Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Friday, May 17, 2013

Kenal DIRI : Ilmu Balik Kampung




Adik : Bang kita ni siapa sebenarnya?

Abang : Apa maksud kau? Kita ni manusia lah..takkan kucing kot. Hehe

Adik : Memanglah manusia bang, maksud saya kita ni yang mana? Tubuh ke, spiritual ke? 

Abang : [senyum] Aih ko ni tetiba tanya soalan camni dah kenapa? Kau rasa kita yang mana satu? Tubuh? Abis yang spiritual tu apa?

Adik : [kerut dahi] Tu yang saya tanya tu?

Abang : Sekarang ni kita dedua le . 2 dalam 1..

Adik : Macam Nescafe pulak hehe [sengih]

Abang : Lebih kurang macam tu la..

Adik : Abis kalau kita dedua, camne bila kita mati kita boleh tengok jasad kita yang terbujur kaku? Ada kawan saya cerita, ada sekali tu berlaku pada diri dia antara jaga dengan nak tido, dia rasa diri dia terapung dan dia nampak diri dia tengah tido, siap boleh dengar dia berdengkur lagi...


'Kematian' Adalah TRANSFORMASI Daripada
Alam Badan ke Alam Spiritual


Abang : Hmmm...perkara ni kalau nak citer mau tak abis-abis citernya nanti..tapi aku ringkaskan citer ni dengan analogi..kau nak dengar analoginya tak?

Adik : [muka teruja] Mestilah nak bang..kalau tak takde la saya sibuk tanya abang..

Abang : Dengar baik-baik..kita ni sebenarnya adalah makhluk spiritual yang sedang mengalami pengalaman jasad..analoginya seperti pemandu kereta sebagai spiritual dengan keretanya sebagai jasad..faham?



Kehidupan Satu ILUSI




Adik : Ok. paham..

Abang : Bagus. Seorang pemandu mesti tahu mana dia nak pergi kan?

Adik : [angguk kepala]

Abang : Baik. Seorang pemandu juga mesti tahu undang-undang pemanduan supaya dirinya selamat dan pemandu lain juga selamat. Kalau kereta tak ada pemandu boleh kereta bergerak?

Adik : [geleng kepala] Tak.

Abang : Tau takpe. Kalau pemandu tak ada kereta boleh sampai destinasi?

Adik : [geleng kepala] Tak kot, takkan nak jalan kaki kot kalau jauh. Kalau depan umah bleh la..

Abang : Kaann..fahamkan analogi , bukan ceritanya!



Seluruh ALAM ibarat Manusia Besar, Kita Adalah
Manusia Kecil Didalam Manusia Besar.



Adik : Baik bang..

Abang : Ada satu perkara lagi yang penting, kalau takde ada pemandu dengan kereta pun tak guna.

Adik : Apa dia bang?

Abang : Petrol, tapi aku tak mau cerita pasal petrol. Kalau citer petrol ni mau lagi pening kau nanti. Haha.

Adik : Ngee..teruskan bang..

Abang : Petrol yang ada hanya cukup-cukup untuk sampai destinasi. Guna sebaiknya. So pandu cermat jiwa?

Adik : Selamaaaaaat~~

Abang : Ha pandai pun..hehe..segala pengalaman hidup kita itulah yang kita lalui sepanjang destinasi kita. Ada nampak kemalangan, jumpa awek cun kat R&R la..Cakap pasal awek cun tegak terus kepala kau ye..nampak kampung halaman yang cantik, jumpa orang tengah bertekak tepi jalan, jalan jem. Macam-macam hal. 

Ambil pengajaran daripada apa kau alami semua tu. Kau nak sampai destinasi kadang-kadang ko terpaksa tukar haluan sebab jalan rosak, jalan kena tutup. Matlamat ko adalah destinasi ko. Paham?

Adik : Paham bang.

BEREMOSI itu tidak salah, Ia Menjadikan kita seorang Manusia.
Kita Perlu Belajar MENGAWAL Supaya Ianya Membuahkan
Pelajaran Buat DIRI.



Abang : Ko nak pegi JB misalnya. Ko bleh lalu kot Pahang, turun Mersing, pastu ke JB..Lalu Kuala Pilah boleh...memana pun boleh asalkan ko tau jalannya la. Kalau sesat tanya la orang kan. Takpun ikut je signboard. Kompem sampai. Jangan pulak ko nak pegi JB ko pegi ke Padang Besaq, memang kompem tak jumpa JB hehe. Nak senang lalu Highway. Terusssss je sampai, tapi jangan over-confident sangat, bawak keta lelaju pulak, celah orang sana, celah orang sini. Ko bahaya, orang lain pun bahaya. Kalau dah accident, kereta ada minyak pun tak guna jugak kan..

Adik : [Angguk sambil sengih] 

Abang : Ko faham tak ni. Angguk-angguk sengih-sengih daripada tadi...

Adik : Paham bang. Hidup kita ni macam-macam jenis jalan. Macam lagu M.Nasir tu. '73 pintu, 73 jalan yang sampai hanya satu jalan...'






Abang : Pandainyaaa. Anak sapo ni? Hehe..Setiap pengalaman hidup kau tak ada satu pun yang sia-sia. Buat silap, belajar daripada silap. Buat benda baik, belajar daripada kebaikan tu. Semuanya ujian. Semakin kuat ujian, semakin kuat dan bercahaya spiritual kau, itu pun kalau ko redha dan belajar drp ujian-ujian tu. 

Ada orang diuji dengan harta, keluarga, kawan, musuh, bisnes dan macam-macam hal lagi. Semuanya berlaku ada sebab muasababnya tak ada satu pun sia-sia. 

Kehidupan ini bergerak kerana "sebab dan akibatnya" daripada pengalaman-pengalaman kita dalam hidup. Kalau buat sekian, akan jadi sekian, kalau tak buat sekian boleh jadi berlaku sekian atau tak berlaku sekian.

Setiap keputusan kita walau nampak kecil tapi, impaknya sangat besar sebab ia berkait antara satu dengan lain, antara satu sebab dengan sebab yang lain, antara satu pengalaman dengan pengalaman yang lain. Sebab tu kalau kita nak ubah dunia, kita kena ubah diri kita dulu. Bukan duk sibuk nak ubah orang lain. Daripada diri dia akan merebak kepada yang lain. Faham?

Adik : [Angguk dengan yakin] Ha'a ek. 

Abang : Tau takpe. Dipendekkan citer. Kalau aku citer ni mau sampai lusa punya Subuh pun tak tentu abis...Bila sampai destinasi, kereta tinggal kat tempat parking keta. Kau pun pergi ke tempat ko nak pergi tu. Bila ko keluar keta ko boleh nampak keta ko daripada luar?

Adik : Nampak bang..

Abang : Keta apa?

Adik : Ferari kaler merah biji kundang.




Abang : Amboih kemain kau. Tak nak kalah, nak Ferari je! Ha dah tu tak paham lagi? Pahamkan analogi tu bukan ceritanya. Kalau ko nak faham citer, sampai sudah tak faham-faham. Balik-balik situ jugak nanti. Nak dapat faham bukannya keje satu malam. Ada dapat faham kejap, ada seminggu, sebulan, setahun, bertahun-tahun, yang tak paham-paham lansung pun ada. Bahagian masing-masing.
Ha dah..ko gi lah mandi tu...


Adik : Tolong sket ek. Orang dah mandi.

Abang : Bila ko mandi, tak nampak pun.

Adik : Dah le, yang semalam tu..

Abang : Cait...Busuk punya olang!



Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini