Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Showing posts with label mudhorat atau mujarab. Show all posts
Showing posts with label mudhorat atau mujarab. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - KESIMPULAN


Sebenarnya banyak lagi penulis ingin berkongsi pandangan, cuma tidak mahu kelihatan terlalu rumit.

Facebook tidak salah jika kita tahu menggunakannya samada mudhorat atau mujarab kita yang menentukannya. Jika kita menggunakan untuk mengeratkan silaturrahim, memudahkan komunikasi sesama keluarga dan membina platform untuk meningkatkan ekonomi, itu suatu yang positif.

Jika ianya digunakan untuk menyebar fitnah, bergaduh sesama sendiri, mencaci-maki walaupun pada perkara yang baik sekalipun. Itu suatu yang 'mudhorat' kepada diri dan yang lain.






Para blogger/media dalam talian perlu ada rasa tanggungjawab
menyiarkan cerita/berita yang lebih bermanfaat kepada pembaca.


SIAPA PERLU AMBIL PERANAN? 



Setiap pengguna tidak kira dikalangan pemerintah, rakyat jelata, artis, pengamal media seperti blogger perlu mengambil peranan.

Dahulu mahu sampaikan berita mengambil masa untuk tulis, untuk cetak, edar akhbar ke pelusuk kota dan desa. Sekarang ini, peristiwa berlaku depan mata, tulis, ambil gambar, semua orang boleh baca dan tonton. Segera.

Setiap yang menulis perlu ada rasa tanggungjawab. Walaupun hanya menulis komen. Kemungkinan kenyataan yang ditulis diambil kira dan disebarkan kepada yang lain.

Sekiranya berita belum tentu sahih jangan disebarkan. Siasat terlebih dahulu. Jika ianya mengaibkan lebih baik bertindak tidak membuka keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang melibatkan maruah.

Jangan menulis sekadar untuk mendapat perhatian pembaca sahaja, mahukan rating yang tinggi, takut nanti digelar media sampah. Manfaatnya sedikit, yang banyak disebarkan cerita-cerita 'porno'.

Kita tidak tahu, kadang-kadang dengan kata-kata kita yang sedikit mampu membuat seorang berubah kepada keadaan yang lebih baik atau lebih buruk. Jika setiap orang memberi sumbangan, ianya akan memberi impak yang besar. Sebab itu setiap orang perlu mengawal diri. Bukankah jihad paling besar adalah melawan nafsu sendiri?

Baik buruk anda tentukan. 'Diri sendiri tak tahu menari jangan salahkan lantai berjongkang-jongket' .

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua. Sekiranya ada terkasar bahasa mohon kemaafan. Sekadar memberi sedikit pandangan untuk kebaikan semua.










                                                                      << Prev 1 2 3 4 5

Topik Berkaitan:

1. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Intro/Sejarah FB
2. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Zaman Mula Berubah
3. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Keyboard Warrior
4. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'Macai' VS 'Toktok'

...
#Ceciter - Apa Pon Boleh

Sunday, September 22, 2013

#FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'MACAI' VS 'TOKTOK'





Ini fenomena paling 'ever-green'. Ia bukan berlaku pada musim pilihanraya. Tapi 'laku' setiap masa. Istilah ini digunakan oleh para penyokong politik ekstrim. Semenjak daripada PRU baru-baru ini sehinggalah sekarang, isunya tidak pernah kering. 

Apa sahaja isu bakal dipolitikkan. Daripada sekecil-kecil isu, sehingga isu peringkat nasional.

Mereka ini daripada golongan diatas tadi - 'Keyboard Warrior'. Lebih menumpukan masalah daripada menyelesaikan masalah. Jika perkara ini berterusan bila hendak selesai? Sehingga dunia ini bertemu ajal pun tidak akan selesai.

Itulah senario politik, bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Dua pihak bertelagah sesama sendiri. Mula-mula main-main 'cubit'. Akhirnya nyawa menjadi taruhan. Itulah yang sedang berlaku di negara-negara Arab. Mana pergi 'Oh-I-See'? Tengok sahaja tak boleh buat apa-apa.

Mana tidaknya pemerintah di negara-negara Islam lain masih sibuk tuduh-menuduh antara satu sama lain kafir. Hitung sendiri sudah berapa lama isu kafir-mengkafir ini ada didalam negara? Bukan antara penganut agama Islam dengan penganut agama bukan Islam, antara Islam sama Islam sendiri.

Belajar daripada apa yang telah/sedang berlaku. Negara kita sudah beberapa kali cuba dilagakan dengan isu-isu sensitif terutama melibatkan agama/kepercayaan.

Dahulu berperang, kena hantar tentera, guna senjata, hantar kapal terbang. Semua itu melibat kos yang menelan belanja berbillion Dollar. Rugi beb!

Sekarang, tidak perlu. Hanya lagakan dua puak didalam sesebuah negara. Perang saudara tercetus sesama sendiri. Sebab itu dikatakan 'Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh'. Harap ia tidak berlaku di negara ini.

Kalau setiap orang mengambil inisiatif untuk mengawal diri, secara kolektif kesemuanya mampu mengawal diri.

Ingat 'Kata-kata lebih tajam daripada sebilah pedang','jangan bermain dengan api, nanti terbakar diri'.

Dengan kata-kata raja yang zalim mampu ditundukkan, dengan kata-kata juga sebuah negara yang kaya-raya mampu hilang segalanya. Fikirkan.

Begitulah berkuasanya kata-kata. Jika tidak ia tidak menjadi 'kuasa orang mukmin'.

[Bersambung]



                                            << Prev 1 2 3 4 5 Next >>

Topik Seterusnya :
1. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Intro/Sejarah FB
2. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Zaman Mula Berubah
3. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Keyboard Warrior
4. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - KESIMPULAN.

...
#Ceciter - Apa Pon Boleh
http://fb.me/ceciterceciter



Saturday, September 21, 2013

#FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'Keyboard Warrior'




Tahun berubah lagi, begitu juga dengan sikap pengguna FB ikut serta bersama. Penulis sendiri dapat melihat perubahan-perubahan itu. Ianya sangat ketara.

Dahulu ingin mengunakan internet kena balik rumah/pejabat baru boleh guna. Kadang-kadang terpaksa pergi ke Cyber Cafe dengan bayaran RM4 sejam untuk dapat akses yang lebih laju.

Sekarang, boleh guna dimana-mana sahaja. Asal ada internet broadband yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi seperti #Maxis,#Celcom#UMobile kita boleh akses internet 24/7 dimana sahaja.

Pengguna boleh membaca, menonton video, meng-update gambar disetiap pelusuk kota/desa, asalkan ada liputan.

Bukan ingin menceritakan pakej tawaran mana yang hebat, laju atau murah, tetapi karekter penggunanya yang semakin 'Kaypoh'.

Pantang ada salah dimata, pelbagai komen akan dilemparkan. Jika komen yang diberikan bernas atau berbudi bahasa tidak mengapa. Tetapi ayatnya pasti diselit dengan carutan dan makian. Pada masa yang sama mempertahankan kesucian agama. Tapi ucapan seperti orang yang tidak beragama.

Maklum sahaja bukan depan mata, tak kira tua ke muda, habis semua dihentam sama rata. Seolah-olah sudah penuh ilmu didada. Cakap tak beralas. Menjatuhkan hukum mengalahkan Tuhan. Kalau depan mata, jalan tunduk muka. Tak gentle la der!

Tak habis di Facebook, sambung ke Twitter, Keek, Instagram dan seangkatan dengannya.

Lucu, sebab ada diantaranya yang sudah beruban, beranak-pinak tetapi kata-kata tak ubah seperti budak baru pandai bercakap.

Kalau masa kecil dulu salah cakap sikit pasti mak sudah menjerit "Cakap lagi camtu, cili mulut tu nanti.." sambil buat muka 'ketat'. Sekarang takkan mak nak cilikan mulut lagi. Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!

Apa yang kita ucapkan melambangkan peribadi kita sendiri. Semakin banyak bercakap semakin jelas kejahilan diri. Itu tanda tiada ilmu dan hikmah. Cakapnya samberono. Kalau tidak pandai berbudi bahasa dan berhikmah, lebih baik diam daripada berbicara. Itu lebih baik.

[Bersambung]


                                              << Prev 1 2 3 4 5 Next >>


Topik Seterusnya :
1. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Intro/Sejarah FB
2. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Zaman Mula Berubah
3. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'Macai' VS 'Toktok'
4. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - KESIMPULAN.

...
#Ceciter - Apa Pon Boleh
http://fb.me/ceciterceciter



FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Zaman Mula Berubah


Interface Awal Facebook - 2005


Tahun silih berganti, sedikit demi sedikit ramai meninggalkan MySpace dan berhijrah ke FB. Semakin meriah sedikit FB ketika itu, tapi tidak semeriah hari ini.

Dahulu penggunaan FB lebih kepada sifat peribadi. Berkongsi gambar-gambar tertentu dan status-status tertentu. Mungkin masih lagi malu-malu agaknya.

Daripada awal ianya dibuka kepada orang ramai sehingga sekarang, sudah berapa kali interface-nya berubah. Setiap kali berubah, setiap kali itulah pengguna akan mula buat bising. 

"buruklah","tak best lah..","tak privacy lansung","tahpehape tah..nak yang macam dulu!" dan macam-macam 'songeh' lagi. Itu diberi percuma, kalau berbayar bayangkan sendiri keadaannya.

Yang lucunya ada juga yang menghantar email kepada Mark supaya ubah interface kepada yang sebelumnya.

Jika penulis jadi Mark ketika itu, akan membalas email mereka yang berbunyi: 
"Kalau anda tak suka dengan interface baru, anda boleh keluar daripada FB ini(macam pernah dengar dialog ini.. Jangan marah, saja mengusik.. :D ) 

Tapi dengan nada yang lebih sopan dan mesra pelanggan. Nak belajar pasal skrip mesra pelanggan itu kena belajar dengan penulis muda yang bercita-cita untuk menjadi jutawan didalam bidang penulisan, Aqif Azizan

Penulis sendiri banyak belajar daripada posting-posting beliau yang banyak membantu. Seorang yang 'very down-to-earth', bercita-cita tinggi. Tetapi maaf, beliau baru sahaja berkahwin dengan zaujahnya yang comel. Tahniah Aqif! Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah nanti :)



[Bersambung]




                                         << Prev 1 2 3 4 5 Next >>

Topik Berkiatan :
1. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Intro/Sejarah FB
2. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'Keyboard Warrior'
3. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'Macai' VS 'Toktok'
4. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - KESIMPULAN.

...
#Ceciter - Apa Pon Boleh
http://fb.me/ceciterceciter




Friday, September 20, 2013

#FACEBOOK - MUDHORAT ATAU MUJARAB?



Rata-rata rakyat di #Malaysia memiliki akaun Facebook. Bermula daripada usia 13 tahun sehingga yang berusia 'emas'. 

Menurut statistik 13.3 juta atau 45.5% penduduk Malaysia memiliki akaun facebook. Ini melayakkan Malaysia mendapat tempat ke-8 di Asia dan tempat ke-21 di dunia.

Setiap waktu kita dapat melihat ragam rakan facebook yang gemar meng-update status facebook mereka, dan mereka boleh diketegorikan:

1. Gemar bersajak/berpuisi
2. Berdakwah; mengingatkan rakan telah sampai waktu solat,berzikir dsb.
3. Bercerita tentang pengalaman hidup dialami sepanjang hari.
4. Meluahkan rasa cinta/rindu kepada pasangan
5. Berbisnes ; Promosi produk/servis on-line
6. Memberi/berkongsi tip-tip perniagaan
7. Berfalsafah
8. Berkongsi maklumat/gambar
9. Berpolitik
10. Mengupdate lokasi terkini yang dilawati.

Senarai ini bertambah seterusnya..

Pelbagai lagi aktiviti yang telah/akan kita lihat seolah telah menjadi rutin harian pengguna facebook untuk melawat laman sesawang sosial ini selain #Twitter#Keek, dan #Instagram.

Sehinggakan, jika tidak memiliki akaun #FB boleh dianggap 'kuno' atau ketinggalan zaman oleh masyarakat.

Makcik-makcik yang dulunya tak tahu menggunakan papan kekunci, kini sudah mampu menggunakan tetikus untuk mengemaskini gambar profil terbaru mereka. Setiap minggu pasti ada gambar profil terbaru yg ditukar mengalahkan anak muda pula. Tak caya cuba tanya makcik sebelah tu.


SEJARAH FB

Menurut sejarah awal pembikinan Facebook, ianya telah ditemui pada Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg dengan rakan kolej beliau di Havard iaitu Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.

Pada awal pembinaan laman sosial ini, ia hanya bertujuan untuk digunakan oleh para pelajar Havard University sahaja tetapi kemudiannya telah digunakan oleh kolej-kolej lain di kawasan Boston, Ivy League dan Stanford University

Diam tak diam, pada Ogos 2013, pengguna Facebook telah mencapai seramai 1.5 Billion pengguna yang aktif atau sebanyak 21% daripada penduduk seluruh dunia.

Sekiranya Mark Zuckerberg mengenakan bayaran US$1 sahaja seumur hidup untuk setiap pengguna FB, sudah boleh melayakkan beliau menjadi Billionaire ternama. Makan tak habis beb!

Walaupun beliau memberikan akses FB ini secara percuma, beliau masih lagi kekal menjadi salah seorang Billionaire termuda didunia.

Memiliki keuntungan tahunan melebihi US$ 4 Billion setahun pada tahun 2012. Pendapatan yang diperolehi daripada pengiklanan; banner, post, video dan sebagainya.

Penulis sendiri mula memiliki akaun FB pada awal Ogos 2007. Pada ketika itu aktif keras dilaman sosial MySpace, Friendster, Five (kalau tak silap namanya).

Awal penggunaan adalah atas galakan rakan yang mengatakan algorithm FB lebih baik dan canggih katanya.

Agak terkial-kial juga menggunakan pada awalnya kerana interface yang lebih advance dan agak leceh sedikit daripada MySpace.

[Bersambung]




1 2 3 4 5 Next >>

Topik Berkaitan :
1. FACEBOOK MUDHORAT ATAU MUJARAB? - Zaman Mula Berubah
2. FACEBOOK - MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'Keyboard Warrior'
3. FACEBOOK - MUDHORAT ATAU MUJARAB? - 'Macai' VS 'Toktok'
4. FACEBOOK - MUDHORAT ATAU MUJARAB? - KESIMPULAN.

...
#Ceciter - Apa Pon Boleh
http://fb.me/ceciterceciter



Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini