Sejak daripada kecil lagi kita sudah mempunyai keupayaan belajar apa sahaja. Belajar berjalan, merangkak, makan, minum dan sebagainya. Tak ada pulak kita perlu belajar semua itu dengan membaca buku ‘manual’; “Cara Berjalan Dengan Betul”,”10 Cara Minum Susu Dengan Betul”, “Cara Makan Sebenar Seorang Bayi” . Semuanya kita belajar dengan hanya MENIRU perbuatan/perlakuan tersebut sahaja. Hebat kan ?
“TIRU orang BERJAYA , anda PASTI berjaya”
Bertambah pelik, keluar daripada perut ibu kita, tahu pulak kita macam mana nak hisap susu ibu. Itulah KEUPAYAAN belajar kita semenjak daripada bayi lagi telah terbukti BIJAK belajar dengan cepat. Tapi kenapa apabila kita semakin dewasa, keupayaan itu semakin lama semakin pudar? Sepatutnya semakin berakal kita, semakin HEBAT dan CEPAT kita belajar.
“Apabila kita semakin DEWASA, kita semakin TAKUT belajar untuk BERTINDAK”
Sejak sudah pandai BERCAKAP, BERFIKIR, MENGENAL dengan MENDENGAR dan MELIHAT, kita sering dimomok-momokkan dengan ILMU yang SESAT (baca:salah). Sebagai contoh “Jangan main nyorok-nyorok nanti kena sorok dengan hantu kopek”,”Usik la adik tu nanti polis mai tangkap masuk jail”. Ada yang sampai sekarang takut dengan polis. Asal nampak polis je menyorok, asal nampak polis je menyorok, asal menyorok je dia nampak polis la tu. Takut hantu tak usah cerita, lagi ramai yang takut. Duduk rumah seorang diri, habis semua lampu dibukanya. Lucu, tapi itulah yang telah diprogramkan didalam MINDA BAWAH SEDAR (Sub-conscious Mind) sejak daripada kecil lagi. Baca disini tentang bagaimana mengubah TABIAT.
“Apabila PEMIKIRAN disertakan dengan EMOSI yang KUAT (Takut, Gembira dsb) akan lebih mudah diprogramkan didalam MINDA BAWAH SEDAR dan kemudian secara ‘AUTOMATIK’ menjadi TINDAKAN/PERBUATAN(Action) dan hasilnya DIRI anda sekarang (Result)”
Saya bawa anda semua balik ke masa lampau ketika baru nak belajar berjalan. Nampak tak anda sedang berdiri memaut kerusi? Comel je kan ? Sekarang LIHAT, anda cuba untuk berjalan dengan ‘2 kaki’. Orang selalu cakap “Dah dapat kaki dah dia”. Berjalan 3 tapak sahaja jatuh, menangis, 3 minit je, bangun balik jalan lagi 3 tapak ‘tertonggeng’ lagi…dan seterusnya.
Nah, pernah tak anda rasa TAKUT ketika itu untuk terus mencuba berjalan? TIDAK. Disebabkan kita tak TAKUT, kita pandai berjalan sampai sekarang malah boleh berlari lagi.
“KETAKUTAN adalah PENGHALANG terbesar, untuk kita terus BERJAYA”
MINDA BAWAH SEDAR kita telah diprogramkan dengan macam-macam perkara semenjak daripada kecil lagi. Siapa yang mem-program-kan? Sudah tentu ibubapa kita, adik-beradik, masyarakat sekeliling,radio, televisyen atau sesiapa sahaja yang rapat ketika kecil.
Faktor KEJAYAAN atau KEGAGALAN kita bergantung apa yang telah di-program-kan. Semakin kuat kita percaya sesuatu perkara itu, sekuat itulah ianya menjadi ‘Belief-System’. Berhati-hati dengan apa yang anda LIHAT dan DENGAR.
“Apa yang telah di-program-kan, itulah yang menjadi DIRI KITA”
Jadi, bercakaplah perkara yang baik kepada anak-anak, terapkan ILMU yang BETUL
SE-AWAL usia mereka didalam kandungan lagi. Jangan salahkan mereka jika ‘GAGAL’ dalam hidup, kerana itulah ilmu yang telah anda berikan kepada mereka.
Ubah ‘Belief-System’ Anda
Sedar atau tidak ketika kecil lagi kita telah di-program-kan melalui kata-kata ini:
“Duit adalah punca segala kejahatan, orang kaya semua penipu, orang kaya tamak, orang kaya zalim,…kena kerja kuat kalau nak duit, ingat duit boleh tanam je ke, ingat duit ni boleh ‘cop’ je, duit tak akan beri kebahagiaan,…duit tak akan pernah cukup”
Sebab itulah kita jadi seperti yang telah di-program-kan diatas. Ambil satu contoh
“Orang kaya tamak, mereka suka kerah tenaga ‘orang susah’ untuk menjana kekayaan mereka…”.
Tidak mustahil kepada sesiapa yang percaya sehingga menjadi ‘Belief-System’ mereka tak pernah KAYA atau BERJAYA, sentiasa susah sebab MINDA BAWAH SEDAR telah di-program-kan “menjadi kaya adalah TIDAK BAIK”, disebabkan tidak mahu yang TIDAK BAIK berlaku maka secara tanpa disedari menjadi KAYA dan BERJAYA juga TIDAK AKAN BERLAKU keatas diri. Hukum Sebab-dan-Akibat.
Ini yang dikatakan “KATA Saranan” atau “Verbal-Conditioning” samada dilakukan oleh orang lain atau diri anda sendiri akan menjadi ‘Belief-System’.
“UBAH sistem-kepercayaan anda kepada yang lebih POSITIF, maka hidup anda akan turut menjadi lebih POSITIF”
Cari ILMU dan GURU yang betul jika ingin BERJAYA
“ Bercakap dengan orang yang betul dan berguru dengan orang yang betul adalah amat penting sekali. Ramai yang takut-takut atau tidak terfikir untuk menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan adalah disebabkan kurang informasi atau ilmu pengetahuan di dalam bidang tersebut. Ramai juga yang telah menceburi tetapi masih belum berjaya kerana tidak ada mentor…”
“76% Orang yang gagal adalah kerana kegagalan mereka untuk memulakan tindakan. 21% Gagal kerana mereka gagal konsisten…”
Petikan kata Dr.Azizan Osman
Sememangnya benar apa yang dikatakan oleh beliau. Faktor kegagalan pertama kita adalah ketika kita di-program-kan dengan ‘Verbal Conditioning’ yang salah ketika kecil, kedua bila dah meningkat dewasa pula kita BERGURU dengan orang yang salah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Kesian. Menuntut ilmu ‘Marketing’ sebagai contohnya dengan orang yang tak pernah jual sebatang pen pun. Amacam? Memang sampai sudah pen tak terjual. Akhirnya pakai sendiri. Carilah guru yang terbukti berkesan didalam apa jua bidang yang anda ingin pelajari terutama sekali dalam bidang perniagaan kerana ianya melibatkan wang, keringat, masa depan anda dan keluarga yang tercinta.
“9/10 daripada sumber pendapatan daripada PERNIAGAAN dan 9/10 orang yang berniaga mengalami KERUGIAN….1/10 sahaja yang BERJAYA kerana mempunyai ILMU,GURU dan BERTINDAK dengan betul”
ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK, KAYA DUNIA dan AKHIRAT
“LIKE” Jika setuju dengan artikel ini. Semoga memberi manfaat.