Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, October 26, 2013

Pasca Bajet 2014 Tidak Populis?




Semalam telahpun berlansungnya sesi pembentangan Bajet 2014 yang dibacakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Parlimen bermula sekitar 3 petang pada 25 Oktober 2013.

Antara yang dibentangkan adalah pelaksanaan GST, pemberian BR1M yang dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, pengurangan subsidi gula, insentif kepada para usahawan dan banyak lagi yang telah dibentangkan oleh beliau yang tidak dapat saya senaraikan satu persatu.

Secara keseluruhan penulis tidak melihat ianya suatu yang signifikan. Niat penulis bukan ingin mengulas daripada perspektif ekonomi atau politik. Hanya ingin memberi sedikit pandangan rakyat biasa yang mempunyai perspektif tersendiri.



Pembentangan Bajet 2014 Oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Razak


Secara kasar penulis melihat Bajet 2014 lebih kepada perlaksanaan janji PRU13 yang lepas. Mungkin itu yang terbaik yang pihak kerajaan boleh lakukan pada masa ini.

Bagi diri penulis apa yang lebih penting adalah kawalan hutang, perbelanjaan dan menambah baik perolehan negara.

Apa yang dibentangkan semalam baru sekadar pembentangan atau cadangan daripada pihak kerajaan. Pelaksanaan yang sebenar nanti, mungkin ada perkara yang boleh ditambahbaik dan diperbaiki lagi.

Tapi , perkara yang agak mengejutkan diri penulis dan juga mungkin kepada yang lain juga adalah alasan pengurangan subsidi gula adalah atas faktor ingin mengurangkan jumlah pesakit Diabetes yang semakin meningkat.

Bagi penulis itu adalah alasan yang kurang bernas diberikan dizaman maklumat dihujung jari.

Rakyat mungkin boleh menerima sebab pengurangan subsidi adalah tindakan kerajaan untuk menyalurkan subsidi itu kepada sektor-sektor yang lebih penting sebagai contoh sektor pendidikan dan sebagainya.






Isu ini tidaklah begitu besar dan tidak perlu diperbesarkan, cuma penulis berharap agar pihak kerajaan perlu lebih bijak dalam memberi alasan/hujah selepas ini kerana sejak kebelakangan ini penulis melihat/mendengar/membaca kebanyakkan isu yang berlaku, hujah/alasan yang diberikan oleh para menteri yang terlibat agak kurang releven dan terlalu beremosi.

Adalah lebih baik menteri yang terlibat adalah ahli didalam kementerian yang dipegang atau sekurang-kurangnya mempunyai kepakaran mengatur ahli bawahannya yang terdiri daripada para intelektual dan jurutera yang mampu mengubah sistem yang sedia ada kepada sistem yang lebih baik yang memberi kebaikan kepada semua pihak.


“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada AHLINYA , dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, kamu menetapkan hukum dengan adil..."  (Surah an-Nisa’ : ayat 58)



KETIRISAN ADALAH MASALAH UTAMA YANG PERLU DIPERBAIKI

Ini adalah masalah utama didalam mana-mana organisasi sekalipun. Baik daripada organisasi keluarga, syarikat dan negara.

Perbelanjaan melebihi pendapatan yang tidak terkawal yang membuatkan sesebuah organisasi itu 'bankrup' atau muflis.


Kebocoran Wang Melalui
Perbelanjaan Tidak Terkawal


Berhutang(meminjam) itu tidak salah sekiranya hutang itu mendatangkan kebaikan dan perolehan pendapatan kemudiannya - 'Good Debt'.

Tetapi sekiranya hutang yang berbentuk liabiliti, kemudian berbelanja semata-mata untuk mengejar 'life-style' atau perkara-perkara yang tidak bermanfaat, ianya suatu yang sangat merugikan - 'Bad Debt'.


"Sekiranya kamu membeli/berbelanja perkara yang tidak perlu, suatu hari nanti kamu terpaksa MENJUAL segala KEPERLUAN yang kamu ada" - Warren Buffet


Perbelanjaan keraian yang menelan belanja sehingga JUTAAN ringgit sebaiknya disalurkan kepada sektor-sektor yang memerlukan kerana perbelanjaan keraian tidak dapat membantu meningkatkan modal insan yang lebih memberi kebaikan dalam jangka masa panjang kepada negara.


(Klik Imej Untuk Paparan Lebih Besar)


Bayaran Artis K-POP RM1.6 JUTA 
Rujuk LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PERSEKUTUAN 
di bawah (m/s 426 - m.s 376 tercatat pada dokumen)



Amalan rasuah juga perlu diperangi habis-habisan kerana ini juga antara faktor kronik yang menjatuhkan sesebuah negara sejak dari dahulu lagi.

Apa yang telah dibentangkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini perlu diambil peduli dan tindakan perlu diambil. Siapa sahaja yang terlibat dengan konspirasi 'jahat' perlu diambil tindakan tidak kira samada dipihak bawahan atau atasan.




LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PERSEKUTUAN

Jabatan Audit Negara, National Audit Department





Laporan mStar :

GEORGE TOWN: Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata Jabatan Audit Negara (JAN) merupakan sebuah badan yang bebas daripada kuasa politik dan semua urusan pengauditan dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa.
Beliau berkata setiap tugasan secara spesifik merujuk kepada tajuk sesuatu projek dan bukan melihat kepada pihak yang melaksanakannya. 
"Kita tidak tengok kepada kerajaan 'A' atau kerajaan 'B', kami 'colour blind', setiap negeri atau jabatan yang diaudit disusuli dengan laporan, boleh lihat kepada laporan itu. - mStar.  




Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang
Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang
Ketua Audit Negara, Malaysia


Penulis berharap laporan jabatan ini tidak berlaku berat sebelah yang lebih kepada 'political favor'. Salah tetap salah, walaupun yang buat salah itu terdiri daripada orang yang disanjung tinggi oleh masyarakat.

Sekiranya ketirisan dan amalan rasuah ini dapat diperangi barulah tindakan mengurangkan subsidi, menambah perolehan pendapatan melalui cukai dan sebagainya diterima oleh rakyat tanpa rasa sangsi kerana kami tahu ia akan memberi kebaikan kepada kami semua, bukan untuk memenuhkan poket orang-orang tertentu sahaja.

Setakat ini yang mampu penulis beri sedikit pandangan mengenai 'Pasca Bajet 2014', banyak lagi yang tidak disentuh diharap pada masa akan datang diberikan kudrat untuk memberi pandangan berkaitan dengan pendidikan, usahawan dan sebagainya.




Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini