Begitulah pepatah Melayu menyatakan kepada kita ‘perkataan buruk
yang diucapkan maka buruklah yang
berlaku terhadap diri kita’ . Tetapi kebanyakan daripada kita menggunakan
pepatah ini bila nak bertempur je. Ye tak? Kalau melihat dalam drama-drama atau
filem-filem Melayu sudah tentu anda pernah mendengar skrip ini diucapkan.
Tetapi sebenarnya ianya memiliki maksud yang lebih MENDALAM. Apa maksudnya?
Baiklah saya perjelaskan dengan sebaiknya supaya anda mudah untuk memahaminya.
“Semua wujud kejadian adalah
GETARAN(frekuensi)”
Sekiranya anda memahami konsep ini, dengan mudah anda akan
memahami apa yang cuba
saya sampaikan kepada anda.
Dalam sebuah kajian, para saintis menemui dan mengkaji apa yang wujud didalam sesebuah ATOM. Badan diri kita ini juga terdiri daripada ATOM. Terdapat150 50 TRILLION
atom didalam tubuh badan manusia dan setiap atom memiliki ‘otak’ tersendiri atau
dipanggil DNA dan setiap atom juga
mempunyai ALAM nya yang tersendiri; berkomunikasi dengan bahasa yang tersendiri
antara satu sama lain.
Dalam sebuah kajian, para saintis menemui dan mengkaji apa yang wujud didalam sesebuah ATOM. Badan diri kita ini juga terdiri daripada ATOM. Terdapat
Setiap Atom Mempunyai 'Akal'
Semenjak daripada bangku sekolah kita telah diajar oleh guru
sains bahawa ATOM itu berbentuk bulat. Kan ?
Tetapi, saintis telah menemui bahawa atom yang dimaksudkan tidak berbentuk bulat ianya hanya satu getaran atau frekuensi sahaja . Jadi apa yang wujud disebalik ATOM tersebut? Yang wujud hanya GETARAN-GETARAN
hidup, atau ENERGI Hidup atau ZAT HIDUP! Lebih dikenali dikalangan para
pengkaji kuantum sebagai ‘God Particle’ (String Theory).
'God Particle' - Setiap Atom Hanya Getaran 'string'
Mind Over Matter
Setakat ini anda sudah faham apa yang cuba
disampaikan? Baiklah saya cuba
RINGKASKAN untuk anda supaya lebih mudah anda fahami :
“Setiap FIZIKAL, MENTAL, EMOSI, SPIRITUAL adalah FREKUENSI.
Dan Setiap FREKUENSI akan menarik frekuensi yang SAMA ; maka terjadilah
pengalaman/peristiwa seperti yang dizahirkan”
Zat Allah - Berada Di Dalam Semua Makhluk
Akibat Bermulut ‘Puaka’
– 3 Perkara Yang Menarik KEBURUKAN Pada Diri
1. Setiap Ucapan
Adalah Doa
Pernah atau tidak anda terlalu marah dengan kereta anda kerana selalu rosak sehingga
terkeluar ucapan-ucapan yang tidak enak seperti “S**l punya kereta, menyusahkan
aku je. Ko ni elok je kena langgar biar hancur” . ‘Kun Faya Kun’ tak lama
daripada PERMINTAAN anda itu, mungkin 10 saat selepas itu, 2 hari selepas atau
mungkin 7 HARI selepas itu kereta anda mengalami kemalangan dan rosak teruk.
Tapi yang lebih teruk bukan kereta tu, yang lebih teruk adalah diri anda sebab
anda telah menyalahkan orang lain pula akibat daripada kemalangan tu. Pada
zahirnya mungkin pemandu itu salah, hakikatnya anda sendiri yang telah MEMINTA
perkara itu berlaku dalam hidup anda.
Moral : Jaga
setiap ucapan kerana setiap ucapan merupakan doa. Sekiranya ucapan itu
disertakan dengan EMOSI yang kuat
sebagai contoh marah ianya ibarat mencurahkan minyak tanah keatas api. Lebih
cepat ia berlaku. Sebab itu setiap kali kita berdoa, kita perlu faham apa kita minta, kita perlu fokus - apabila meminta fikiran tidak berfikir kepada perkara-perkara lain, setiap permintaan perlu disertakan bersama dengan emosi positif sebagai contoh bersyukur. Paling penting ketika meminta hati, emosi dan permintaan samada doa disebut perlahan (dalam hati) atau kuat (percakapan) perlulah seiring bukannya mulut kata lain tetapi hati tak percaya apa yang dikatakan.
2. Perasaan Takut
Pernah anda mendengar atau terbaca orang kata “Kalau jumpa anjing jangan takut atau lari.
Kalau takut atau lari dia akan kejar” . Begitu juga dengan perkara-perkara
yang lain dalam hidup. Jika anda terlalu takut tentang wabak penyakit, lebih
mudah penyakit itu berjangkit pada diri. Jika anda takut miskin, maka
kemiskinanlah yang akan anda alami. Setiap kali anda takut tentang sesuatu
perkara, peluang untuk perkara yang anda takut tu akan mudah anda alami kerana
pemikiran/emosi kita ibarat MAGNET.
Moral : Kita perlu ‘acknowledge’ atau akui tentang masalah-masalah
yang kita hadapi tetapi jangan terlalu FOKUS
dengannya. Apabila terlalu fokus dengan masalah, perasaan TAKUT/RISAU keterlaluan akan menjadi ‘catalyst’ untuk menarik
perkara itu daripada berlaku dalam hidup. FOKUS kepada jalan PENYELESAIAN.
Insyaallah dengan mudah masalah dapat diselesaikan.
Pada 22 Disember 2012
Pak Habib ingin menurunkan ilmu yang selama ini beliau simpan iaitu ILMU BERANI. Anda pasti mengenali
beliau sebagai seorang penulis politik yang BERANI menegur siapa sahaja dalam
penulisannya. Baginya tiada siapa yang perlu ditakuti melainkan Allah. Kini
beliau ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk menjadi orang yang 'berani
kerana benar'. Jika sebelum ini anda penakut atau pengecut terhadap apa sahaja, anda bakal
menjadi seorang yang tak takut apa-apa pun kecuali Allah! Bagaimana untuk
mempelajarinya?
3. Getaran Yang Selari
Faktor emosi adalah paling utama dalam kehidupan sehari-hari. Pernah atau
tidak satu waktu dimana anda terjaga daripada tidur kemudian anda berada dalam
keadaan marah disebabkan satu perkara yang benar-benar anda tidak suka ianya
terjadi. Sepanjang pengalaman hidup anda pada hari itu daripada pagi sampai ke
malam semuanya serba tak kena ; sampai pejabat lambat, kena marah dengan bos,
kereta rosak, pergi kedai makan hantar lambat, air tumpah pada baju dan
sebagainya. Apa sahaja frekuensi/getaran yang anda bawa, akan menarik perkara
yang seumpama berlaku kepada diri anda.
Moral :
Sentiasa bersangka baik dengan apa jua perkara berlaku. Apa yang kita sangka
baik tidak semestinya baik, apa yang kita sangka buruk tidak semestinya buruk.
Segalanya pasti ada hikmah kerana ianya membuka jalan kepada jalan hidup yang
lain. Sentiasa tetap didalam getaran emosi yang POSITIF kerana sekurang-kurangnya ianya dapat mengelak atau
melambatkan perkara yang buruk daripada berlaku kepada diri anda. Jika ianya
berlaku sekalipun ia tetap memberi kebaikan kepada yang lain sebagai contoh;
anda mengalami kemalangan, ianya memberi keuntungan atau rezeki kepada bengkel
kereta. Rezeki kepada keluarganya pula. Itulah salah satu daripada hikmahnya
yang mungkin kita jarang nampak.
Seluruh Alam Tanpa Batasan (Infiniti) hanyalah sebutir
atom dan terdapat atom yang serupa disekelilingnya lagi.
Maha Besar & Bijaksana ciptaanNYA
Sumber Inspirasi KEJAYAAN Anda : "Revolusi SPIRITUAL & MATERIAL"