Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Wednesday, May 23, 2012

Yang Mana Satu ANDA?




Gambarajah diatas adalah pecahan golongan berpendapatan yang terdiri daripada 

E - Employee @ Bekerja makan gaji
S - Self Employed @ Bekerja sendiri
B - Business Owner @ Pemilik Perniagaan
I - Investor @ Pelabur 

Kemudian ianya dibahagi kepada 2 bahagian iaitu Q1 dan Q2.


Q1 : Terdiri daripada golongan E dan S dimana
Kedua-duanya perlu bekerja untuk menjana pendapatan. Jika tidak bekerja, tiada pendapatan.

Perbezaannya E mempunyai Boss tetapi S tidak mempunyai Boss. E bekerja 9-5 , tetapi S boleh bekerja pada bila-bila masa bergantung kepada 'dateline' kerja-kerja yang dilakukan. Walaupun S mempunyai kebebasan masa tetapi pendapatannya tidak tetap, ada bulan pendapatannya tinggi, ada ketika pendapatan kurang, bergantung kepada usaha masing-masing. Jika mereka tergolong didalam golongan bijak dalam PEMASARAN, mereka tidak perlu membuat SALES; Pelanggan sendiri akan mencari mereka. Ketahui RAHSIA bagaimana menarik pelanggan di seminar Marketing Power

Golongan E : Pekerja kerajaan dan swasta; dapat gaji setiap akhir bulan. Gaji bergantung kepada majikan.

Golongan S : Bekerja sendiri samada mempunyai syarikat kecil-kecilan (enterprise) yang menjual produk atau servis kepada pengguna. Tidak mempunyai pekerja bawahan. Pendapatannya UNLIMITED tidak terhad seperti golongan E. Banyak membuat SALES dan MARKETING maka banyaklah imbuhannya.

Ketahui POTENSI diri anda samada anda berada pada pekerjaan/jawatan/perniagaan yang betul atau tidak di seminar Metafizik Sains Penomboran dan juga SKPD 2012.





Golongan Q2 : Terdiri daripada golongan B dan I. Kedua-dua ini tidak perlu bekerja tetapi berkeupayaan menjana pendapatan melebihi daripada golongan Q1 BERLIPAT KALI GANDA. Untuk anda benar-benar berada didalam golongan ini bukan sekadar memiliki sebuah perniagaan dan menjalankannya sahaja , pemilik perniagaan MESTI ada ;

M : Mentor   E: Elmu   S: Sistem   T : Tindakan(action)   I: Impian

ketahui RAHSIA bagaimana formula MESTI berjaya mengubah peniaga kecil-kecilan pada mulanya, ada yang hampir muflis dan telah berjaya diselamatkan oleh Mentor Pemasaran dan Pakar Motivasi Dr.Azizan Osman menjadi JUTAWAN. Layari seminar-seminar beliau di www.richworks.com.my

Golongan B @ Business Owner @ Pemilik Perniagaan : perlu ada satu sistem yang BAIK untuk menjalankan perniagaannya. Beliau tidak perlu bekerja untuk SISTEM yang telah dibuat untuk menjana pendapatan, tetapi SISTEM yang bekerja untuk beliau. 

Golongan B akan melantik orang-orang kepercayaan untuk menjalankan perniagaannya. Memiliki puluhan malah boleh menjangkau RATUSAN atau RIBUAN pekerja yang terdiri daripada golongan E.

Golongan B juga mempunyai rakan-rakan kongsi perniagaan yang lain didalam perniagaannya dikenali sebagai SHAREHOLDER yang terdiri daripada golongan I. Mereka ini tidak tertumpu kepada satu perniagaan sahaja, malahan mampu memiliki PULUHAN perniagaan dibawahnya. 

Contoh individu didalam Golongan B seperti Bill Gates , Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan lain-lain. Mereka pada mulanya bermula secara kecil-kecilan berasal daripada golongan S, tetapi sekarang mereka tersenarai sebagai BILLIONAIRE Dunia seperti yang dicatatkan didalam majalah Forbes.



www.richdad.com


Golongan I didalam Q2 ini lebih istimewa daripada semua golongan yang ada kerana mereka mampu buat duit dengan duit "Money make Money". Mereka tidak perlu ada ratusan atau ribuan pekerja bawahan, tidak perlu melantik orang-orang kepercayaan untuk perniagaannya. Jika anda ingin mengetahui jalankerja seorang didalam golongan ini, tonton filem Wallstreet  http://imdb.to/Wallstreet2

Golongan I tidak tertumpu kepada satu INSTRUMENT pelaburan sahaja malahan mereka akan membahagi-bahagikan pelaburan mereka didalam beberapa instrument yang lain seperti :

Insuran dan lain-lain lagi.

Mereka didalam Golongan I ini, mesti benar-benar memahami konsep 


"apabila satu pasaran JATUH, ada pasaran lain yang akan NAIK"


Kefahaman dan Kemahiran membaca TIMING pasaran tersangat penting untuk memastikan pelaburan yang dibuat mencapai keuntungan se-optimum dan me-minimumkan risiko serendah mungkin.

Untuk mengelakkan risiko kerugian yang besar, para pelabur digalakkan menggunakan method "Cash Flow" iaitu berada didalam pasaran tidak terlalu lama seperti yang disarankan oleh Robert Kiyosaki . Membuat pelaburan dan kemudian, mengambil keuntungan setelah mencapai TARGET. 

Kata beliau ; "Kebanyakkan pelabur mengalami kerugian yang besar kerana menggunakan method "Capital Gain". Mereka berharap agar pasaran menurut keputusan mereka samada SELL atau BUY. Apabila pasaran tidak menurut keputusan yang mereka buat, mereka mengalami kerugian yang besar"

Untuk mempelajari bagaimana untuk menjadi Golongan I yang kaya dan berjaya, rujuk kepada MEKANIK $ - www.abangabu.com atau pelajari RAHSIA pelaburan dengan mana-mana syarikat atau individu yang bertauliah. INGAT! Pastikan anda bertanya kepada orang yang betul-betul MAHIR kerana anda berkemungkinan akan berhabis PULUHAN-RIBU ringgit untuk mempelajari teknik pelaburan yang betul tetapi hasilnya.... 

ZERO!!


Golongan I lebih terbuka, ia boleh terdiri daripada Golongan E, S dan B pada satu masa dan ianya juga boleh tergolong daripada mereka yang melakukan perniagaan ini SEPENUH MASA tanpa terlibat dengan golongan-golongan seperti yang disebutkan.

Selamat MELABUR!

Sila komen diruangan komen dibawah, anda didalam golongan yang mana satu. Terima Kasih


Semoga Anda Kaya & Berjaya Didunia dan Akhirat!
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini