Dulu kalau disebut jutawan semua
orang teringat orang Cina dan orang Arab sahaja terutama di Johor dan di
Singapura. 2/3 dari cukai yang dikutip oleh kerajaan datang dari saudagar Arab
yang berasal dari Hadharamaut. Merekalah yang menjalankan perniagaan
besar-besaran import export, mereka mempunyai gedung, gudang dan bangunan di
Singapura satu masa dulu.
Sejak Tun Mahathir menjadi
Perdana Menteri terdapat ratusan jutawan Melayu hasil dari Dasar Ekonomi Baru
yang dimulakan oleh Tun Razak. Orang Melayu sudah ramai yang berjaya
menjalankan perniagaan dan perusahaan secara besar-besaran. Mereka bukan lagi
setakat mampu buka kedai runcit dan jual apam balik, apa yang orang lain boleh
buat, orang Melayu pun boleh buat.
Peniaga kecil yang percaya rezeki secupak tak akan jadi
segantang masih terus menduduki warung.
Ada
orang kata, Peristiwa
13 Mei 1969
telah mencetuskan revolusi ekonomi dikalangan orang Melayu. Saya bukan pengkaji
sejarah ekonomi. Yang jelasnya, selepas peristiwa 13 Mei kerajaan Barisan
Nasional telah membuat dan melaksanakan berbagai-bagai dasar untuk membentuk
dan memberi sebanyak-banyak peluang supaya orang Melayu boleh kaya. Syukur
Alhamdulllah! Usaha-usaha kerajaan itu telah menunjukkan beberapa
kejayaan.
Tapi..ada juga tapinya…penyamun berbaju kebal dan kuncu-kuncu mereka.
|
Peristiwa 13 Mei 1969 |
Ada
satu perangai orang Melayu yang perlu diubah jika mereka mahu melihat ramainya
Melayu menjadi kaya dan berjaya. PHD perangai hasad dengki dan tak percaya dan
tak suka tengok orang melayu lain lebih dari mereka.
Jadi orang miskin susah. Bila ada
orang Melayu yang kaya, yang miskin sakit hati dan iri hati. Mungkin sebab itu
slogan Mahathir Bersih-Cekap-Amanah
jadi cukup penting.
Pasal ‘cekap’ semua orang mahu
cekap. Bila semua orang mahu jadi cekap, semua orang kena bertanding secara
terang-terang atau sembunyi secara sedar atau tak sedar. Dalam bertanding
itulah banyak orang tersasul dan lansung jadi sesat barat, jadi ‘tidak bersih’
dan ‘tidak amanah’. Muncullah istilah ‘hendak hidup’, hidup untuk diri dan
keluarga sahaja.
Bila sebuah syarikat atau negara
ramai orang-orangnya ‘tidak bersih’ dan ‘tidak amanah’, walaupun ramai yang
cekap, alamat akan lingkuplah negara itu. Maka yang jadi millionaire dan
millionaire mereka yang cekap tapi tidak amanah.
Keutamaan kecerdikan ke atas
kuasa kejam telah meletakkan karya Sun Tzu di tempat yang penting apabila ia
berada di dalam simpanan para diplomat, jeneral dan perancang korporat.
Dipenuhi dengan madah-madah yang provokatif, ringkas dan jelas, buku Seni Peperangan merupakan sumber
pengajian oleh pelabur-pelabur Asia dan para usahawan pada hari ini seperti
yang pernah dilakukan oleh Mao Tse-tung, Ho Chi-minh dan Vo Nguyen Giap. Orang-orang
Jepun berkata, ‘politik adalah perniagaan
manakala perniagaan adalah peperangan.’ Jikalau pasaran merupakan tempat
peperangan yang memerlukan strategi dan juga taktik, Sun Tzu telah menulis didalam
karyanya:
Umpanan mereka dengan harapan untuk untung supaya mereka menjadi
bingung dan hairan.Gunakan kemarahan untuk mengganggu mereka, kerendahan hati untuk mereka
menjadi sombong.Lebihkan mereka dengan mundur ke belakang yang menyebabkan mereka
bergaduh sesama sendiri.Serang mereka semasa mereka tidak menjangkakannya, apabila mereka
kurang bersedia.Jadilah orang bijaksana supaya anda tidak nampak dilihat.Jadilah penuh misteri supaya anda wujud dalam bentuk yang tidak boleh
dikesan.Kemudian anda akan dapat mengawal nasib pesaing anda.
‘Mafia’ di Amerika, ialah
kumpulan yang cukup terkenal ‘cekapnya’ dan cukup terkenal tidak bersih dan
tidak amanahnya. Porak-peranda jadinya manusia-manusia rakyat Amerika, walaupun
konon-kononnya mereka maju dan negara Amerika itu negara yang terkuat di dunia.
Apakah kita mahu Malaysia
jadi macam Amerika, dan kita mahu ada ‘Mafia’ dalam dunia perniagaan dan negara
kita?
Kerajaan Mahathir mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk melahirkan rakyat yang bersih dan amanah. Tapi
bila kita hidup dalam negara yang mengamalkan dasar sekular macam-macam boleh
jadi.
Mahathir gagal membentuk rakyat
Malaysia menjadi rakyat yang bersih dan amanah disamping cekap biarpun
Mahathir-lah tersenarai sebagai pemimpin Malaysia yang paling hebat, luar biasa
jika dibandingkan dengan pemimpin dunia ketiga kerana keberanian dan
kecekapannya.
Kalau rakyat Malaysia
sudah jadi umat yang bersih, cekap dan amanah, apa lagi yang pemimpin
selepasnya nak perjuangkan? Saya fikir itulah tugas paling besar bagi seorang
pemimpin kerana perjuangannya belum selesai maka kepada siapa tanggung jawab
ini diamanahkan?
Bagus dan beraninya Mahathir ini,
dia sendiri yang mengambil dan meletakkan tugas itu ke atas bahu dan kepalanya
semasa kuasa berada ditangannya ‘no man is an Island.’
Dia yang menciptakan slogan BCA. Seorang ‘policy
maker’ tak boleh menjalankan tugas implement
dalam waktu yang sama, siapa yang mesti menjalankan tindakan sebuah konsep
dan dasar sebuah kerajaan?
Mahathir gagal mahu mencapai
tujuan dan matlamat membentuk satu bangsa yang kuat, bermaruah, bersih, cekap
dan amanah. Masakan dia seorang diri boleh buat ini semua. Tuhan sudah kata ‘
Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu
kaum melainkan kaum itu sendiri’ –
Al-Quran. Kerana tujuan dan matlamat dia baik, cara dan
gaya
dia juga kita harap baik, maka saya bantu dia. Hampir semua buku saya, saya
memperjuangkan dasarnya. Tanggungjawab penulis dan pemikir, membantu
kerja-kerja dijalan Allah adalah salah satu dari kewajipan orang Islam? Hari
ini memperbetulkan umat yang rosak ini sepatutnya menjadi ‘
fardhu ain’ bukan lagi ‘fardhu kifayah’.
Orang melayu ramai yang berjaya dan
jadi
jutawan, malah billionaire di era Mahathir biarpun sekejap aje kerana
bergantung pada ‘baju kebal’ Tun Mahathir. Bukan senang nak jadi jutawan,
susah. Dan bila jadi jutawan pun bukan senang nak hidup, apa lagi nak jadi
bersih dan amanah. Kita bukan tak pernah baca kisah Howard Hugh, Paul Getty,
dan sebagainya. Dan kita tak mahu jutawan kita jadi macam Howard Hugh dan Paul
Getty kerana orang Melayu itu Islam, agama rasmi
Malaysia
tapi sebelum mengaku diri Islam, apakah anda beriman? Apakah dalam diri
terdapat roh Islam?
Untuk jadi kaya mesti berjaya
atau menang dalam terlalu banyak pertandingan dan peperangan kepintaran dan
ramalan. Kata orang, dunia perniagaan adalah satu medan
perang. Dalam medan perang orang
membunuh sebab kalau dia tidak membunuh dia akan dibunuh. Ilmu yang diajarkan
oleh Sun Tzu perlu.
Ketika Rasulullah SAW pulang dari
perang Badar, Baginda menceritakan ada perang yang lebih besar. Sahabat
bertanya, “perang apa yang lebih besar?” Jawab Nabi Muhammad, “perang melawan
hawa
nafsu.”
Masalah yang tidak disedari oleh
orang kaya ialah musuh besar yang ada didalam dirinya, syaitan ini kalau tak
dikawal akan merosakkan dan menghalang tujuan dan matlamat kita dijadikan oleh
Allah untuk menyembahnya tapi yang kita sembah berhala besar yang ada didalam
diri. Berhala dikeliling Kaabah sudah dipecahkan oleh Rasulullah SAW.
Jadi orang kaya bukan satu
kesalahan.Tak salah.
Ada orang yang
kata ‘lebih baik miskin asal bahagia. Mana lebih baik, orang kaya yang bahagia
atau orang miskin? Lu fikirlah bro… Lu nak percaya kata biawak-biawak tu?
‘
Money is the root of all evil’, atau kemiskinan mendekatkan manusia kepada
kekufuran, ‘betul tak’? ‘Betul’.
Siapa yang tak mahu jadi kaya?
Kalau semua orang kita jadi miskin kita apa jadinya? Kena jadi hamba oranglah
jawabnya. Dan bangsa kita terus hidup atas belas kasihan bangsa lain. Sebab itu
kaya itu perlu. Lagi ramai orang Islam yang beriman dan bertaqwa jadi
orang-orang yang terkaya di dunia lagi bagus tapi kalau kekayaan yang Tuhan
beri hasil yang keluar dari bumi hingga lupa diri jadi alat Yahudi dan Nasrani,
lu fikirlah bro…
…….
Petikan diambil daripada buku Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya Dunia & Akhirat,
Bab 26 : Biar Melayu Kaya . Sekiranya anda berminat untuk
membaca keseluruhan buku hasil tulisan S.H Al Attas dan Dr. Azizan
Osman ini, sila dapatkan buku di :
Pustaka
Mukmin
141 & 143, Jln Tungku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-26932364, 26936557
Sila lawati blog S.H
Al Attas (Pak Habib)
untuk mengetahui perkembangan terkini
Atau ke Facebook Fanpage
Semoga Anda Kaya dan Berjaya di Dunia & Akhirat!