Berusia 250 tahun jarang berlaku dizaman kini. Faktor pemakanan, cara hidup - spiritual, emosi dan mental memainkan peranan untuk berusia sepanjang ini.
Ada beberapa soalan ingin diajukan, jika kita berusia panjang apa bakti yang ingin disumbangkan kepada masyarakat? adakah kita ingin berusia panjang kerana takut kepada mati? atau adakah sayang meninggalkan dunia ini disebabkan harta yang telah banyak dikumpul?
Soalan-soalan ini penulis tinggalkan untuk sama-sama kita renungkan.
Rata-rata usia purata manusia dizaman ini adalah sekitar 60-70 tahun sahaja. Tetapi bagaimana ada segelintir yang memiliki usia yang panjang sehingga ratusan tahun lamanya?
Memang benar ajal kita telah ditentukan oleh yang Maha Pencipta, tetapi adakah kita tahu bila ajal bakal menjemput nanti?
"Lakukanlah kebajikan seolah-olah hidup SERIBU tahun lagi"
Persoalannya kita tidak tahu bila ajal bakal tiba; ia bakal menjemput pada bila-bila masa. Itu adalah urusan-Nya. Urusan kita adalah menjaga kebajikan tubuh yang diamanahkan ini sebaik-baiknya.
Menjadi penjaga tubuh yang tahu hakikat tubuh itu sendiri. Bagaimana ia bekerja? apa yang membuatkan ia rosak dan bagaimana untuk membaik pulih jika mengalami kepincangan dalam sistemnya?
PENGAMAL HERBA BERUSIA 250 TAHUN - Memiliki 23 Isteri, 200 Orang Anak
Li Ching Yuen - Berusia 250 tahun |
Li Ching Yuen seorang yang berbangsa Cina, dilahirkan di negara China, lahir pada tahun 1677 dan meninggal dunia pada bulan Mei 1933.
Bukan mudah untuk berusia sepanjang ini, sudah pasti terlalu banyak pengalaman pahit yang harus ditelan, melihat keluarga dan taulan yang tersayang pergi terlebih dahulu. Itu merupakan pengalaman yang harus ditempuh untuk berusia sebegini.
Apakah rahsia beliau?
Rahsianya mudah katanya. Beliau hanya menyatakan rahsianya dengan serangkap ayat:
"Tenangkan hati, berehat seperti kura-kura, berjalan pantas seperti merpati, dan tidur seperti seekor anjing"
Sepanjang hayat beliau, beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar seni mempertahankan diri kepada tentera di negara China di samping menjadi pengamal perubatan herba yang memiliki 1001 pengetahuan herba tradisional, merupakan antara sebab beliau mampu mencecah usia 250 tahun.
QiGong - Seni Mempertahankan diri |
Buah Goji - Meningkatkan sistem imun dan peredaran darah |
Beliau meninggalkan dunia ini tanpa sebarang penyakit. Ketika diakhir hayatnya beliau menyatakan kepada anak muridnya, "Tanggungjawab ku telahpun selesai didunia ini, sekarang aku telah bersedia untuk 'pulang' "
SEGALA PENAWAR BERADA DIDALAM DIRI
Kajian menyatakan: '70% daripada segala penyakit adalah berpunca daripada emosi dan fikiran yang negatif'
Penyakit yang berpunca daripada hal-hal ini dinamakan sebagai penyakit Psikosomatik.
Sebagai contoh; stress yang berlarutan boleh menyebabkan penyakit gastrik pada perut. Sekiranya masih berlarutan sehingga memakan masa bertahun lamanya, ia boleh menyebabkan penyakit diabetes dan akut jantung.
Para doktor dan saintis bersetuju bahawa fikiran dan emosi dapat mempengaruhi kebolehupayaan organ dan keadaan tubuh kita.
Ubat-ubatan moden sebenarnya tidak mengubat simtom-simtom penyakit ini, ianya hanya memendam sementara dan kemudian sakit ini muncul semula kerana punca penyakit tidak dirawat.
Ada sebuah kisah yang ingin dikongsikan kepada pembaca tentang bagaimana fikiran mampu merawat tubuh kita. Sebuah kisah yang membuka mata dan kepercayaan kita tentang 'The Power of Thought' atau kuasa minda.
Seorang lelaki dikenali sebagai Morris Goodman telah mengalami kemalangan apabila kapal terbang yang dinaikinya jatuh terhempas pada tahun 1981.
Menurut jangkaan, beliau sepatutnya telahpun meninggal dunia kerana kerosakan tulang belakang dan 'diaphragm'.
Ketika itu beliau hanya menggunakan alat bantuan pernafasan, dan hanya mampu mengelip-ngelip matanya untuk berkomunikasi. Jika kita berada ditempat beliau, kita berkemungkinan telah pasrah dengan apa yang berlaku terhadap diri.
Berkat ilmu yang beliau pernah pelajari tentang kekuatan minda telah membuatkan beliau gagah dan mampu terus hidup. Hanya dalam beberapa hari segala kesakitan yang beliau alami mampu dipulihkan. Beliau mampu bernafas semula tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan dan sudah mampu mengerak-gerakkan anggota tubuhnya.
Doktor pada ketika itu berasa hairan tentang bagaimana ianya berlaku. Menurut ilmu perubatan moden ianya sangat mustahil. Beberapa bulan kemudian beliau mampu berjalan seperti sediakala dan pulih sepenuhnya.
Disini kita dapat melihat bahawa:
"Fikiran/emosi bukan sahaja membuat tubuh kita sakit, tetapi ianya juga mampu mengubatinya"
Penyakit berpunca daripada kita, penawarnya juga ada pada diri kita.
EMOSI / SIKAP YANG MENYEBABKAN PENYAKIT PADA TUBUH
Melalui kajian, ada beberapa emosi yang telah dikenalpasti yang menyebabkan penyakit hadir pada diri kita. Antaranya :
Cemburu - menyebabkan penyakit onkologi, melemahkan sistem imunisasi.
Dendam - menyebabkan insomnia dan penyakit dibahagian kerongkong.
Ketidakupayaan untuk mencari penyelesaian - menyebabkan penyakit paru-paru.
Kekurangan moral - menyebabkan penyakit kronik, dan penyakit kulit.
Terlalu ego dalam kepercayaan - kencing manis , migrain, dan radang.
Suka Berbohong - jangkitan kulat, dan melemahkan sistem imunisasi.
Terlalu Agresif - menyebabkan ulser perut, refluks asid, dan ketuat.
Pemendam - menyebabkan skizofrenia dan penyakit buah pinggang.
Zalim/Kejam - punca sawan, asma, dan anemia.
Suka Mencari konflik - punca pembesaran tiroid.
Sikap acuh tak acuh - menyebabkan diabetes.
Was-was - punca kemandulan.
Bersikap kasar atau suka menghina - menyebabkan kencing manis dan penyakit jantung.
Terlalu Risau- menyebabkan gangguan sistem penghadaman, jantung, dan penyakit kulit.
Tamak - menyebabkan penyakit onkologi, obesiti dan penyakit jantung.
Jika kita mampu mengubah sikap-sikap yang tidak baik pada diri kita, segala penyakit akan cepat sembuh. Dengan izin-Nya.
Sekiranya anda masih mencari jalan penyelesaian berkenaan hati, ingin melihat kehidupan kearah persepsi yang lebih positif dan memahami bahasa hati melalui 'FEELING' atau perasaan, penulis menyarankan pembaca untuk sertai program E-Hati yang dianjurkan oleh Diyana Tahir selaku coach yang mempunyai kepakaran didalam 'NLP - Neuro Lingustic Programming'.
Rata-rata peserta yang hadir mendapat impak yang sangat positif. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program ini sila klik ke pautan ini www.ehati.com
Testimoni Peserta Terapi E-Hati
3 CARA UNTUK SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT
1. Sentiasa Menjaga Perbuatan dan Fikiran/Emosi
Sentiasa mengawal emosi dengan mencatat segala emosi yang kita alami sepanjang hari. Dengan cara ini kita tahu apa yang perlu diperbaiki daripada masa ke semasa
2. Membuat Perkara-Perkara yang Kita Suka dan Mengembirakan Diri
Sentiasa bersangka baik dan positif. Apa yang kita fikirkan adalah frekuensi. Apabila kita mengubah kearah frekuensi yang lebih baik, tubuh akan jadi lebih baik dan mampu menyembuhkan.
Fokus kearah apa yang kita suka, segalanya akan mula berubah kearah apa yang kita fikirkan. Dengan izin-Nya
3. Sentiasa Menenangkan Jiwa/Fikiran
Melakukan riadah/ritual yang menenangkan jiwa dan fikiran. Apabila kita mampu berkeadaan tenang dalam semua keadaan. Keajaiban akan mula berlaku. Semudah-mudah perkara untuk berkeadaan tenang dalam semua keadaan adalah sentiasa BERSYUKUR.
Penyakit adalah indikator atau signal tubuh kepada diri kita bahawa kita berada didalam keadaan yang tidak baik secara emosi. Pada peringkat awal ia akan terzahir pada sikap kebimbangan/kerisauan, takut dan melahirkan fikiran negatif yang keterlaluan.
Sekiranya kita tidak mengendahkan dan tidak mengubah sikap atau emosi diri kita, tubuh akan menghantar signal yang lebih kuat untuk menarik perhatian kita bahawa apa yang kita lakukan adalah salah dan harus diperbetulkan daripada segi fizikal.
LAKUKAN KEBAJIKAN SEBANYAK-BANYAKNYA KEPADA SERAMAI-RAMAI MANUSIA/MAKHLUK
Apa sahaja yang memberi kebaikan kepada diri kita, ianya baik kepada yang lain juga.
Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda