Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Thursday, December 29, 2011

Mengubah TABIAT Anda – SEKARANG! (NOW or Never)

Pada artikel sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai


Ramai yang tertanya-tanya atau mencari SOLUSI bagaimana untuk merubah TABIAT yang telah bertahun-tahun menjadi rutin kita lakukan seharian yang menjadi kelaziman selama 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun dan ada juga 60 TAHUN LAMANYA!! “Nantilah”, “Pikir Dulu”, “Malaslah”, “Lecehlah” dan macam-macam lagi ALASAN yang BIASA kita berikan pada setiap kali kita terfikir untuk membuat perubahan .

Ada orang sampai 40 tahun PIKIR nak buat bisnes!!...sampai sekarang tak buat-buat jugak sebab masih duk pikir lagi…
sindir Dr. Azizan Osman ketika memberi ceramah “Kuasai Transformasi Diri” di Menara PGRM, 25 Disember 2011 -http://www.facebook.com/SKPD2012




Ini adalah PENYAKIT yang sememangnya ada dalam DIRI manusia. Kita sangat mudah menunding jari untuk menyalahkan kesalahan orang lain, tetapi tak sedar bahawa kita banyak membuat DOSA BESAR iaitu MEMBUNUH DIRI SENDIRI dengan melakukan ‘Self-Sabotage’. Bila nak berubah mulalah suara budak ‘kecik’ dalam diri berbisik “Nantilah”, “Esoklah”,”Pikir dulu”.

Siapa pulak budak ‘kecik’ ni? Budak ‘kecik’ itu adalah DIRI KITA SENDIRI iaitu DIRI NEGATIF kita yang Tuhan gelarkan sebagai ‘syaitan’.
“…syaitan-syaitan daripada manusia dan jin…”
Al-An’am:112

Apabila kita baca sahaja ayat Al-Quran ini sudah pasti ramai yang berkata pada diri sendiri “Ni bukan aku ni..ni si fulan si fulanah…yang buat tu buat ni…aku baik je..” (baik la sangat). Jika anda boleh membaca artikel ini saya pasti anda adalah seorang manusia. Begitu juga jika ketika kita membaca ayat Tuhan diatas, kita juga manusia. Jadi kita tidak terlepas daripada ayat diatas.

“Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan…”
Al-Baqarah:268

Nah, sebab itu kita ‘MISKIN’, sebab dah 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun dan seterusnya mendengar suara budak kecik ini ; “Nantilah”, “Fikir dulu”,”Malas”,”Leceh”,”Susah”. Bila sebut miskin sahaja kita bayangkan miskin takde duit. Bukan itu sahaja, kemiskinan itu luas pengertiannya ianya juga bermakna KERUGIAN daripada segi Mental, Fizikal,Emosi dan Spiritual.


Paten Perubahan Tabiat
Berapa lama untuk merubah tabiat? Ianya boleh BERUBAH dalam sekelip mata sehingga beberapa tahun. Paten perubahan tabiat dinilai daripada KEKUATAN EMOSI pada ketika itu. Lagi kuat EMOSI – Lagi CEPAT berubah. Perkara ini ada telah dijelaskan oleh Dr.Azizan Osman didalam ceramah “Kuasai Transformasi Diri” – ‘Power Of Emotion’ dan pada artikel ini saya perincikannya bagaimana ianya berlaku.

Ramai yang mengandaikan bahawa untuk mengurangkan berat badan mengambil masa yang sangat lama. Mengambil masa bertahun. Baiklah, katakan pada suatu hari doktor berkata kepada anda “Jika kamu tidak mengurangkan berat badan secepat mungkin, kamu mungkin akan mati 6 bulan lagi!!”

Apa reaksi anda pada ketika itu? Anda mesti akan berasa ‘pressure’ atau takut dengan saranan doktor dan anda akan BERTINDAK SERTA MERTA mengubah diet, bersenam setiap hari, berhenti merokok dan menjadi seorang yang mengamalkan gaya HIDUP SIHAT secara serta merta. Pakar psikologi menyatakan hal ini sebagai Significant Emotional Experience – SEE.

Setiap pengalaman hidup yang memberikan impak SUKA atau DUKA yang SANGAT KUAT dan disertakan dengan TINDAKAN PERUBAHAN DRASTIK mampu mengubah Paten Tabiat kita seumur hidup.

Kita ambil satu contoh lain untuk memahamkan bagaimana ‘Power Of Emotion’ ini mampu mengubah paten tabiat kita secara serta merta. Sebagai contoh, kita terpegang wayar letrik dan terkena renjatan yang mengakibatkan kita merasa SAKIT dan TERKEJUT yang berlaku sekelip mata sahaja. Disebabkan perkara itu, paten tabiat dengan SERTA MERTA terbentuk supaya tidak memegang wayar letrik dan paten ini akan tetap berada dalam diri kita seumur hidup.

Menurut pakar psikologi berkenaan dengan tabiat, kita memerlukan 21 HARI SAHAJA untuk mengubah TABIAT yang berskala SEDERHANA. Tabiat Berskala Sederhana adalah seperti ; Bangun awal pagi, bersenam sebelum melakukan aktiviti harian, mendengar atau pergi ke ceramah motivasi, tidur pada waktu tertentu, menepati waktu temujanji atau menghabiskan kerja mengikut jadual.

Kesemua ini adalah Tabiat Berskala Sederhana yang sangat mudah untuk mengubahnya. Mengikut kajian pakar, ianya mengambil masa didalam 14-21 hari sahaja melalui praktis dan pengulangan aktiviti tertentu secara konsisten.



7 CARA Untuk MENGUBAH Tabiat

Pertama, BUAT KEPUTUSAN SEGERA. Membuat keputusan segera dan melakukan 100% seperti yang ditetapkan. Sebagai contoh; Anda ingin bangun seawal 6 pagi setiap hari untuk melakukan senaman. ‘Set Alarm’ jam anda pada pukul 6 pagi. Apabila jam anda berbunyi pada pukul 6 pagi, terus bangun buat persediaan sebelum bersenam dan mulakan senaman anda.

Kedua, TIDAK MEMBUAT SEBARANG ALASAN. Pada ketika anda sedang membentuk rutin harian ini, pada satu ketika apabila ‘Alarm’ jam anda berbunyi pada pukul 6 pagi, anda akan rasa malas kerana diri masih ‘terikat’ rutin sebelum ini. Lawan perasaan itu dan tetap DISIPLIN sehingga ianya menjadi rutin harian anda secara AUTOMATIK.

Ketiga, KONGSI PENGALAMAN. ‘Sharing is Caring’ ini adalah ungkapan yang selalu kita dengar. Sememangnya ianya benar dan menjadi salah satu cara untuk membantu anda mengubah tabiat anda. Apabila anda memberitahu atau berkongsi kepada rakan atau keluarga anda tentang perubahan yang anda ingin lakukan, jika anda terlupa atau ‘de-motivated’, mereka akan memberi dorongan anda semula. Berkongsilah perubahan anda ini dengan mereka yang POSITIF SAHAJA.

Keempat, MEMBAYANGKAN DIRI ANDA – ‘Visualize’. Bayangkan dalam minda anda sedang melakukan proses perubahan diri. Semakin kerap anda membayangkannya, semakin cepat perubahan tabiat POSITIF anda akan terbentuk didalam MINDA BAWAH SEDAR dan semakin cepat ianya akan menjadi rutin anda secara AUTOMATIK.

Kelima, LAKUKAN SARANAN DIRI . Beri saranan pada diri anda dan ulangkan kata-kata itu seberapa banyak yang boleh, sebagai contoh “Aku bangun awal pada 6.00 pagi setiap hari” Ulang saranan ini setiap kali sebelum anda tidur. Jangan terkejut jika anda akan terbangun 5 minit awal daripada waktu yang anda telah tetapkan sebelum jam anda berbunyi! Dan pada masa akan datang anda tidak perlu lagi ‘Set Alarm’ anda.

Keenam, MENGUATKAN TEKAD . Didalam proses pembentukan TABIAT BARU anda sehingga ianya menjadi TABIAT RUTIN anda, menjadi kebiasaan anda akan merasa jengkel dengan perubahan ini kerana MINDA BAWAH SEDAR anda belum ada PROGRAM ini lagi. Kuatkan tekad anda untuk terus berkomitmen dengan proses perubahan ini sehingga ianya menjadi rutin harian tanpa dipaksa.

Ketujuh, MEMBERI ‘HADIAH’ atau ‘Appreciation’ PADA DIRI SENDIRI . Perkara ini ada juga dijelaskan oleh Dr. Azizan Osman – ‘Power Of Appreciation’. Pujilah diri anda sendiri dengan berkata “Good Job [nama anda]”,”Tahniah [nama anda]” dan berikan apa-apa hadiah disebabkan kejayaan anda ini. Apabila anda memberi hadiah kepada diri sendiri ‘Memori’ anda tentang perubahan ini akan cepat tertanam didalam minda bawah sedar. Perubahan-perubahan lain yang bakal anda lakukan selepas ini akan menjadi lebih mudah. Cubalah!


ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK dan KAYA dunia dan akhirat.

Sila Download Artikel ini dalam bentuk PDF : Mengubah Tabiat

DZOUL EZY - http://www.facebook.com/dzoul
Pioneer / Social Media Expert
Ceciter™ - APA PON BOLEH!!

Twitter : http://www.twitter.com/ceciterje
Fan Page : http://www.facebook.com/ceciterceciter
Email : ceciterapaponboleh@gmail.com


Klik "LIKE" jika setuju dan "SHARE" artikel ini supaya memberi manfaat semua. "Sharing Is Caring"
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini