“Jika kau fikir kau boleh, kau hampir boleh melakukan, jika kau fikir ragu-ragu usaha mu tidak menentu…”
Lagu ini sangat popular suatu ketika dahulu, sering didengar dicorong radio setiap pagi memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha. Saya ingat lagi lagu ini juga selalu dimainkan diceramah suatu ketika dahulu pada setiap penutup acara motivasi
Apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam lagu ini?
“Apa sahaja yang kita SANGKA dengan KEYAKINAN yang tinggi, ianya akan menjadi REALITI”
Dalam kata lain, kita tidak akan peroleh apa yang kita mahukan selagi kita tak MENYANGKA perkara itu benar-benar akan terjadi.
Kenapa saya berkata begini? Kerana sangkaan kita terhadap sesuatu perkara itu mempunyai POWER untuk membentuk SIKAP dan PERSONALITI kita. Semakin kuat keyakinan, semakin konsisten kita terhadap apa yang kita yakinkan beserta dengan EMOSI , PERKATAAN, dan PEMIKIRAN maka semakin dekatlah kita kepada realiti yang kita SANGKA itu. Apa yang kita fikirkan,rasakan, ucapkan (samada diluahkan dengan kata-kata atau didalam hati) itu merupakan DOA.
“Doa Senjata Orang Mukmin”
"Apabila hambaku bertanya tentang ku, katakan aku dekat, aku memenuhi doa mereka yang memohon kepadaku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintahku, beriman kepadaku supaya sentiasa mendapat petunjuk" (Al-Baqarah : 186)
Apabila kita baca atau dengar perkataan senjata ini bukanlah bermakna kita menggunakannya untuk mencederakan orang. Bukan itu. Senjata disini bermaksud KEKUATAN. Kekuatan pula bukan bermaksud untuk menindas orang yang lemah, tetapi membantu orang yang lemah. Doa juga bukan sekadar permohonan tanpa ada TINDAKAN, perlu lengkap barulah ia makbul. Baca artikel mengenai doa disini.
Perkara ini anda boleh lakukan setiap hari sejurus sahaja bangun daripada tidur dengan mengatakan pada diri anda sendiri “Aku percaya segala yang baik akan berlaku sepanjang hari ini”. Sejurus sahaja anda mengungkapkannya dengan keyakinan, keperacayaan dan membayangkan perkara yang baik yang bakal berlaku, Insyaallah ianya bakal terjadi. Percaya dengan sepenuh keyakinan tanpa sedikit rasa was-was.
Jangan percaya apa yang saya katakan ini, tapi lakukan sendiri. Secara ‘Ghaib’(tidak kelihatan dengan mata kasar) apa yang berlaku? Tenaga positif akan terbentuk disekeliling anda, personaliti dan sikap anda akan turut menjadi positif, cara bercakap anda positif, ekspresi wajah anda menjadi positif, orang yang melihat anda menjadi positif dan SELURUH ALAM akan turut menjadi positif.
Perkara ini ada saya huraikan didalam Ebook saya yang akan berada dipasaran tidak lama lagi. Nantikannya, ianya bakal mengubah segala persepsi anda selama ini dan membantu mengubah hidup anda menjadi lebih Berjaya, Kaya Dunia & Akhirat. Insyaallah, semoga dipermudahkan dengan segala urusan menyiapkannya.
Orang yang BERJAYA, tanyalah kepada mereka ; “Macam mana awak boleh berjaya?” Salah satu jawapan mereka “Yakin dan percaya dengan kejayaan”. Walaupun pada permulaannya belum nampak hasil lagi, tapi mereka sudah mempercayai dan yakin mereka akan berjaya.
Untuk gembira dalam hidup mereka menyangka kegembiraan yang bakal menjelma, untuk menjadi ternama, mesti menyangka bakal disukai ramai. Mereka membina diri dalaman mereka, tabiat mereka supaya menjurus kepada apa yang mereka inginkan. Berikan yang terbaik kepada semua, sentiasa mempunyai ‘nawaitu’ yang baik dalam setiap urusan dan paling penting sekali tiada istilah KECEWA dalam hidup mereka.
Lawan kepada BAIK SANGKA adalah BURUK SANGKA. Orang yang berburuk sangka apa yang sering mereka lakukan? Saya percaya anda yang membaca ini tidak begitu. Mereka sentiasa menyangka bahawa orang lain akan menyakitkan hatinya, sentiasa sangka perkara tidak baik berlaku keatas diri jika dia membuat sesuatu perkara atau apapun tindakan dia, dan mereka ini sentiasa KECEWA dalam hidup. Jangan percaya cakap saya, lihat sendiri orang disekeliling anda yang sentiasa berburuk sangka, apa yang sentiasa berlaku dalam hidup seharian mereka? Jika ianya berlaku pada diri anda, masih belum terlambat untuk mengubahnya
Jadi jika anda ingin gembira, sihat, kaya, berjaya atau apa sahaja yang anda mahukan, mulakanlah ia daripada SANGKAAN. Pupuk diri anda supaya bersifat POSITIF, anda akan teruja dengan perubahan pada diri anda dan orang-orang disekeliling anda. Sekali lagi saya katakan, jangan percaya apa saya katakan, lakukanlah sendiri dan lihat hasilnya.
ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK, KAYA DUNIA & AKHIRAT
Anda mungkin meminati membaca artikel: