Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Thursday, May 24, 2012

www.cecitermotivasi.com : BIARKAN MELAYU KAYA


Dulu kalau disebut jutawan semua orang teringat orang Cina dan orang Arab sahaja terutama di Johor dan di Singapura. 2/3 dari cukai yang dikutip oleh kerajaan datang dari saudagar Arab yang berasal dari Hadharamaut. Merekalah yang menjalankan perniagaan besar-besaran import export, mereka mempunyai gedung, gudang dan bangunan di Singapura satu masa dulu.

Sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri terdapat ratusan jutawan Melayu hasil dari Dasar Ekonomi Baru yang dimulakan oleh Tun Razak. Orang Melayu sudah ramai yang berjaya menjalankan perniagaan dan perusahaan secara besar-besaran. Mereka bukan lagi setakat mampu buka kedai runcit dan jual apam balik, apa yang orang lain boleh buat, orang Melayu pun boleh buat.

Peniaga kecil yang percaya rezeki secupak tak akan jadi segantang masih terus menduduki warung.

Ada orang kata, Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencetuskan revolusi ekonomi dikalangan orang Melayu. Saya bukan pengkaji sejarah ekonomi. Yang jelasnya, selepas peristiwa 13 Mei kerajaan Barisan Nasional telah membuat dan melaksanakan berbagai-bagai dasar untuk membentuk dan memberi sebanyak-banyak peluang supaya orang Melayu boleh kaya. Syukur Alhamdulllah! Usaha-usaha kerajaan itu telah menunjukkan beberapa kejayaan. Tapi..ada juga tapinya…penyamun berbaju kebal dan kuncu-kuncu mereka.


Peristiwa 13 Mei 1969


Ada satu perangai orang Melayu yang perlu diubah jika mereka mahu melihat ramainya Melayu menjadi kaya dan berjaya. PHD perangai hasad dengki dan tak percaya dan tak suka tengok orang melayu lain lebih dari mereka.

Jadi orang miskin susah. Bila ada orang Melayu yang kaya, yang miskin sakit hati dan iri hati. Mungkin sebab itu slogan Mahathir Bersih-Cekap-Amanah jadi cukup penting.

Pasal ‘cekap’ semua orang mahu cekap. Bila semua orang mahu jadi cekap, semua orang kena bertanding secara terang-terang atau sembunyi secara sedar atau tak sedar. Dalam bertanding itulah banyak orang tersasul dan lansung jadi sesat barat, jadi ‘tidak bersih’ dan ‘tidak amanah’. Muncullah istilah ‘hendak hidup’, hidup untuk diri dan keluarga sahaja.

Bila sebuah syarikat atau negara ramai orang-orangnya ‘tidak bersih’ dan ‘tidak amanah’, walaupun ramai yang cekap, alamat akan lingkuplah negara itu. Maka yang jadi millionaire dan millionaire mereka yang cekap tapi tidak amanah.

Keutamaan kecerdikan ke atas kuasa kejam telah meletakkan karya Sun Tzu di tempat yang penting apabila ia berada di dalam simpanan para diplomat, jeneral dan perancang korporat. Dipenuhi dengan madah-madah yang provokatif, ringkas dan jelas, buku Seni Peperangan merupakan sumber pengajian oleh pelabur-pelabur Asia dan para usahawan pada hari ini seperti yang pernah dilakukan oleh Mao Tse-tung, Ho Chi-minh dan Vo Nguyen Giap. Orang-orang Jepun berkata, ‘politik adalah perniagaan manakala perniagaan adalah peperangan.’ Jikalau pasaran merupakan tempat peperangan yang memerlukan strategi dan juga taktik, Sun Tzu telah menulis didalam karyanya:


http://en.wikipedia.org/wiki/Sun_Tzu


Umpanan mereka dengan harapan untuk untung supaya mereka menjadi bingung dan hairan.Gunakan kemarahan untuk mengganggu mereka, kerendahan hati untuk mereka menjadi sombong.Lebihkan mereka dengan mundur ke belakang yang menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.Serang mereka semasa mereka tidak menjangkakannya, apabila mereka kurang bersedia.Jadilah orang bijaksana supaya anda tidak nampak dilihat.Jadilah penuh misteri supaya anda wujud dalam bentuk yang tidak boleh dikesan.Kemudian anda akan dapat mengawal nasib pesaing anda.


‘Mafia’ di Amerika, ialah kumpulan yang cukup terkenal ‘cekapnya’ dan cukup terkenal tidak bersih dan tidak amanahnya. Porak-peranda jadinya manusia-manusia rakyat Amerika, walaupun konon-kononnya mereka maju dan negara Amerika itu negara yang terkuat di dunia. Apakah kita mahu Malaysia jadi macam Amerika, dan kita mahu ada ‘Mafia’ dalam dunia perniagaan dan negara kita?

Kerajaan Mahathir mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melahirkan rakyat yang bersih dan amanah. Tapi bila kita hidup dalam negara yang mengamalkan dasar sekular macam-macam boleh jadi.

Mahathir gagal membentuk rakyat Malaysia menjadi rakyat yang bersih dan amanah disamping cekap biarpun Mahathir-lah tersenarai sebagai pemimpin Malaysia yang paling hebat, luar biasa jika dibandingkan dengan pemimpin dunia ketiga kerana keberanian dan kecekapannya.

Kalau rakyat Malaysia sudah jadi umat yang bersih, cekap dan amanah, apa lagi yang pemimpin selepasnya nak perjuangkan? Saya fikir itulah tugas paling besar bagi seorang pemimpin kerana perjuangannya belum selesai maka kepada siapa tanggung jawab ini diamanahkan?


http://chedet.cc/blog/

Bagus dan beraninya Mahathir ini, dia sendiri yang mengambil dan meletakkan tugas itu ke atas bahu dan kepalanya semasa kuasa berada ditangannya ‘no man is an Island.’ Dia yang menciptakan slogan BCA. Seorang ‘policy maker’ tak boleh menjalankan tugas implement dalam waktu yang sama, siapa yang mesti menjalankan tindakan sebuah konsep dan dasar sebuah kerajaan?

Mahathir gagal mahu mencapai tujuan dan matlamat membentuk satu bangsa yang kuat, bermaruah, bersih, cekap dan amanah. Masakan dia seorang diri boleh buat ini semua. Tuhan sudah kata ‘Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum  melainkan kaum itu sendiri’ – Al-Quran. Kerana tujuan dan matlamat dia baik, cara dan gaya dia juga kita harap baik, maka saya bantu dia. Hampir semua buku saya, saya memperjuangkan dasarnya. Tanggungjawab penulis dan pemikir, membantu kerja-kerja dijalan Allah adalah salah satu dari kewajipan orang Islam? Hari ini memperbetulkan umat yang rosak ini sepatutnya menjadi ‘fardhu ain’ bukan lagi ‘fardhu kifayah’.

Orang melayu ramai yang berjaya dan jadi jutawan, malah billionaire di era Mahathir biarpun sekejap aje kerana bergantung pada ‘baju kebal’ Tun Mahathir. Bukan senang nak jadi jutawan, susah. Dan bila jadi jutawan pun bukan senang nak hidup, apa lagi nak jadi bersih dan amanah. Kita bukan tak pernah baca kisah Howard Hugh, Paul Getty, dan sebagainya. Dan kita tak mahu jutawan kita jadi macam Howard Hugh dan Paul Getty kerana orang Melayu itu Islam, agama rasmi Malaysia tapi sebelum mengaku diri Islam, apakah anda beriman? Apakah dalam diri terdapat roh Islam?

Untuk jadi kaya mesti berjaya atau menang dalam terlalu banyak pertandingan dan peperangan kepintaran dan ramalan. Kata orang, dunia perniagaan adalah satu medan perang. Dalam medan perang orang membunuh sebab kalau dia tidak membunuh dia akan dibunuh. Ilmu yang diajarkan oleh Sun Tzu perlu.

Ketika Rasulullah SAW pulang dari perang Badar, Baginda menceritakan ada perang yang lebih besar. Sahabat bertanya, “perang apa yang lebih besar?” Jawab Nabi Muhammad, “perang melawan hawa nafsu.”

Masalah yang tidak disedari oleh orang kaya ialah musuh besar yang ada didalam dirinya, syaitan ini kalau tak dikawal akan merosakkan dan menghalang tujuan dan matlamat kita dijadikan oleh Allah untuk menyembahnya tapi yang kita sembah berhala besar yang ada didalam diri. Berhala dikeliling Kaabah sudah dipecahkan oleh Rasulullah SAW.

Jadi orang kaya bukan satu kesalahan.Tak salah. Ada orang yang kata ‘lebih baik miskin asal bahagia. Mana lebih baik, orang kaya yang bahagia atau orang miskin? Lu fikirlah bro… Lu nak percaya kata biawak-biawak tu? ‘Money is the root of all evil’, atau kemiskinan mendekatkan manusia kepada kekufuran, ‘betul tak’? ‘Betul’.

Siapa yang tak mahu jadi kaya? Kalau semua orang kita jadi miskin kita apa jadinya? Kena jadi hamba oranglah jawabnya. Dan bangsa kita terus hidup atas belas kasihan bangsa lain. Sebab itu kaya itu perlu. Lagi ramai orang Islam yang beriman dan bertaqwa jadi orang-orang yang terkaya di dunia lagi bagus tapi kalau kekayaan yang Tuhan beri hasil yang keluar dari bumi hingga lupa diri jadi alat Yahudi dan Nasrani, lu fikirlah bro…




Anda semua dijemput hadir ke Program Transformasi Diri Pak Habib (ALXS2012) pada 7 Julai 2012 bertempat di Wadi Hussien Janda Baik Pahang. Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran sila klik link disini - http://bit.ly/ALXS2012 . Terima Kasih




…….


Petikan diambil daripada buku Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya Dunia & Akhirat, 
Bab 26 : Biar Melayu Kaya . Sekiranya anda berminat untuk membaca keseluruhan buku hasil tulisan S.H Al Attas dan Dr. Azizan Osman ini, sila dapatkan buku di :

Pustaka Mukmin
141 & 143, Jln Tungku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-26932364, 26936557
  
Sila lawati blog S.H Al Attas (Pak Habib)
untuk mengetahui perkembangan terkini
Atau ke Facebook Fanpage





Semoga Anda Kaya dan Berjaya di Dunia & Akhirat!
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini