Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, November 2, 2013

YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN






Setiap detik sel-sel yang membentuk tubuh ini akan mati, dan dihidupkan semula (dibangkitkan). 

Ketika anda membaca artikel ini, 25,000,000 (dua puluh lima juta) sel telahpun mati. Pada setiap hari sejumlah 300 billion sel akan dihidupkan.

Sel-sel molekul tubuh ini adalah makhluk hidup seperti kita. 

Memiliki emosi, memiliki intelijen, berkomunikasi antara satu sama lain, mengingati penciptanya (zikir dan berdoa), makan untuk hidup, bekerja menurut tugas masing-masing untuk membentuk tubuh yang sihat, melakukan 're-production' dan seterusnya.

Kesimpulannya ia juga memiliki alam kesedarannya sendiri sama seperti kita. Tapi dimensi yang berbeda.

Pada setiap kitaran 7 tahun, tubuh ini akan memiliki sel-sel yang baharu secara total.


Cuba lihat tubuh badan anda sekarang.


Sekiranya anda berumur 28 tahun ketika ini, 7 tahun akan datang (35 tahun), tubuh yang anda miliki sekarang ini sudah tidak wujud sama sekali.

Proses 'hidup-mati' tubuh ini berlaku dengan perlahan dan senyap tanpa kita sedari. Sehinggalah tamat 'tugas'; ia akan dimatikan dan kembali kepada asalnya (tanah).

Daripada sini kita dapat lihat, kita sama-sekali bukanlah si tubuh kerana jika kita si tubuh, sudah pasti kita merasai proses dimatikan dan dihidupkan semula.

Persoalannya, jika kita bukan si tubuh, siapa kita?












Sumber INPIRASI Kejayaan Anda


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini