Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, March 3, 2012

Anda Adalah “MAGNET” Kehidupan


Hukum Tarik Menarik, Hukum Sebab-Akibat, Hukum Sangkaan dan bermacam-macam lagi hukum kita akan dengar atau baca samada diblog-blog motivasi, seminar-seminar motivasi yang menyajikan pesan-pesan yang membangkitkan semangat untuk kita terus menempa kejayaan didalam hidup.

Hukum yang saya ingin sampaikan kali ini adalah “Hukum Tarikan”. Apa sebenarnya hukum tarikan ini? Hukum ini menyatakan, “Kita adalah magnet kepada kehidupan kita sendiri; secara sedar atau tidak sedar, kita sentiasa memberi daya tarikan kepada orang disekeliling, ilham, ide atau apa sahaja yang berlaku didalam hidup seharian melalui apa yang kita sentiasa FIKIR & RASAKAN secara berterusan ”


“AKU MENURUT SANGKAAN HAMBA-KU PADA-KU”


Adakah ini satu pesan atau ilmu baru didalam hidup kita hari ini? Tidak. Ianya telah disampaikan ribuan tahun dahulu lagi dan bukanlah satu perkara baru yang baru kita dengar pada abad ini. Bezanya cuma, ianya disampaikan dalam bentuk penyampaian dan terminologi yang berbeza. Hukum ini merupakan satu prinsip hidup yang penting untuk menentukan Kejayaan atau Kegagalan didalam hidup kita. “Hukum Tarikan” ini juga menyatakan bahawa setiap apa yang kita fikirkan atau rasakan di ‘ACTIVATE’ oleh emosi kita; samada POSITIF atau NEGATIF dan emosi ini akan menghasilkan medan energi disekeliling kita yang berpusat dijantung. Jantung?


Ya, jantung! Menurut kajian saintis di 'Institue Of HeartMath' , jantung kita mempunyai keupayaan untuk menerima dan menyebarkan segala bentuk emosi dalam bentuk gelombang. Setiap emosi yang kita rasakan akan membentuk paten detak jantung yang berbeza-beza dan kita juga mampu menerima emosi daripada luar melaluinya juga. Jantung diibaratkan sebagai peranti ‘modem’ yang menghubungkan dalaman dan luaran. Secara amnya jantung mempunyai 4 fungsi utama iaitu :

1. Komunikasi Saraf (sistem saraf)
2. Komunikasi Bio-Fizikal (denyutan jantung mengalirkan darah)
3. Komunikasi Bio-kimia (hormon)
4. Komunikasi Energi (medan gelombang terhasil daripada emosi; samada POSITIF atau  NEGATIF)


Rajah 1 : Rajah (atas) menunjukkan paten yang berbentuk gergaji yang terhasil daripada perasaan marah ,kecewa atau apa sahaja emosi yang negatif . Rajah (bawah) menunjukkan paten yang cantik dan harmoni terhasil daripada perasaan bersyukur,  kasih sayang, aprisiasi atau apa sahaja emosi yang positif


Rajah 2 : Rajah menunjukkan medan elektromagnet jantung yang terhasil daripada emosi (positif atau negatif). Medan ini bukan sahaja mempengaruhi sistem sel malahan gelombang ini mampu tersebar didalam radius beberapa kaki daripada tubuh. 

Medan energi inilah yang akan memberi daya tarik kedalam kehidupan kita persis seperti besi magnet yang tarik dan menolak antara satu dengan yang lain. Begitu juga dengan diri kita, sekiranya kita positif maka segala perkara  dan orang yang positif yang akan ditarik seiring dengan apa yang kita fikirkan.

Hukum tarikan ini adalah bersifat Neutral. Ianya berkadar terus dengan apa yang kita rasakan atau fikirkan. Sekiranya kita berfikiran Negatif, maka ianya akan menarik orang-orang dan perkara-perkara yang Negatif sekeliling kita. Orang yang berjaya sentiasa memikirkan dan bercakap tentang hal yang baik untuk menarik kebaikan kedalam hidup mereka. Tetapi orang yang Gagal, sentiasa bercakap tentang orang dan perkara yang mereka benci didalam hidup yang sentiasa membuatkan mereka rasa marah dan kecewa.

Tabiat baik yang harus dilakukan oleh kita ialah “ Tabiat sentiasa memikirkan perkara yang baik dalam hidup, positif, mengambarkan kejayaan atau apa sahaja perkara yang positif yang diinginkan supaya ianya menjadi kenyataan suatu hari nanti ” . Perkara ini sememangnya sukar untuk dilakukan, sekiranya kita dapat melakukannya secara istiqomah ianya mampu memberi kejayaan didalam hidup dunia dan akhirat.

Seperkara ingin saya ingatkan, sekiranya kita mencapai kejayaan dalam bentuk apa sahaja samada dalam bentuk material atau apa sahaja kelebihan dalam hidup, kita usah leka dengan kelebihan-kelebihan itu. Kelekaan itu akan membuat kita terhalang dengan sentuhan belaian kasih sayang-Nya


“Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu  kepada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia belaka ; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik
(Ali-‘Imran : 14)


Apabila ditimpa musibah atau ujian janganlah pula bersangka buruk terhadapNya, menyangka Allah menjauhi, dan tidak menghiraukan kita. Setiap musibah itu diibaratkan sebagai cemeti sang pengembala kepada ternakannya supaya kembali ke kandang. Ianya sebagai seruan untuk sang hamba kembali kedalam dakapan-Nya. Kadangkala kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan. Hadapilah dengan tabah dan redha, sabar dan tenang. Segeralah bertaubat dan istighfar kepadaNya sekiranya melakukan kesalahan.

Yakinlah Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Allah sangat menyayangi diri kita. Dengan izinNya segala kesulitan akan digantikan dengan kemudahan.


“…dan Pemelihara-mu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya” 
(Fussilat:46)

" Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. " 
(Surah al-Insyirah: 5-6)


Adakalanya setiap keburukan yang berlaku dalam hidup adalah hasil daripada kejahilan diri kita sendiri kerana tiada ilmu untuk mengenal pasti dan mengendalikan sesuatu hal seperti sentiasa ditipu dengan skim cepat ‘miskin’ , sistem piramid , pelaburan haram, sentiasa tak cukup duit dan sebagainya. Rujuklah kepada mereka yang mempunyai ilmu untuk membantu anda dalam hal ini. Dr. AzizanOsman selaku pembimbing dan berpengalaman membimbing ribuan orang yang dahulunya kurang berjaya dalam hidup dan kini telah mengubah mereka menjadi seorang yang berjaya sehingga menjadi jutawan berjaya di dunia dan di akhirat. Beliau juga dibantu oleh Abang Abu atau Mekanik$ (Mekanik Wang) untuk memberi ceramah mengenai bagaimana untuk mengenal pasti skim-skim haram didalam pasaran dan mengendali kewangan dengan bijak di “Seminar Wang Power” 2012 yang bakal berlansung ditempat-tempat yang terpilih sepanjang April ini mulai daripada 7-21 April 2012. Lawati laman www.wangpower.com untuk keterangan lanjut.


Semoga Anda Kaya & Berjaya Di Dunia dan Akhirat 


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini