Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, November 17, 2012

KENAL DIRI – Akibat bermulut ‘PUAKA’




Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa


Begitulah pepatah Melayu menyatakan kepada kita ‘perkataan buruk yang diucapkan maka buruklah  yang berlaku terhadap diri kita’ . Tetapi kebanyakan daripada kita menggunakan pepatah ini bila nak bertempur je. Ye tak? Kalau melihat dalam drama-drama atau filem-filem Melayu sudah tentu anda pernah mendengar skrip ini diucapkan. Tetapi sebenarnya ianya memiliki maksud yang lebih MENDALAM. Apa maksudnya? Baiklah saya perjelaskan dengan sebaiknya supaya anda mudah untuk memahaminya.


“Semua wujud kejadian adalah GETARAN(frekuensi)”


Sekiranya anda memahami konsep ini, dengan mudah anda akan memahami apa yang cuba saya sampaikan kepada anda.

Dalam sebuah kajian, para saintis menemui dan mengkaji apa yang wujud didalam sesebuah ATOM. Badan diri kita ini juga terdiri daripada ATOM. Terdapat 150 50 TRILLION atom didalam tubuh badan manusia dan setiap atom memiliki ‘otak’ tersendiri atau dipanggil DNA dan setiap atom juga mempunyai ALAM nya yang tersendiri; berkomunikasi dengan bahasa yang tersendiri antara satu sama lain.



Setiap Atom Mempunyai 'Akal'

Semenjak daripada bangku sekolah kita telah diajar oleh guru sains bahawa ATOM itu berbentuk bulat. Kan? Tetapi, saintis telah menemui bahawa atom yang dimaksudkan tidak berbentuk bulat ianya hanya satu getaran atau frekuensi sahaja . Jadi apa yang wujud disebalik ATOM tersebut? Yang wujud hanya GETARAN-GETARAN hidup, atau ENERGI Hidup atau ZAT HIDUP! Lebih dikenali dikalangan para pengkaji kuantum sebagai ‘God Particle’ (String Theory).




'God Particle' - Setiap Atom Hanya Getaran 'string'


Mind Over Matter


Setakat ini anda sudah faham apa yang cuba disampaikan? Baiklah saya cuba RINGKASKAN untuk anda supaya lebih mudah anda fahami :


“Setiap FIZIKALMENTAL, EMOSI, SPIRITUAL adalah FREKUENSI. Dan Setiap FREKUENSI akan menarik frekuensi yang SAMA ; maka terjadilah pengalaman/peristiwa seperti yang dizahirkan”



Zat Allah - Berada Di Dalam Semua Makhluk




Akibat Bermulut ‘Puaka’ – 3 Perkara Yang Menarik KEBURUKAN Pada Diri


1. Setiap Ucapan Adalah Doa

Pernah atau tidak anda terlalu marah dengan kereta anda kerana selalu rosak sehingga terkeluar ucapan-ucapan yang tidak enak seperti “S**l punya kereta, menyusahkan aku je. Ko ni elok je kena langgar biar hancur” . ‘Kun Faya Kun’ tak lama daripada PERMINTAAN anda itu, mungkin 10 saat selepas itu, 2 hari selepas atau mungkin 7 HARI selepas itu kereta anda mengalami kemalangan dan rosak teruk. Tapi yang lebih teruk bukan kereta tu, yang lebih teruk adalah diri anda sebab anda telah menyalahkan orang lain pula akibat daripada kemalangan tu. Pada zahirnya mungkin pemandu itu salah, hakikatnya anda sendiri yang telah MEMINTA perkara itu berlaku dalam hidup anda.

Moral : Jaga setiap ucapan kerana setiap ucapan merupakan doa. Sekiranya ucapan itu disertakan dengan EMOSI yang kuat sebagai contoh marah ianya ibarat mencurahkan minyak tanah keatas api. Lebih cepat ia berlaku. Sebab itu setiap kali kita berdoa, kita perlu faham apa kita minta, kita perlu fokus - apabila meminta fikiran tidak berfikir kepada perkara-perkara lain, setiap permintaan perlu disertakan bersama dengan emosi positif sebagai contoh bersyukur. Paling penting ketika meminta hati, emosi dan permintaan samada doa disebut perlahan (dalam hati) atau kuat (percakapan) perlulah seiring bukannya mulut kata lain tetapi hati tak percaya apa yang dikatakan.


2. Perasaan Takut

Pernah anda mendengar atau terbaca orang kata “Kalau jumpa anjing jangan takut atau lari. Kalau takut atau lari dia akan kejar” . Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain dalam hidup. Jika anda terlalu takut tentang wabak penyakit, lebih mudah penyakit itu berjangkit pada diri. Jika anda takut miskin, maka kemiskinanlah yang akan anda alami. Setiap kali anda takut tentang sesuatu perkara, peluang untuk perkara yang anda takut tu akan mudah anda alami kerana pemikiran/emosi kita ibarat MAGNET.

Moral : Kita perlu ‘acknowledge’ atau akui tentang masalah-masalah yang kita hadapi tetapi jangan terlalu FOKUS dengannya. Apabila terlalu fokus dengan masalah, perasaan TAKUT/RISAU keterlaluan akan menjadi ‘catalyst’ untuk menarik perkara itu daripada berlaku dalam hidup. FOKUS kepada jalan PENYELESAIAN. Insyaallah dengan mudah masalah dapat diselesaikan.

Pada 22 Disember 2012 Pak Habib ingin menurunkan ilmu yang selama ini beliau simpan iaitu ILMU BERANI. Anda pasti mengenali beliau sebagai seorang penulis politik yang BERANI menegur siapa sahaja dalam penulisannya. Baginya tiada siapa yang perlu ditakuti melainkan Allah. Kini beliau ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk menjadi orang yang 'berani kerana benar'. Jika sebelum ini anda penakut atau pengecut terhadap apa sahaja, anda bakal menjadi seorang yang tak takut apa-apa pun kecuali Allah! Bagaimana untuk mempelajarinya?





3.  Getaran Yang Selari


Faktor emosi adalah paling utama dalam kehidupan sehari-hari. Pernah atau tidak satu waktu dimana anda terjaga daripada tidur kemudian anda berada dalam keadaan marah disebabkan satu perkara yang benar-benar anda tidak suka ianya terjadi. Sepanjang pengalaman hidup anda pada hari itu daripada pagi sampai ke malam semuanya serba tak kena ; sampai pejabat lambat, kena marah dengan bos, kereta rosak, pergi kedai makan hantar lambat, air tumpah pada baju dan sebagainya. Apa sahaja frekuensi/getaran yang anda bawa, akan menarik perkara yang seumpama berlaku kepada diri anda.


Moral : Sentiasa bersangka baik dengan apa jua perkara berlaku. Apa yang kita sangka baik tidak semestinya baik, apa yang kita sangka buruk tidak semestinya buruk. Segalanya pasti ada hikmah kerana ianya membuka jalan kepada jalan hidup yang lain. Sentiasa tetap didalam getaran emosi yang POSITIF kerana sekurang-kurangnya ianya dapat mengelak atau melambatkan perkara yang buruk daripada berlaku kepada diri anda. Jika ianya berlaku sekalipun ia tetap memberi kebaikan kepada yang lain sebagai contoh; anda mengalami kemalangan, ianya memberi keuntungan atau rezeki kepada bengkel kereta. Rezeki kepada keluarganya pula. Itulah salah satu daripada hikmahnya yang mungkin kita jarang nampak.


Seluruh Alam Tanpa Batasan (Infiniti) hanyalah sebutir 
atom dan terdapat atom yang serupa disekelilingnya lagi.
Maha Besar & Bijaksana ciptaanNYA



Anda Mungkin Berminat Untuk Membaca :

"Kenal TUHAN Di Janda Baik"


Sumber Inspirasi KEJAYAAN Anda : "Revolusi SPIRITUAL & MATERIAL"


Monday, November 12, 2012

Kenal Diri : “Kenal TUHAN di JANDA BAIK”


Pak Habib - S.H AlAttas "Mengenal Diri"

10 November 2012 adalah detik sejarah yang tidak akan dapat dilupakan oleh para peserta ALXS (A League of Xtra-Ordinary Souls—Liga orang-orang Berjiwa Luar Biasa).  Pak Habib melangkah setapak lagi menuju cita-citanya untuk memberi ilmu kepada pencinta ilmu spiritual — ilmu mengenal diri. Ilmu yang semakin lama semakin pudar didalam masyarakat. Malahan ada juga yang mengatakan ilmu sesat. Tidak kurang juga yang ingin menuntut untuk mencari sakti (baca : karamah) . Karamah atau sakti itu bukan tujuannya kerana itu hanyalah permainan ‘anak-anak’, dalam perjalanan spiritual kehendak itulah yang akan menjadi ‘hijab’ kepada tujuan ASAL. Apa tujuannya? 

Tujuannya hanya SATU. Mencari jalan pulang! Nak pulang kemana? Pulang kehadratNYA!


Testimoni  Program - "Mengenal Diri"


Tasauf Moden - Salah satu buku
kegemaran bacaan Pak Habib

DaripadaNYA kita datang KepadaNYA kita kembali

Persoalannya adakah kita sudah tahu jalan pulang? Jalan pulang ke rumah kita mungkin tahu, itu pun kadang-kadang terbabas sebab GELAP tak nampak jalan. Inikan pula jalan kembali kepada-NYA.

Maka, adat orang tak tahu jalan bertanya kepada yang tahu jalan. Kan? Tapi ‘orang kita’ ni tak tau jalan, tapi buat-buat tahu, bila orang bagitau jalan dia cakap jalan orang tu salah pulak. Pelikkan?

Kenal DIRI, maka kenal TUHAN


Buku "Mengenal Diri" boleh didapati ditoko buku
seluruh negara

Pak Habib Dihadiahkan Buku "Mengenal Diri"

Hidup kita sebagai manusia hanya seketika. Sampai masa kita dipisahkan daripada ALAM JASAD yang kita pakai sekarang ini untuk meneruskan kehidupan ke alam yang lebih KEKAL. Orang yang tak KENAL DIRI dia takut mati sebab dia rasa hidupnya habis didalam tanah nanti.


“Kita adalah makhluk SPIRITUAL(tidak berjasad) yang diberikan pengalaman memiliki JASAD buat seketika”


Nak salahkan mereka sepenuhnya pun tak boleh juga, sebab tiada siapa memberi dorongan untuk mereka belajar ‘ilmu jalan kembali’. Mereka diajar oleh orang mengaku ‘bijak pandai’, supaya lebih sibuk menjaga tepi kain ‘Mak Jemah’ menghukum sana sini, tapi  tak sedar ‘pelita’ dalam diri semakin malap dilitup ‘jelaga’ yang semakin hari semakin tebal akibat perbuatannya. Mereka tak tahu semakin tinggi kekuatan spiritual, semakin tajam deria indera , semakin kuat daya intelek  maka semakin bijak merencana kehidupan. Inilah yang para musuh tak mahu kita kuasai kerana semakin kuat daya spiritual dengan mudah segala pemasalahan dapat diselesaikan. Sebab itu dunia hari ini disadapkan dengan banyak perkara; sibuk dengan hiburan, sibuk dengan urusan dunia, sibuk dengan hal-hal kuasa dan pemerintahan yang tak sudah-sudah. Akhirnya tahu-tahu ‘Time-Out’! Bila dah sampai ‘check-point’. Nak mintak patah balik DIA kata “No Entry, One Way Only!” Amacam?


Evolusi Spiritual Insan

Tok Kenali -  Mengajak manusia
bertauhid kepada Tuhan yang SATU


‘Worse case scenario’ ; makin banyak melakukan ibadah, makin gelap hati, makin jauh dengan Tuhan. Sebab apa? Ilmu ini yang akan diajar dan kita perlu belajar. Ilmu tentang bagaimana apabila kita melakukan kebaikan walau sedikit pada pandangan manusia, tetapi BESAR hasilnya kepada kita. Walaupun kebaikan itu hanya memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan sepatu buruk!


Tuhan melihat apa yang ada pada HATI kamu


Majlis ini juga mendapat kejutan ramai kerana dihadiri tetamu yang tidak disangka-sangka iaitu anak kepada “anak murid” Tok Kenali  penulis buku “Mengenal Diri” — Mohd Yusof Che Wook.


'Tetamu Istimewa'



Dihadiri lebih daripada 50 orang peserta yang begitu setia mendengar ilmu Pak Habib sampaikan dan ‘tetamu istimewa’ juga diberi kesempatan untuk mencurahkan ilmu mereka kepada para hadirin. Hati mana yang tidak tersentuh apabila diperkenalkan ‘Sang Khalik’ yang Maha Pencinta, apabila disebut sahaja namaNYA maka bergetar seluruh tubuh menitis air mata hiba terbuka hijab melihat sifat Maha Pengasih & Penyayang.


Menitis Air Mata Hiba -
"Apabila disebut nama-NYA maka bergetar seluruh JIWA"


Program “Mengenal Diri” ini adalah ilmu pengenalan. Tidak cukup sehari jika dibahaskan kerana ilmunya terlalu luas. Pak Habib yang saya kenal orang yang tak pernah lokek dengan ilmu. Setiap kata nasihatnya pasti ada isi yang tersirat jika jiwa yang mendengar itu benar peka dan memahami. Bertanyalah, beliau akan menjawab sebaiknya.

Lebih 50 Orang Peserta Hadir
ke Program "Mengenal Diri"- Klik(album)

Kepada yang tidak dapat hadir pada majlis ini, Pak Habib akan mengadakan program pengisian rentetan daripada program “Mengenal Diri” iaitu “Melangkah & Berjaya” akan diadakan pada 17.11.2012 (Sabtu), 9 pagi hingga 5 petang . Dalam program ini Pak Habib akan menerangkan RAHSIA bagaimana menguasai impian. Beliau akan membuka semua rahsia kejayaan yang selama ini tersembunyi tidak diketahui ramai dan cara untuk menguasainya. Bezanya untuk majlis ilmu kali ini Pak Habib adakan lebih  EKSKLUSIF, hanya terhad untuk 30 ORANG SAHAJA kerana lebih mudah untuk beliau memberi tumpuan kepada para peserta terutama dalam sesi soal jawab dan ‘mentoring’

Klik disini untuk DAFTAR ke program “Melangkah & Berjaya” kerana tempat semakin TERHAD untuk anda : http://alxslifeevent.eventbrite.com/







ALXSLife : Pak Habib Sering Memberi ILMU
didalam apa jua bentuk MEDIA

Anda mungkin berminat untuk membaca : "Neraka Untuk Yang Tak Sedar Diri"


Sumber Inspirasi KEJAYAAN Anda


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini