Apa sahaja yang anda FIKIR-kan dan RASA-kan bakal dimanifestasi kedalam kehidupan realiti anda. Anda telah pelajari rahsia doa dan pelbagai lagi hukum yang membantu anda untuk mencapai hasrat atau keinginan didalam hidup. Ramai yang mahu BERJAYA tetapi tidak tahu cara sebenarnya.
Berangan-angan untuk BERJAYA tetapi didada masih ada sekelumit rasa KEGAGALAN. Kejayaan tidak akan sama sekali anda perolehi sekiranya NEGATIVITI ini masih ada didalam diri. Rasa takut, risau, tidak sabar adalah daripada akar EMOSI NEGATIF. Kita harus buang jauh-jauh EMOSI ini kerana ianya akan membuatkan DOA anda tidak MAKBUL.
Baiklah, Apakah 3 Rahsia Untuk Peroleh Kejayaan? Anda telah tahu Hukum Tarik-Menarik, HukumSangkaan, Hukum Biasan? Kesemua hukum ini HAKIKATNYA adalah SATU, ianya dipecahkan supaya mudah disampaikan dan menjadi ilmu untuk anda amalkan.
1. MINTA : Disinilah bermulanya segala kejadian. Ianya bermula daripada INSPIRASI diri anda. Samada didalam fikiran atau emosi anda. Sebagai contoh anda ingin mencipta sebuah kereta anda akan mula ber-visualisasi gambaran kereta yang ingin anda cipta. Ditahap ini kita lazimnya lebih kenal dengan istilah NIAT (Nawaitu). Kita berniat untuk mencipta kereta, untuk menjadi kaya, untuk menjadi pelajar cemerlang dan sebagainya. Tetapi NIAT sahaja tidak membawa apa-apa makna sehingga anda PERCAYA apa yang anda inginkan.

3:191. Yang mengingati Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
Anda akan merasakan proses-proses yang anda temui seperti SECARA KEBETULAN . TIDAK SAMA SEKALI!! Tiada istilah kebetulan didalam hidup. Segalanya telah diaturkan oleh-NYA dan bergantung kepada NIAT dan KEPECAYAAN anda tadi.
3. TERIMA : Setelah NIAT dan KEPERCAYAAN ini tercetus, barulah anda akan menerima ketentuan-ketentuan itu tadi. Badan diri anda akan mula BERTINDAK bergerak kearah yang anda inginkan seperti bertemu dengan perkara-perkara yang SEIRING dengan niat anda ; jumpa guru-guru yang dapat memberikan ilmu, berjumpa dengan bahan bacaan yang sesuai digunakan rujukan samada bahan dibuku atau internet, berjumpa dengan orang-orang yang boleh membantu anda dan sebagainya. Anda perlu tetap dengan EMOSI POSITIF barulah anda akan terima apa yang anda inginkan. Lebih kuat POSITIF anda, lebih cepat ianya sampai. Wallahualam
Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk merealisaikan segala impian anda. Saya doakan anda KAYA & BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.