Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, April 7, 2012

www.cecitermotivasi.com : Kasihnya IBU Membawa ke Syurga



video
Datuk Sharifah di IMKK Program Motivasi 
Dr. Azizan Osman




kasihnya ibu, membawa ke syurga
kasihnya saudara, masa berada
berkorban nyawa, tanda kasihnya
berkorban raga, rela binasa
berkorban nyawa, tanda setia

kasihnya ayah, sanggupkah berpisah
dan kasih anaknya, berkorban raga
biarpun jiwa akan tersiksa,
ikhlas dan rela, asalkan bahgia


Pengorbanan seorang ibu tiada nilainya jika hendak dibandingkan dengan apa-apa keistimewaan didunia ini ; ilmu, harta, pangkat, kebahagiaan apa sahaja kelebihan. Pengorbanan beliau teramat tinggi nilainya. Sangat beruntung kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah, masih mampu bertentang mata, mengucup tangan dan memberi kasih sayang kepada mereka. Tetapi berapa ramai yang masih membuat begitu kepada ibu dan ayahnya? 


14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan."


Doakanlah untuk kebaikan mereka, ziarahlah mereka walaupun sibuk mencari rezeki kerana pintu keberkatan rezeki adalah pada mereka. Jika hidup anda kadang senang, kadang susah; ziarahlah mereka minta doa daripada mereka . Perniagaan kadang untung, banyaknya rugi ; ziarahlah mereka minta doa daripada mereka. Usaha sentiasa terencat ditengah jalan; ziarahlah mereka minta doa daripada mereka selagi hayat mereka dikandung badan.

Cuba tanya diri anda, selama anda mendapat rezeki daripada perusahaan, kerja daripada pagi hingga ke malam berapa banyak yang tuan, puan, adik, abang dan kakak berikan kepada mereka? Kebanyakkan daripada kita apabila dah tolak hutang, bayar itu ini, beli barang keinginan peribadi ; seperti Ipad 2 , Samsung Galaxy Tab yang sudah lama idam, baki baru nak beri kepada ibubapa. Ada juga yang sanggup tenyeh kad kredit semata-mata nak dapat barang yang dinginkan. Cukup bulan bayar minima je. Jarang sekali bila dapat gaji yang pertama sekali adalah ibubapa dahulu. Kenapa begitu? Sedangkan ketika kita masa kecil dahulu, gaji pertama yang mereka dapat apa yang difikirkan adalah susu, lampin pakaian kita, duit klinik yang diasingkan untuk kita terlebih dahulu.
  

2:215. Mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, "Apa sahaja kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."


Baca sahaja ayat diatas, yang disebut PERTAMA sekali adalah ‘menafkahkan adalah untuk ibubapa’ . Tak ada lansung disebut bayar hutang piutang keliling pinggang terlebih dahulu . Tetapi bukanlah bermaksud anda perlu bagi kesemua duit anda kepada mereka . Mereka pun faham keadaan situasi, keperluan anda bagaimana. Sekadar mampu, seikhlas hati. Tapi jangan pula ambil kesempatan sekadar mampu gaji RM5000 sebulan bagi RM50. Dapat gaji RM5000 ; 60% (RM3000) - untuk KEPERLUAN PENTING anda dan keluarga seperti sewa rumah, sewa bulanan kereta, bil telefon dan sebagainya. Lebihan 40% (RM2000) untuk hal-hal lain seperti tabungan pelaburan anda, simpanan untuk membeli barangan keinginan anda , salah satunya adalah untuk ibubapa dan lain-lain. Berapa persen anda ingin tetapkan? Terpulang, saya cadangkan 5-10%. Jika anda tetapkan 10% setiap bulan, maka RM200 anda akan berikan kepada mereka.

Dengan usaha anda begini insyaallah rezeki anda akan semakin bertambah kerana bertambah keberkatannya kerana itulah saranan yang Tuhan berikan kepada kita seperti ayat diatas. Insyaallah rezeki anda bertambah mudah ; perniagaan semakin laris, dinaikkan gaji dan pangkat. Alasan tak mampu beri lagi kepada ibubapa adalah satu alasan yang kurang cerdik. Kalau gaji sampai RM10,000 sekalipun jika anda tidak ‘Manage’ kewangan anda -- berbelanja lebih daripada pendapatan, sampai bila pun anda akan cakap “Tak cukup, Tak cukup, Tak cukup cukup…




" Jika gaji kita $5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji $20,000, Allah SWT akan berikan beza $15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain. Jika gaji kita $5,000 tapi kita kerja malas macam gaji $2,000, beza $3,000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya..." - Prof Dr Muhaya



Kasih & Pengorbanan Seorang Ibu


31:14. Dan Kami mewasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya mengandungnya dalam kelemahan atas kelemahan, dan penyusuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.  

46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)." 

Tuhan banyak memberi nasihat melalui firmannya tentang seorang ibu. Betapa susah dan payahnya beliau mengandungkan kita, tiba masa nak melahirkan kita hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu sakitnya. Ada yang sampai berkata “Huu tobatlah tak mau beranak lagi…”. Tapi 3-4 bulan je dia rasa serik. Selepas tu dia akan rindukan waktu ketika bersalin. Ada juga yang diberikan Tuhan kemudahan untuk bersalin, sekejap sahaja melahirkan anak. Itu rezeki masing-masing. Sesudah dilahirkan, siang malam jaga makan minum kita pula. Ibu lebih banyak memberi masa kepada kita berbanding bapa. Kesimpulannya hubungan kita tersangatlah erat dan intim. Janganlah mengherdik atau meninggikan suara kepada mereka


17:23. Pemelihara kamu menentukan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia, dan berbuat baik kepada ibu bapa , sama ada seorang atau kedua-dua mereka sampai umur tua di sisi kamu, maka jangan berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga mengherdik mereka, tetapi ucaplah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.


Komunikasi Antara Ibu & Anak


Kajian daripada InstituteHeartMath mendapat bukti bahawa gelombang elektromagnetik daripada jantung boleh dikesan oleh otak dan sistem saraf  orang yang berada disekeliling kita.

Pengkaji juga telah membuat satu kajian khusus ke atas ibu dan bayi, mereka telah membuat beberapa ujian ke atas ‘sample’ yang berlainan dan mendapati bahawa

detak jantung bayi dapat dikesan melalui gelombang otak si ibu


Kata mereka lagi, “Gelombang ini tidaklah selalu dapat dikesan , tetapi apabila si ibu MENINGKATKAN FOKUS-nya kepada si bayi, si ibu akan menjadi lebih sensitif dengan gelombang jantung si bayi “

Sebab itu kebanyakkan daripada kalangan ibu lebih peka dengan kehendak anak mereka atau mempunyai daya intuisi tinggi keatas anak-anak mereka. Apabila beliau memberikan FOKUS sepenuhnya, beliau akan merasakan samada anak-anak mereka dalam keadaan baik atau tidak.


Senario ini bukan terhad kepada si ibu dan bayinya sahaja, ianya boleh juga berlaku diantara kita dengan yang lain ; samada kita dengan rakan sekeliling, dengan kekasih, atau dengan siapa sahaja yang kita rapat, kita mampu merasakan sebarang perubahan keatas diri mereka, samada mereka dalam keadaan baik atau “Aku rasa tak sedap HATI-lah…”.

Ada pada suatu ketika, apabila kawan kita sedang memberi penerangan kepada kita tentang satu perkara tetapi dia tidak dapat menjelaskan dengan perkataan, kita dengan senang memahami apa yang dia maksudkan. Hal ini dipanggil “Pendengaran Intuisi”. Secara tidak lansung ianya memudahkan komunikasi dan meningkatkan daya empati antara satu sama lain.



Tingkatkan Cinta & Kasih Sayang
  
Tingkatkanlah kasih sayang antara kita terutama antara ibubapa, adik-beradik, sanak saudara, orang susah atau sesiapa sahaja kerana dengan kasih sayang itulah membuatkan dunia ini harmoni.


Jangan balas kejahatan dengan kejahatan, tetapi balaslah kejahatan dengan kasih sayang


Barulah dunia ini tiada penindasan, kezaliman, atau sifat mementingkan diri sendiri. Usahlah berlumba-lumba mencari kesenangan sehingga lupa kebajikan orang yang pernah menyusukan dan mendodoikan kita satu ketika dahulu. Saya pasti anda yang membaca ini adalah diantara orang yang sangat menjaga kebajikan ibubapa. Sampaikanlah nasihat ini kepada rakan-rakan supaya mereka tersedar daripada lamunan. Kasihilah mereka selagi mereka masih ada. Berilah kasih sayang kepada mereka bukan dengan harta, kekayaan atau wang ringgit tetapi dengan CINTA.


“ Kekayaan mampu membeli kesenangan, tetapi kekayaan tidak mampu membeli CINTA sejati ”



Tenggelamkan Aku Dalam Lautan CINTA-Mu




Semoga Anda Kaya & Berjaya Di Dunia dan Akhirat
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini