarnya.

Berangan-angan untuk BERJAYA tetapi didada masih ada sekelumit rasa KEGAGALAN. Kejayaan tidak akan sama sekali anda perolehi sekiranya NEGATIVITI ini masih ada didalam diri. Rasa takut, risau, tidak sabar adalah daripada akar EMOSI NEGATIF. Kita harus buang jauh-jauh EMOSI ini kerana ianya akan membuatkan DOA anda tidak MAKBUL.

Baiklah, Apakah 3 Rahsia Untuk Peroleh Kejayaan? Anda telah tahu Hukum Tarik-Menarik, HukumSangkaan, Hukum Biasan? Kesemua hukum ini HAKIKATNYA adalah SATU, ianya dipecahkan supaya mudah disampaikan dan menjadi ilmu untuk anda amalkan.


1. MINTA : Disinilah bermulanya segala kejadian. Ianya bermula daripada INSPIRASI diri anda. Samada didalam fikiran atau emosi anda. Sebagai contoh anda ingin mencipta sebuah kereta anda akan mula ber-visualisasi gambaran kereta yang ingin anda cipta. Ditahap ini kita lazimnya lebih kenal dengan istilah NIAT (Nawaitu). Kita berniat untuk mencipta kereta, untuk menjadi kaya, untuk menjadi pelajar cemerlang dan sebagainya. Tetapi NIAT sahaja tidak membawa apa-apa makna sehingga anda PERCAYA apa yang anda inginkan.



2. PERCAYA : Disinilah NIAT atau ILHAM atau INSPIRASI anda di-HIDUP-kan. Anda mulai PERCAYA bahawa apa yang anda impikan bakal menjadi REALITI. Niat anda tadi sudah mula diprogramkan kedalam MINDA BAWAH SEDAR. Apabila anda percaya sahaja, anda akan dapat melihat jalan-jalan untuk merealisasikan impian anda samada ingin menjadi kaya, pelajar cemerlang dan sebagainya. Ditahap ini diri anda akan menyebarkan Tenaga-Tenaga Positif ke seluruh alam. Disini jugalah Tenaga-Tenaga Positif beserta dengan NIAT anda tersebar dan ‘menarik’ peluang-peluang REZEKI kepada anda, untuk merealisaikan impian anda seperti bertemu dengan orang-orang yang pakar dalam bidang yang anda perlukan, guru-guru yang mahir dan sebagainya. Didalam proses ini anda perlu KONSISTENKAN tenaga POSITIF anda. Jika didalam proses anda mengalami NEGATIVITI, cepat-cepat gantikan dengan POSITIF, jika tidak usaha anda akan terputus ditengah jalan. Anda perlu sentiasa BERHUBUNG/KOMUNIKASI dengan Allah SETIAP WAKTU baik didalam keadaan berdiri , duduk, baring dan sebagainya


3:191. Yang mengingati Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.


Anda akan merasakan proses-proses yang anda temui seperti SECARA KEBETULAN . TIDAK SAMA SEKALI!! Tiada istilah kebetulan didalam hidup. Segalanya telah diaturkan oleh-NYA dan bergantung kepada NIAT dan KEPECAYAAN anda tadi.

3. TERIMA : Setelah NIAT dan KEPERCAYAAN ini tercetus, barulah anda akan menerima  ketentuan-ketentuan itu tadi. Badan diri anda akan mula BERTINDAK bergerak kearah yang anda inginkan seperti bertemu dengan perkara-perkara yang SEIRING dengan niat anda ; jumpa guru-guru yang dapat memberikan ilmu, berjumpa dengan bahan bacaan yang sesuai digunakan rujukan samada bahan dibuku atau internet, berjumpa dengan orang-orang yang boleh membantu anda dan sebagainya. Anda perlu tetap dengan EMOSI POSITIF barulah anda akan terima apa yang anda inginkan. Lebih kuat POSITIF anda, lebih cepat ianya sampai. Wallahualam

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk merealisaikan segala impian anda. Saya doakan anda KAYA & BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Monday, March 19, 2012

Apa Di DALAM diri Anda, Begitulah Di LUAR. – Hukum Biasan

Apa sahaja, dimana sahaja kita labuhkan penglihatan kita, di situlah cermin diri kita. Kita dikelilingi oleh ‘cermin’ kehidupan, apa yang kita lihat disekeliling kita adalah biasan apa yang ada didalam diri kita. Orang disekeliling kita menerima diri kita, sepertimana kita menerima diri mereka.

Apa yang anda fikirkan tentang diri anda akan terbias kepada tabiat dan penampilan diri anda. Apa yang anda fikirkan tentang konsep kehidupan didalam hidup anda, begitulah yang akan terbias kepada hubungan persehabatan dan kekeluargaan anda. Apa yang anda fikirkan tentang kejayaan dan kesenangan, begitulah yang akan terbias pada karier dan rezeki yang anda bakal peroleh. 





Berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan dan rasakan kerana jika anda benar-benar yakin dan percaya beserta dengan emosi. Ia akan jadi kenyataan.


“Jadi, Maka Jadilah Ia”


Semudah itu? Ya. Semudah itu. Baik, lihat semula apa yang telah berlaku pada hidup anda hari ini. Mulai daripada detik ini, lihat dan ingat semula apa yang pernah anda fikirkan atau percaya sebelum ini, adakah anda dapat melihat kaitan peristiwa dengan apa yang anda pernah percaya atau fikirkan? Benar? Jika anda tidak nampak kaitannya, mulai hari ini catat apa yang anda fikirkan dan rasa, kemudian pada masa akan datang anda lihat adakah ianya benar-benar berlaku. Jangan terperanjat jika apa yang anda fikirkan itu benar-benar menjadi realiti.

Apabila kesemua hukum; hukum sebab-akibat, kepercayaan, sangkaan, tarik-menarik dan biasan menjadi satu hukum dalam kehidupan anda, anda akan menemui satu prinsip hidup yang menjelaskan hidup anda dan segala perkara yang berlaku dalam hidup anda, bahawasanya :


“ Apa Sahaja Yang Anda FIKIRKAN, akan menjadi REALITI “


Kehidupan kita akan bergerak seiring dengan apa yang kita fikirkan dan percaya beserta dengan keyakinan. Apa yang berlaku diluar badan diri dikawal dan ditentukan oleh didalam badan diri.


“Setiap atom memiliki NUKLEUS-nya. Kita adalah nukleus untuk kehidupan diri kita”





Jika kita melihat sistem kejadian yang telah Tuhan ciptakan daripada dalam diri kita mikrokosmos sehingga ke luar alam badan diri -- makrokosmos, setiap satu kewujudan itu memiliki satu PUSAT ; atom memiliki nukleusnya, kita memiliki hati(jantung), bumi memiliki matahari, matahari memiliki pusat di galaksi bimasakti dan begitulah seterusnya. Setiap satu kewujudan itu berinteraksi antara satu sama lain bertukar-tukar informasi dan bergerak SEIRING untuk membentuk SATU KEHIDUPAN.

Hanya anda yang menentukan apa yang anda FIKIRKAN. Setiap apa yang kita fikirkan dan rasakan akan melahirkan kata-kata(doa), kemudian menjadi perbuatan dan pekerjaan, dan seterusnya menjadi hasil daripada perbuatan baik dan buruk.

Pelihara hidup anda dengan melakukan perkara-perkara baik dan bermanfaat kerana kesemuanya akan dipertanggungjawabkan. Sekiranya anda memeliharanya kearah kebaikan, anda akan bahagia, bersemangat, berkeyakinan dan bebas. Anda akan menjadi seorang yang BERJAYA di dunia dan akhirat.

Saturday, March 3, 2012

Anda Adalah “MAGNET” Kehidupan


Hukum Tarik Menarik, Hukum Sebab-Akibat, Hukum Sangkaan dan bermacam-macam lagi hukum kita akan dengar atau baca samada diblog-blog motivasi, seminar-seminar motivasi yang menyajikan pesan-pesan yang membangkitkan semangat untuk kita terus menempa kejayaan didalam hidup.

Hukum yang saya ingin sampaikan kali ini adalah “Hukum Tarikan”. Apa sebenarnya hukum tarikan ini? Hukum ini menyatakan, “Kita adalah magnet kepada kehidupan kita sendiri; secara sedar atau tidak sedar, kita sentiasa memberi daya tarikan kepada orang disekeliling, ilham, ide atau apa sahaja yang berlaku didalam hidup seharian melalui apa yang kita sentiasa FIKIR & RASAKAN secara berterusan ”


“AKU MENURUT SANGKAAN HAMBA-KU PADA-KU”


Adakah ini satu pesan atau ilmu baru didalam hidup kita hari ini? Tidak. Ianya telah disampaikan ribuan tahun dahulu lagi dan bukanlah satu perkara baru yang baru kita dengar pada abad ini. Bezanya cuma, ianya disampaikan dalam bentuk penyampaian dan terminologi yang berbeza. Hukum ini merupakan satu prinsip hidup yang penting untuk menentukan Kejayaan atau Kegagalan didalam hidup kita. “Hukum Tarikan” ini juga menyatakan bahawa setiap apa yang kita fikirkan atau rasakan di ‘ACTIVATE’ oleh emosi kita; samada POSITIF atau NEGATIF dan emosi ini akan menghasilkan medan energi disekeliling kita yang berpusat dijantung. Jantung?


Ya, jantung! Menurut kajian saintis di 'Institue Of HeartMath' , jantung kita mempunyai keupayaan untuk menerima dan menyebarkan segala bentuk emosi dalam bentuk gelombang. Setiap emosi yang kita rasakan akan membentuk paten detak jantung yang berbeza-beza dan kita juga mampu menerima emosi daripada luar melaluinya juga. Jantung diibaratkan sebagai peranti ‘modem’ yang menghubungkan dalaman dan luaran. Secara amnya jantung mempunyai 4 fungsi utama iaitu :

1. Komunikasi Saraf (sistem saraf)
2. Komunikasi Bio-Fizikal (denyutan jantung mengalirkan darah)
3. Komunikasi Bio-kimia (hormon)
4. Komunikasi Energi (medan gelombang terhasil daripada emosi; samada POSITIF atau  NEGATIF)


Rajah 1 : Rajah (atas) menunjukkan paten yang berbentuk gergaji yang terhasil daripada perasaan marah ,kecewa atau apa sahaja emosi yang negatif . Rajah (bawah) menunjukkan paten yang cantik dan harmoni terhasil daripada perasaan bersyukur,  kasih sayang, aprisiasi atau apa sahaja emosi yang positif


Rajah 2 : Rajah menunjukkan medan elektromagnet jantung yang terhasil daripada emosi (positif atau negatif). Medan ini bukan sahaja mempengaruhi sistem sel malahan gelombang ini mampu tersebar didalam radius beberapa kaki daripada tubuh. 

Medan energi inilah yang akan memberi daya tarik kedalam kehidupan kita persis seperti besi magnet yang tarik dan menolak antara satu dengan yang lain. Begitu juga dengan diri kita, sekiranya kita positif maka segala perkara  dan orang yang positif yang akan ditarik seiring dengan apa yang kita fikirkan.

Hukum tarikan ini adalah bersifat Neutral. Ianya berkadar terus dengan apa yang kita rasakan atau fikirkan. Sekiranya kita berfikiran Negatif, maka ianya akan menarik orang-orang dan perkara-perkara yang Negatif sekeliling kita. Orang yang berjaya sentiasa memikirkan dan bercakap tentang hal yang baik untuk menarik kebaikan kedalam hidup mereka. Tetapi orang yang Gagal, sentiasa bercakap tentang orang dan perkara yang mereka benci didalam hidup yang sentiasa membuatkan mereka rasa marah dan kecewa.

Tabiat baik yang harus dilakukan oleh kita ialah “ Tabiat sentiasa memikirkan perkara yang baik dalam hidup, positif, mengambarkan kejayaan atau apa sahaja perkara yang positif yang diinginkan supaya ianya menjadi kenyataan suatu hari nanti ” . Perkara ini sememangnya sukar untuk dilakukan, sekiranya kita dapat melakukannya secara istiqomah ianya mampu memberi kejayaan didalam hidup dunia dan akhirat.

Seperkara ingin saya ingatkan, sekiranya kita mencapai kejayaan dalam bentuk apa sahaja samada dalam bentuk material atau apa sahaja kelebihan dalam hidup, kita usah leka dengan kelebihan-kelebihan itu. Kelekaan itu akan membuat kita terhalang dengan sentuhan belaian kasih sayang-Nya


“Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu  kepada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia belaka ; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik
(Ali-‘Imran : 14)


Apabila ditimpa musibah atau ujian janganlah pula bersangka buruk terhadapNya, menyangka Allah menjauhi, dan tidak menghiraukan kita. Setiap musibah itu diibaratkan sebagai cemeti sang pengembala kepada ternakannya supaya kembali ke kandang. Ianya sebagai seruan untuk sang hamba kembali kedalam dakapan-Nya. Kadangkala kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan. Hadapilah dengan tabah dan redha, sabar dan tenang. Segeralah bertaubat dan istighfar kepadaNya sekiranya melakukan kesalahan.

Yakinlah Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Allah sangat menyayangi diri kita. Dengan izinNya segala kesulitan akan digantikan dengan kemudahan.


“…dan Pemelihara-mu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya” 
(Fussilat:46)

" Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. " 
(Surah al-Insyirah: 5-6)


Adakalanya setiap keburukan yang berlaku dalam hidup adalah hasil daripada kejahilan diri kita sendiri kerana tiada ilmu untuk mengenal pasti dan mengendalikan sesuatu hal seperti sentiasa ditipu dengan skim cepat ‘miskin’ , sistem piramid , pelaburan haram, sentiasa tak cukup duit dan sebagainya. Rujuklah kepada mereka yang mempunyai ilmu untuk membantu anda dalam hal ini. Dr. AzizanOsman selaku pembimbing dan berpengalaman membimbing ribuan orang yang dahulunya kurang berjaya dalam hidup dan kini telah mengubah mereka menjadi seorang yang berjaya sehingga menjadi jutawan berjaya di dunia dan di akhirat. Beliau juga dibantu oleh Abang Abu atau Mekanik$ (Mekanik Wang) untuk memberi ceramah mengenai bagaimana untuk mengenal pasti skim-skim haram didalam pasaran dan mengendali kewangan dengan bijak di “Seminar Wang Power” 2012 yang bakal berlansung ditempat-tempat yang terpilih sepanjang April ini mulai daripada 7-21 April 2012. Lawati laman www.wangpower.com untuk keterangan lanjut.


Semoga Anda Kaya & Berjaya Di Dunia dan Akhirat 


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini