Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Tuesday, May 8, 2012

www.cecitermotivasi.com : TAKUT atau CINTA??



Cinta adalah RAJA,
tetapi kewujudannya tersembunyi..
Al-Quran itu BENAR,
tetapi mukjizatnya tersembunyi..
Busar Cinta telah terpanah,
dihati setiap KEKASIH..
Darahnya mengalir tetapi lukanya, 
tidak kelihatan...

Jalaludin Rumi





Pernahkah anda tertanya kepada diri anda sendiri, kenapa aku kena takut dengan Allah? sedangkan DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang? Kenapa emosi NEGATIF; iaitu TAKUT disandarkan dengan Tuhan yang Maha Pencinta dan Maha Mencintai? Ada sesuatu yang tidak kena disitu, tetapi ramai yang tidak berapa endah kerana masih bersetuju yang Allah harus kita takuti bukan dicintai.

Pernahkah anda mempunyai pengalaman BERCINTA? Ya, kebanyakkannya pernah merasai rasa CINTA, kasih sayang dan rindu. Pernah atau tidak suatu ketika anda berjauhan dengan orang yang anda cintai, tetapi anda merasakan kekasih anda terlalu dekat dengan diri anda, malah lebih dekat antara kulit dan tulang anda, kerana terlalu dekat anda merasakan seperti dia sedang melihat apa yang anda lakukan. Nak bercakap dengan perempuan/lelaki lain pun terasa bersalah diri, inikan pula nak berlaku curang kepadanya. Walhal dia jauh beribu batu, nak berjumpa pun kena 'langkah' lautan, mengapa jadi begitu? Adakah anda TAKUT kepada kekasih anda atau CINTA yang teramat sangat kepada kekasih anda? Jika anda TAKUT kepada kekasih anda, anda sebenarnya belum MENCINTAI kekasih anda kerana TAKUT dan CINTA tidak boleh ada didalam SATU masa. Cinta itu adalah yang HAQ, TAKUT itu adalah yang BATIL. Yang HAQ dan BATIL tidak boleh wujud didalam satu masa.


"Apabila Yang HAQ muncul, maka yang BATIL akan musnah"


Jadi, untuk kita PATUH dengan Allah kita tidak perlu menggunakan emosi NEGATIF iaitu takut kepadaNYA. Kita harus tukar kepada; kita PATUH dan MERENDAH DIRI kepadaNYA kerana kita CINTA dan KASIH kepadaNya kerana dia juga sangat kasih dan sayang kepada kita. Dijadikannya kita supaya kita Menifestasi-kan SIFAT-NYA yang Pengasih dan Penyayang kepada seluruh alam; kepada sesama manusia, haiwan, tumbuhan.





"Tetapi kebanyakkan MANUSIA berpecah-belah dan gemar membuat kerosakkan"


DIA tidak jauh seperti kekasih anda yang terpaksa melangkah lautan untuk bertemu, DIA terlalu dekat, malah lebih dekat daripada apa yang anda sangkakan.


"...Kami lebih dekat daripada urat leher" (Surah Qaf:16)


CINTAI-lah DIA kerana DIA tidak pernah meninggalkan kamu, DIA sentiasa berada disisi kamu setiap masa dan CINTAI-lah yang lain kerana DIA juga mencintai sekalian makhlukNYA.


"Usah Mencari CINTA, carilah yang Mencari CINTA




"Like" jika anda suka dengan artikel ini..
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini