Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Showing posts with label Hukum Sebab-Akibat. Show all posts
Showing posts with label Hukum Sebab-Akibat. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Anda Adalah “MAGNET” Kehidupan


Hukum Tarik Menarik, Hukum Sebab-Akibat, Hukum Sangkaan dan bermacam-macam lagi hukum kita akan dengar atau baca samada diblog-blog motivasi, seminar-seminar motivasi yang menyajikan pesan-pesan yang membangkitkan semangat untuk kita terus menempa kejayaan didalam hidup.

Hukum yang saya ingin sampaikan kali ini adalah “Hukum Tarikan”. Apa sebenarnya hukum tarikan ini? Hukum ini menyatakan, “Kita adalah magnet kepada kehidupan kita sendiri; secara sedar atau tidak sedar, kita sentiasa memberi daya tarikan kepada orang disekeliling, ilham, ide atau apa sahaja yang berlaku didalam hidup seharian melalui apa yang kita sentiasa FIKIR & RASAKAN secara berterusan ”


“AKU MENURUT SANGKAAN HAMBA-KU PADA-KU”


Adakah ini satu pesan atau ilmu baru didalam hidup kita hari ini? Tidak. Ianya telah disampaikan ribuan tahun dahulu lagi dan bukanlah satu perkara baru yang baru kita dengar pada abad ini. Bezanya cuma, ianya disampaikan dalam bentuk penyampaian dan terminologi yang berbeza. Hukum ini merupakan satu prinsip hidup yang penting untuk menentukan Kejayaan atau Kegagalan didalam hidup kita. “Hukum Tarikan” ini juga menyatakan bahawa setiap apa yang kita fikirkan atau rasakan di ‘ACTIVATE’ oleh emosi kita; samada POSITIF atau NEGATIF dan emosi ini akan menghasilkan medan energi disekeliling kita yang berpusat dijantung. Jantung?


Ya, jantung! Menurut kajian saintis di 'Institue Of HeartMath' , jantung kita mempunyai keupayaan untuk menerima dan menyebarkan segala bentuk emosi dalam bentuk gelombang. Setiap emosi yang kita rasakan akan membentuk paten detak jantung yang berbeza-beza dan kita juga mampu menerima emosi daripada luar melaluinya juga. Jantung diibaratkan sebagai peranti ‘modem’ yang menghubungkan dalaman dan luaran. Secara amnya jantung mempunyai 4 fungsi utama iaitu :

1. Komunikasi Saraf (sistem saraf)
2. Komunikasi Bio-Fizikal (denyutan jantung mengalirkan darah)
3. Komunikasi Bio-kimia (hormon)
4. Komunikasi Energi (medan gelombang terhasil daripada emosi; samada POSITIF atau  NEGATIF)


Rajah 1 : Rajah (atas) menunjukkan paten yang berbentuk gergaji yang terhasil daripada perasaan marah ,kecewa atau apa sahaja emosi yang negatif . Rajah (bawah) menunjukkan paten yang cantik dan harmoni terhasil daripada perasaan bersyukur,  kasih sayang, aprisiasi atau apa sahaja emosi yang positif


Rajah 2 : Rajah menunjukkan medan elektromagnet jantung yang terhasil daripada emosi (positif atau negatif). Medan ini bukan sahaja mempengaruhi sistem sel malahan gelombang ini mampu tersebar didalam radius beberapa kaki daripada tubuh. 

Medan energi inilah yang akan memberi daya tarik kedalam kehidupan kita persis seperti besi magnet yang tarik dan menolak antara satu dengan yang lain. Begitu juga dengan diri kita, sekiranya kita positif maka segala perkara  dan orang yang positif yang akan ditarik seiring dengan apa yang kita fikirkan.

Hukum tarikan ini adalah bersifat Neutral. Ianya berkadar terus dengan apa yang kita rasakan atau fikirkan. Sekiranya kita berfikiran Negatif, maka ianya akan menarik orang-orang dan perkara-perkara yang Negatif sekeliling kita. Orang yang berjaya sentiasa memikirkan dan bercakap tentang hal yang baik untuk menarik kebaikan kedalam hidup mereka. Tetapi orang yang Gagal, sentiasa bercakap tentang orang dan perkara yang mereka benci didalam hidup yang sentiasa membuatkan mereka rasa marah dan kecewa.

Tabiat baik yang harus dilakukan oleh kita ialah “ Tabiat sentiasa memikirkan perkara yang baik dalam hidup, positif, mengambarkan kejayaan atau apa sahaja perkara yang positif yang diinginkan supaya ianya menjadi kenyataan suatu hari nanti ” . Perkara ini sememangnya sukar untuk dilakukan, sekiranya kita dapat melakukannya secara istiqomah ianya mampu memberi kejayaan didalam hidup dunia dan akhirat.

Seperkara ingin saya ingatkan, sekiranya kita mencapai kejayaan dalam bentuk apa sahaja samada dalam bentuk material atau apa sahaja kelebihan dalam hidup, kita usah leka dengan kelebihan-kelebihan itu. Kelekaan itu akan membuat kita terhalang dengan sentuhan belaian kasih sayang-Nya


“Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu  kepada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia belaka ; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik
(Ali-‘Imran : 14)


Apabila ditimpa musibah atau ujian janganlah pula bersangka buruk terhadapNya, menyangka Allah menjauhi, dan tidak menghiraukan kita. Setiap musibah itu diibaratkan sebagai cemeti sang pengembala kepada ternakannya supaya kembali ke kandang. Ianya sebagai seruan untuk sang hamba kembali kedalam dakapan-Nya. Kadangkala kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan. Hadapilah dengan tabah dan redha, sabar dan tenang. Segeralah bertaubat dan istighfar kepadaNya sekiranya melakukan kesalahan.

Yakinlah Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Allah sangat menyayangi diri kita. Dengan izinNya segala kesulitan akan digantikan dengan kemudahan.


“…dan Pemelihara-mu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya” 
(Fussilat:46)

" Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. " 
(Surah al-Insyirah: 5-6)


Adakalanya setiap keburukan yang berlaku dalam hidup adalah hasil daripada kejahilan diri kita sendiri kerana tiada ilmu untuk mengenal pasti dan mengendalikan sesuatu hal seperti sentiasa ditipu dengan skim cepat ‘miskin’ , sistem piramid , pelaburan haram, sentiasa tak cukup duit dan sebagainya. Rujuklah kepada mereka yang mempunyai ilmu untuk membantu anda dalam hal ini. Dr. AzizanOsman selaku pembimbing dan berpengalaman membimbing ribuan orang yang dahulunya kurang berjaya dalam hidup dan kini telah mengubah mereka menjadi seorang yang berjaya sehingga menjadi jutawan berjaya di dunia dan di akhirat. Beliau juga dibantu oleh Abang Abu atau Mekanik$ (Mekanik Wang) untuk memberi ceramah mengenai bagaimana untuk mengenal pasti skim-skim haram didalam pasaran dan mengendali kewangan dengan bijak di “Seminar Wang Power” 2012 yang bakal berlansung ditempat-tempat yang terpilih sepanjang April ini mulai daripada 7-21 April 2012. Lawati laman www.wangpower.com untuk keterangan lanjut.


Semoga Anda Kaya & Berjaya Di Dunia dan Akhirat 


Thursday, December 29, 2011

Apa itu TABIAT?

"Setiap perbuatan yang diulang-ulang adalah suatu TABIAT. Ianya Ibarat sawang labah-labah, mudah dimusnahkan,tapi awas kerana tanpa disedari kita juga mampu terperangkap dan tidak dapat keluar lepas daripadanya"

Kita sememangnya dilahirkan menjadi orang yang HEBAT! Kita lahir didunia ini memiliki banyak bakat dan kemampuan yang kita tidak gunakan sepenuhnya. Kita sebenarnya mampu hidup LUAR BIASA dengan menggunakan SEPENUH PONTENSI walau hidup 100 tahun lamanya tanpa rasa LETIH.

OTAK kita mempunyai 20 BILLION SEL, dan setiap sel terhubung dengan 20 RIBU sel lagi. Saya tahu anda sedang menggambarkan berapa banyak jumlahnya. Anda bayangkan nombor SATU kemudian disusuli dengan nombor KOSONG sebanyak 8 MUKASURAT.

Merujuk kepada Tony Buzan pakar otak; bilangan ini adalah lebih banyak daripada segala molekul yang ada didalam sistem suria kita. Apa yang telah kita lakukan sehingga hari ini hanya SETITIK sahaja POTENSI yang kita gunakan berbanding dengan kemampuan kita yang sebenar.





SEDARLAH kita lahir didunia ini Tuhan telah menganugerahkan OTAK yang TERCERDAS dan TERHEBAT, diberiNYA dengan POTENSI dan KEMAMPUAN LUAR BIASA untuk menjadi seorang yang BERJAYA dan BAHAGIA dalam hidup. Kita selama ini banyak

belajar sesuatu melalui pengalaman hidup dan mampu mempelajarinya sendiri. Kebanyakkan daripada kita tidak sedar, apa yang kita lakukan selama ini hanya SETITIK sahaja berbanding dengan KEMAMPUAN diri kita yang sebenar. Kita dicipta oleh yang MAHA LUARBIASA sudah tentu ciptaannya jugaLUARBIASA.


ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK dan KAYA dunia dan akhirat


DZOUL EZY - http://www.facebook.com/dzoul
Pioneer / Social Media Expert
Ceciter™ - APA PON BOLEH!!

Twitter : http://www.twitter.com/ceciterje
Fan Page : http://www.facebook.com/ceciterceciter
Email : ceciterapaponboleh@gmail.com


Klik "LIKE" dan "SHARE" kepada rakan anda supaya memberi manfaat

Hukum 'Kawal-Mengawal'



"Anda berasa GEMBIRA pada tahap anda dapat mengawal HIDUP anda sendiri. Anda berasa SEDIH pada tahap anda merasakan anda tidak mampu mengawal hidup anda sendiri."


Psikologi moden mengenali perkara ini sebagai "Teori Pusat Kawalan". Ahli psikologi membahagikannya kepada 2 bahagian:

1) KAWALAN 'DALAMAN' dan
2) KAWALAN 'LUARAN'.

Pusat kawalan anda adalah perkara yang anda dapat rasakan disekitar ruang kehidupan anda sendiri. Hal ini yang akan menentukan samada anda GEMBIRA atau sebaliknya.

Sebagai contoh; sekiranya anda merasakan DAYA KREATIVITI didalam kehidupan anda, anda sentiasa membuat keputusan didalam hidup anda sendiri, segala yang berlaku adalah hasil daripada usaha anda sendiri, anda memilikiKAWALAN 'DALAMAN' yang KUKUH. HASILNYA, anda akan menjadi lebih BERKEYAKINAN, GEMBIRA dan TABAH. Pemikiran anda akan lebih JELAS dan berdaya saing daripada orang yang 'BIASA-BIASA' je.

Jika yang sebaliknya pula, sekiranya anda merasakan ANDA DIKAWAL oleh faktor lain atau orang,pekerjaan anda, majikan anda, pengalaman 'hitam' ketika kecil, perbelanjaan harian anda, keluarga, atau apa-apa sahaja faktor LUARAN yang mampu mengganggu gugat anda, anda mempunyai PUSAT KAWALAN 'LUARAN'. Anda akan sentiasa merasakan anda menjadi MANGSA keadaan dan bernasib TIDAK BAIK.

Anda sentiasa berasa LEMAH dan TIDAK MAMPU mengubah atau MEMPERBAIKI HIDUP anda sendiri. Lama-kelamaan anda akan mempunyai TABIAT; MENYALAHKAN ORANG LAIN, MERUNGUT, MEMBERI ALASAN pada setiap masalah yang anda hadapi.


PEMIKIRAN/TABIAT ini akan PASTI menyebabkan anda menjadi seorang yang PEMARAH, KECEWA dan KEGAGALAN dalam hidup anda. Cuba lihat dimanakah anda?

Perkara ini MAMPU ANDA ubah dalam masa yang SINGKAT sahaja. Hasilnya LUARBIASA. Dalam masa 7 HARIbermula daripada hari ini, cuba TIDAK 'COMPLAIN', MEMBERI ALASAN, MENYALAHKAN ORANG LAIN. Anda akan melihat satu PERUBAHAN DRASTIK dalam hidup anda.

Letakkan tangan dijantung anda (Baca: hati) dan nyatakan:
"Saya tabah dengan kehidupan dan akan terus mencapai cita-cita saya tanpa putus asa dan membantu kepada yang memerlukan"

ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK dan KAYA dunia dan akhirat.



DZOUL EZY - http://www.facebook.com/dzoul

Ceciter™ - APA PON BOLEH!!
Twitter : www.twitter.com/ceciterje
Fan Page : www.facebook.com/ceciterceciter
Email : ceciterapaponboleh@gmail.com


Klik "LIKE" dan "SHARE" kepada rakan anda supaya memberi manfaat
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini