Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Thursday, December 29, 2011

Hukum 'Kawal-Mengawal'



"Anda berasa GEMBIRA pada tahap anda dapat mengawal HIDUP anda sendiri. Anda berasa SEDIH pada tahap anda merasakan anda tidak mampu mengawal hidup anda sendiri."


Psikologi moden mengenali perkara ini sebagai "Teori Pusat Kawalan". Ahli psikologi membahagikannya kepada 2 bahagian:

1) KAWALAN 'DALAMAN' dan
2) KAWALAN 'LUARAN'.

Pusat kawalan anda adalah perkara yang anda dapat rasakan disekitar ruang kehidupan anda sendiri. Hal ini yang akan menentukan samada anda GEMBIRA atau sebaliknya.

Sebagai contoh; sekiranya anda merasakan DAYA KREATIVITI didalam kehidupan anda, anda sentiasa membuat keputusan didalam hidup anda sendiri, segala yang berlaku adalah hasil daripada usaha anda sendiri, anda memilikiKAWALAN 'DALAMAN' yang KUKUH. HASILNYA, anda akan menjadi lebih BERKEYAKINAN, GEMBIRA dan TABAH. Pemikiran anda akan lebih JELAS dan berdaya saing daripada orang yang 'BIASA-BIASA' je.

Jika yang sebaliknya pula, sekiranya anda merasakan ANDA DIKAWAL oleh faktor lain atau orang,pekerjaan anda, majikan anda, pengalaman 'hitam' ketika kecil, perbelanjaan harian anda, keluarga, atau apa-apa sahaja faktor LUARAN yang mampu mengganggu gugat anda, anda mempunyai PUSAT KAWALAN 'LUARAN'. Anda akan sentiasa merasakan anda menjadi MANGSA keadaan dan bernasib TIDAK BAIK.

Anda sentiasa berasa LEMAH dan TIDAK MAMPU mengubah atau MEMPERBAIKI HIDUP anda sendiri. Lama-kelamaan anda akan mempunyai TABIAT; MENYALAHKAN ORANG LAIN, MERUNGUT, MEMBERI ALASAN pada setiap masalah yang anda hadapi.


PEMIKIRAN/TABIAT ini akan PASTI menyebabkan anda menjadi seorang yang PEMARAH, KECEWA dan KEGAGALAN dalam hidup anda. Cuba lihat dimanakah anda?

Perkara ini MAMPU ANDA ubah dalam masa yang SINGKAT sahaja. Hasilnya LUARBIASA. Dalam masa 7 HARIbermula daripada hari ini, cuba TIDAK 'COMPLAIN', MEMBERI ALASAN, MENYALAHKAN ORANG LAIN. Anda akan melihat satu PERUBAHAN DRASTIK dalam hidup anda.

Letakkan tangan dijantung anda (Baca: hati) dan nyatakan:
"Saya tabah dengan kehidupan dan akan terus mencapai cita-cita saya tanpa putus asa dan membantu kepada yang memerlukan"

ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK dan KAYA dunia dan akhirat.



DZOUL EZY - http://www.facebook.com/dzoul

Ceciter™ - APA PON BOLEH!!
Twitter : www.twitter.com/ceciterje
Fan Page : www.facebook.com/ceciterceciter
Email : ceciterapaponboleh@gmail.com


Klik "LIKE" dan "SHARE" kepada rakan anda supaya memberi manfaat
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini