Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Thursday, December 29, 2011

HAKIKAT Doa - Kunci Makbulnya Doa

"40:60 Mintalah pada KU nescaya AKU perkenankan"

BERDOA kepada TUHAN berjuta kali pun, tanpa BERTINDAK untuk mengubahnya sendiri, ianyaTIDAK AKAN BERUBAH sama sekali kerana itulah KETETAPAN-NYA. Tuhan mencipta kita didalam PERATURAN-NYA (Sunnatul-Allah) iaitu peraturan yg dikenali sebagai peraturan "Sebab-dan-akibat" atau "Cause-and-Effect" atau "Hukum Alam"
"13:11 Allah tidak mengubah nasib satu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada DIDALAM DIRI mereka sendiri"

Apa pulak yang ada DIDALAM DIRI tu? Jantung ke? BUKAN, yang ada DIDALAM DIRI itu adalah;

Saya simpulkan kepada 3 bahagian:

1-Mental
2-Emosi
3-Spiritual

3 perkara inilah yang akan menentukan anda BERJAYA atau GAGAL. Ianya ibarat AKAR kepada POKOK (baca:alam fizikal). Jika akarnya LEMAH, maka lemahlah POKOK. Jika akarnya KUAT, maka kuatlah POKOK.

Didalam ayat 40:60, Tuhan telah memberi JAMINAN, jika minta padaNYA, DIA akan PERKENANKAN.


DIA bukan PEMUNGKIR JANJI

"30:6 ...Allah tidak memungkiri janji-Nya, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahuinya."

Tapi kenapa tak dapat-dapat(baca:tidak MAKBUL) ye? Cer fikir kenapa? Takkan Tuhan tak dengar kot? Dia MAHA MENDENGAR. Ada banyak faktor tetapi yang ingin saya ketengahkan adalah hal ini;

DOA anda tidak akan MAKBUL sekiranya MINDA anda tidak PERCAYA apa yang anda minta.
DOA anda tidak akan MAKBUL sekiranya HATI anda tidak RASA apa yang anda minta.
DOA anda tidak akan MAKBUL sekiranya KOMITMEN anda tidak lakukan dengan SEPENUHNYA.

Apa yang anda MINTA kepada-NYA, apa yang anda FIKIR, apa yang anda RASA, apa yang anda PERCAYA, dan apa yang anda BERTINDAK seiring dengan hukum "Sebab-dan-Akibat-NYA" atau "Sunnatul-Allah"

Disitulah KUNCI MAKBUL.

Tuhan TIDAK akan 'over-ride' sistem yang telah DIA sendiri TETAPKAN


JANGAN HARAP dengan perkara AJAIB yang akan berlaku seperti "MALAS usaha tapi nak BERJAYA". Jangan MIMPI "Duit jatuh daripada langit" atau "Duit bergolek-golek" datang kepada kita. Ayam golek adalah. Itupun kena pi beli dulu ayam, pastu golekkan, hidang, suap masuk mulut baru kenyang.

Inilah dikatakan 'Sunnatul-Allah'.


Tuhan telah menjelaskan didalam ayat;

33:62 & 48:23 "...dan kamu akan mendapati TIADA PERUBAHAN pada 'Sunnatul-Allah' "

Walau macam manapun sejak awal lagi ALAM ini diciptakan oleh-NYA sampai sekarang, hingga hancur bumi ni nanti, kata-NYA : "TIADA PERUBAHAN pada 'Sunnatul-Allah' "

KETETAPAN ini sangat jelas untuk mereka yang MENGGUNAKAN AKAL dan BERUSAHA. Tetapi tidak kepada mereka yang MALAS (kesian orang macam ni..asyik nak harapkan perkara ajaib berlaku keatas dirinya)

HUKUM SEBAB HUKUM AKIBAT

JIKA kamu MALAS | kamu TAK BERJAYA
JIKA kamu LAMBAT(baca:terhegeh-hegeh) | kamu KETINGGALAN
JIKA kamu CEPAT | kamu DAPAT KEPUTUSAN CEPAT
JIKA kamu BERUSAHA | kamu BERJAYA




Tidak akan ada cacat celanya keatas 'Hukum-Alam' atau 'Sunnatul-Allah' yang telah Tuhan tetapkan. Tiada istilah "Tuhan ni tak adillah, asyik dia je berjaya aku manjang gagal","Dia je bahagia, aku manjang tak
bahagia" sehingga Tuhan memberi peringatan didalam ayat ini;

67:3 ...Kamu sekali-kali tidak akan melihat pada ciptaan Pemelihara Yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulangkali, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

Tuhan telah menetapkan SEGALANYA tersusun RAPI. Sesuai pada TEMPAT dan MASA. Yang menjadi masalah adalah DIRI kita sendiri.

21:19 Dan bagiNya segala apa yang ada di langit dan bumi itu dan mereka yang disisiNya mereka tidak pernah menyombongkan diri untuk ber-ibadah untukNya - dan tidak pula mereka merasa letih.

Alam ini berfungsi 140% dengan HUKUM YANG SAMA siang dan malam tanpa rasa letih sedikitpun.


JIKA kita MINTA dengan JELAS, seiring dengan apa yang kita RASA, apa yang kita FIKIRAN, danKOMITED dengan TINDAKAN yang kita lakukan ianya akan MEMBUKA PINTU REZEKI atau PELUANG seperti yang kita KEHENDAKI. Kadang-kadang peluang itu datang daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

65:3. Dan Dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, Dia akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu.

Maka, barulah PERTOLONGAN-PERTOLONGAN Tuhan HADIR pada kita.
41:30. Mereka yang berkata, "Tuhan kami Allah", kemudian mereka membimbing kejalan yang benar, kepada mereka malaikat-malaikat turun, dengan berkata, "Jangan takut, dan jangan bersedih; bergembiralah dengan Taman yang kamu telah dijanjikan.
41:31. Kamilah pembantu kamu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh segala yang kamu inginkan, dan apa yang kamu mohon.
97:4 "Padanya 'malaikat-malaikat' dan 'Roh' turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah"
79:3-5 "dan ('malaikat-malaikat') yang turun dari 'langit' dengan cepat",
"dan mendahului dengan PANTAS",
"dan MENGATUR urusan-NYA".

Samada kita SEDAR atau tidak, barulah kita nampak "Apa aku mintak dapat","Betullah kata Tuhan macam dalam Al-Quran tu","Benar Tuhan tu PEMURAH, aku je tak sedar".

JIKA peluang yang anda minta itu sampai, ambil peluang itu CEPAT, gunakan sebaik-baik mungkin dan gunakan sebaiknya kerana PELUANG DATANG HANYA SEKALI. (BERANI mengambil peluang dan merealisasikannya)

Tuhan telah mengajar kita dalam ayat
"40:60 Mintalah pada KU nescaya AKU perkenankan"
Konsep yang sama kita terapkan didalam DIRI
"Jika kita MAHU sesuatu kena MINTA".

Jika anda mahu ilmu MARKETING kena tanya pakar marketing,
Jika anda mahu ilmu JUALAN kena tanya pakar jualan,
Jika kamu mahu ilmu PSIKOLOGI kena tanya pakar psikologi.

Kita tidak akan dapat apa-apa ilmu atau apa-apa sahaja selagi kita tidak pergi mencarinya sendiri, dan BERTANYA kepada PAKAR disetiap bidang. ILMU juga adalah sebahagian daripada "SUNATUL-ALLAH".

Tanpa ILMU yang betul, anda tidak akan peroleh 'RESULT' yang BETUL.


Jika anda FAHAM apa yang saya katakan ini dan menggunakannya 140% tanpa kompromi. Dengan izin Allah anda akan menjadi manusia LUAR BIASA.

Ikuti seminar "Kuasai Potensi Diri 2012" .ANDA akan memahami apa yang saya katakan ini dengan lebih mendalam.


ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK dan KAYA dunia dan akhirat.


DZOUL EZY - http://www.facebook.com/dzoul
Pioneer / Social Media Expert
Ceciter™ - APA PON BOLEH!!

Twitter : http://www.twitter.com/ceciterje
Fan Page : http://www.facebook.com/ceciterceciter
Email : ceciterapaponboleh@gmail.com


Klik "LIKE" jika setuju dan "SHARE" artikel ini supaya memberi manfaat semua. "Sharing Is Caring"

Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini