Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Tuesday, July 31, 2012

ALXS Al Attas University Of Life - IKT Testimoni




TERIMA KASIH!! Kepada peserta ALXS2012 & IKT Al-Attas University Of Life . Semoga kehadiran anda ke program kami memberi satu ANJAKAN kepada PERUBAHAN diri anda secara MINDA, FIZIKAL & SPIRITUAL




Pak Habib S.H Al Attas Pengasas
Al Attas University Of Life



Sentiasa TINGKATKAN Kasih Sayang didalam diri dan keluarga kerana dengan KASIH SAYANG spiritual kita akan ditingkatkan kepada martabat lebih baik.


"Jangan cari diri melalui IBADAH, Carilah Ibadah melalui DIRI."


Sebagai makluman buku terbaru Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer berjudul "UNIVERSITY OF LIFE" bakal terbit selepas SYAWAL nanti. Jangan Terlepas PELUANG untuk memilikinya!



Sunday, July 22, 2012

The End of Poverty? [Berakhirnya kemiskinan?]


DOKUMENTARI



"  Aku benar-benar bersumpah dengan negeri ini, dan kamu (Muhammad) bertempat di negeri ini, dan demi bapak dan anaknya. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah. Apakah manusia itu menyangka bahwa sekali-kali tiada seorang pun yang berkuasa atasnya? 
Dia mengatakan: "Aku telah menghabiskan harta yang banyak". Apakah dia menyangka bahwa tiada seorang pun yang melihatnya? Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata, lidah dan dua buah bibir. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar?. (yaitu) melepaskan budak dari perbudakan, atau memberi makan pada hari kelaparan, (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir. Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. "
Al-Balad, 90:1-18





Sekiranya Anda MEMILIKI sesuatu melebihi KEPERLUAN, 
BERIKAN ianya semula kepada MASYARAKAT yang MEMERLUKAN

Keperluan anda bukan sahaja WANG RINGGIT; pengetahuan, makan & minum, tempat tinggal, nasihat & motivasi dan sebagainya.


Thursday, July 19, 2012

EKSLUSIF : Selamat Menunaikan Ibadah PUASA





RAMADHAN semakin hampir. Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan  sama-sama menunaikan ibadat puasa. Bulan yang sentiasa dinantikan oleh mereka yang ingin meningkatkan ibadah dan hubungan kepada Allah. Tetapi berapa ramai yang benar-benar mengerti pengertian puasa yang sebenar?


“Ramai yang berpuasa, tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga…” 
- Hadis


TAHUKAH ANDA? bukan sahaja umat Islam sahaja yang berpuasa, tetapi kebanyakkan agama diatas muka bumi ini juga mengamalkan ibadat puasa menurut ajaran masing-masing.



Agama


Masa Berpuasa

Cara Berpuasa

Tujuan Puasa
Baha’i
Ketika bulan Ala bulan ke-19 tahun Baha’i , Mac 2-20
Menahan makan & minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari
Untuk meningkatkan cinta dan kasih sayang kepada Tuhan & tujuan spiritual
Buddha
Kesemua cabang fahaman buddha mengamalkan berpuasa ketika bulan penuh dan hari-hari istimewa
Menahan makan & sebahagian minuman dibenarkan
Menyucikan diri.
Ajaran ‘Theravadin’ dan ‘Tendai’ berpuasa untuk membebaskan minda.
Hindu
Berpuasa disetiap awal bulan baru dan hari istimewa seperti Shivaratri, Puja dan Durga Puja
Bergantung kepada individu. Berpuasa seharian menahan lapar & dahaga. Hanya minuman tertentu sahaja dibenarkan.
Meningkatkan konsentrasi ketika bermeditasi & penyembahan
Mormon
Berpuasa pada hari Ahad pertama setiap bulan
Menahan makan & minum dan bersedekah makan & minum kepada yang memerlukan. Setelah selesai berpuasa, berkumpul digereja untuk membuat kesaksian
Merapatkan diri kepada Tuhan, tujuan pengubatan atau berpuasa ketika mengalami kesukaran untuk membuat keputusan.



Jika kita lihat kebanyakkan agama berpuasa termasuk umat Islam adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, membuatkan si pengamalnya supaya bersederhana didalam kehidupan seharian dan sentiasa membuat kebaikan kepada sesama manusia.

Pada topik ini, saya tidak berniat untuk menghuraikan perkara ini daripada sudut pelaksanaan puasa, tetapi ingin berkongsi sedikit sebanyak pengisian puasa yang sebenar daripada sudut spiritual dan akhlak. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Malahan ada sesetengah pengamal berbuka ketika langit betul-betul gelap.

Setelah bertahun kita berpuasa, tanya kepada diri :


Adakah aku semakin hampir dan cinta kepada Allah?
Adakah aku semakin tingkat kasih sayang kepada sesama manusia?
Adakah aku besederhana yakni tidak berlebih-lebihan dalam hidup?
Adakah aku memberi sebahagian harta kepada keluarga dan sanak saudara yang memerlukan tanpa minta habuan?
Adakah aku membantu anak yatim dan janda yang memerlukan?
Adakah aku membantu mereka yang mengalami kesukaran dalam hidup atau perniagaan?
Adakah aku membantu mereka yang musafir, anak-anak yang berpeleseran tidak mempunyai tempat tinggal?
Adakah aku sentiasa memberi bantuan kepada yang meminta?
Adakah aku sentiasa memberi bantuan kepada yang lain tanpa syarat?
Adakah aku sentiasa suka kepada perpaduan/keharmonian?


Jawapan anda harus YA atau TIDAK sahaja, tidak ada kemungkinan. Jika kebanyakkan jawapannya TIDAK, sayangnya anda sebenarnya tidak pernah mendapat pengisian puasa yang sebenar, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga atau dengan kata lain “Anda tidak pernah berpuasa” dalam erti kata yang sebenar! 


2:183 Ya ayyuha allatheena amanookutiba AAalaykumu alssiyamu kamakutiba AAala allatheena min qablikum laAAallakumtattaqoona 
 “ Wahai orang-orang yang beriman, ditetapkan bagi kamu ‘PUASA’ sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu BERTAKWA.” 
Al-Baqarah , Ayat 183

Orang yang ‘BERPUASA’ menjadikan diri bertakwa. Apa ciri-ciri orang bertakwa?


2:177 Laysa albirra an tuwalloo wujoohakum qibalaalmashriqi waalmaghribi walakinna albirra man amanabiAllahi waalyawmi al-akhiri waalmala-ikatiwaalkitabi waalnnabiyyeena waataalmala AAala hubbihi thawee alqurbawaalyatama waalmasakeena waibnaalssabeeli waalssa-ileena wafee alrriqabiwaaqama alssalata waataalzzakata waalmoofoona biAAahdihim ithaAAahadoo waalssabireena fee alba/sa-iwaalddarra-i waheena alba/si ola-ikaallatheena sadaqoo waola-ika humualmuttaqoona 

“ Ketaatan bukanlah bermaksud kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah PERCAYA kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan mendirikan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang BERTAKWA.
 Al-Baqarah, Ayat 177



Maka inilah matlamat sebenar kita BERPUASA. Teringat guru saya dulu pernah berkata 
Manusia sentiasa tak pernah merasa PUAS. Sebab itu kita disuruh PUASA

Kita harus mendidik diri supaya menjadi orang yang BERTAKWA seperti yang difirmankan Tuhan didalam surah Al-Baqarah Ayat 177. BERPUASA-lah pada setiap waktu sehingga ajal menjemput kita nanti. Matlamatnya bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk kemudahan sesama manusia untuk melahirkan KEHARMONIAN dan PERPADUAN.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga anda menjadi orang yang paling BERTAKWA dan sentiasa memberi kebaikan kepada sesama manusia. Hentikan segala sengketa, tingkatkan kasih sayang, berilah pertolongan kepada yang memerlukan tanpa mengharap atau meminta sebarang habuan.

“The MORE You GIVE, The MORE You Get”

Semoga anda lebih KAYA & BERJAYA di dunia dan akhirat.


Saturday, July 14, 2012

#MENTORNIAGA - Majlis Perasmian & Seminar PERCUMA


MentorNiaga.Com

Sabtu, 14 Julai 2012Ceciter telah dijemput khas oleh PutarPutar.Com untuk menjadi rakan media majlis perasmian Mentor Niaga bertempat di dewan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mentor Niaga merupakan sebuah program perniagaan dan latihan keushawanan yang menyediakan platform kepada para usahawan untuk membina rangkaian perniagaan disamping menghubungkan mentor-mentor yang bersesuaian dengan industri-industri yang diusahakan oleh para usahawan.

Ceciter - Rakan Media
PutarPutar.Com

Idea penubuhan ini telah diilhamkan oleh Pn Noraini Osman selaku CEO MentorNiaga Resources kerana beliau melihat kebanyakkan usahawan gagal didalam perniagaan adalah disebabkan kelemahan daripada aspek rangkaian disamping faktor-faktor lain seperti tidak fokus kepada satu perniagaan, tidak memiliki mentor yang baik untuk membimbing dan juga tidak memiliki sistem yang efisyen untuk menjalankan perniagaan. 

Datuk Dr Maznah Hamid


Majlis Perasmian MentorNiaga.com di rasmikan oleh
Datuk Dr Maznah Hamid
Majlis ini telah dirasmikan oleh JUTAWAN terkenal di Malaysia Datuk Dr Maznah Hamid Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Securiforce yang memiliki 65 buah cawangan serata Malaysia dan luar negara menyatakan penekanan disiplin merupakan tunjang kejayaan didalam sesebuah perniagaan. Beliau juga dikenali sebagai 'Iron Lady Malaysia' telah memberikan tip-tip kepada para usahawan antaranya; sentiasa meningkatkan 'Value' didalam perniagaan dan bertanya kepada mentor yang benar-benar berjaya sahaja jika mengalami kesulitan didalam perniagaan.

Majlis ini disusuli dengan seminar daripada mentor-mentor yang hebat seperti Abang Abu daripada Mekanik Wang , Zamri Nanyan usahawan internet ternama, Shuth daripada WangCyber.com dan ramai lagi yang turut hadir untuk menjayakan program serba ringkas ini.

Abang Abu - Mekanik Wang
"Untuk berjaya para usahawan perlu menguasai MAP iaitu mempunyai Minda positif, 'Action' - tindakan dan 'Planning' yang betul " kata Abang Abu Mekanik Wang.

Ceciter berharap inisiatif MentorNiaga menyediakan platform perniagaan dan perkhidmatan ini dapat memangkinkan lagi kejayaan para usahawan secara khususnya dan meningkatkan ekonomi negara secara umumnya. Semoga anda lebih KAYA & BERJAYA didunia dan akhirat. - Ceciter


Friday, July 13, 2012

#ALXS2012 - Ilmu Kuasa Tinggi (IKT)

A League Of XTRA-Ordinary Soul (ALXS)
TINDAKAN ANDA PERLU PANTAS! Pada 15 JULAI 2012 Pak Habib ( Syed Hussien Al-Attas ) ingin berkongsi dengan anda mengenai ILMU KUASA TINGGI . Hanya 20 pendaftar TERRRPANTAS sahaja akan terpilih!

Pak Habib ketika memberi ceramah
ALXS2012 pada 7 JULAI 2012
Peserta Program Transformasi ALXS2012 pada
7 Julai 2012 - Klik Untuk Paparan Galeri Gambar Para Peserta

Yuran hanya RM50 SAHAJA (makan minum disediakan) daripada pukul 9.00 PAGI - 5.00 PETANG bertempat di Wadi Hussein Taman Hana EKSKLUSIF daripada Al-Attas University Of Life.

Untuk membuat pendaftaran sila EMAILKAN :
1. Nama Penuh anda(seperti tertera didalam ic)
2. Nombor Handfon anda
3. Sertakan bilangan peserta yang akan bersama anda



ALXS 2012 - Nasihat Pak Habib


HANTAR email anda ke alxsunilife@gmail.com , dan DAFTAR sekarang untuk terpilih HADIR ke majlis ILMU KUASA TINGGI . EKSKLUSIF daripada ALXS kepada Anda!

Anda Mahu? DAFTAR SEKARANG!

"FAST Action, FAST Result"




Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini