Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Monday, January 28, 2013

BERANI penawar paling MUJARAB!



Berani Bangkit Bila JATUH!



Tanpa kita sedari ketakutan merupakan racun kepada diri. Ia mampu menjejaskan kehidupan sehingga ke nafas yang terakhir. Tidak salah untuk merasa sedikit 'takut' hanya sekadar berhati-hati, tetapi selebihnya kita harus tempuhi kehidupan ini dengan berani.

Keberanian tanpa ilmu merupakan satu keputusan yang kurang bijak. Berani berniaga sebagai contohnya perlu disertakan dengan ilmu yang betul selebihnya kita tempuhi dengan berani melalui pengalaman-pengalaman kerana pengalaman itu tidak akan dapat kita perolehi dimana-mana.

Orang yang bijak akan belajar sesuatu daripada pengalaman orang lain supaya mereka boleh mengatasi halangan-halangan dengan mudah tanpa melaluinya.


"Untuk menjadi BERANI, harus bersama dengan orang BERANI"






Hakikat kehidupan ini bukan untuk mencari salah, kadangkala kita harus melakukan kesalahan untuk memahami hakikat yang sebenar. Ianya adalah proses semulajadi kehidupan. 


"Seekor kupu-kupu harus menjadi beluncas perosak tanaman 
untuk menjadi seekor kupu-kupu yang cantik"






Tetapi pernahkah anda terfikir, anda terpaksa mengorbankan seekor kambing atau lembu untuk menikmati keenakkan dagingnya yang hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja untuk menghilangkan lapar? Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan mereka mengorbankan diri mereka untuk memberi manfaat kepada diri kita. Adakah kita sanggup mengorbankan diri kita untuk kebaikan yang lain?

Belum tentu, banyak 'complain' daripada bersyukur. Pernahkah anda melihat kehidupan sebelum ini yang kita sangka banyak ranjaunya, tetapi berbekal pengalaman yang dilalui kita telah menjadi kita sekarang? Samada baik atau tidak itu bukan persoalan, kerana baik buruk hanya andaian atau hukuman ego kita semata. Hakikatnya ia bakal membawa kita menuju kesempurnaan hidup macam kupu-kupu tadi. Kan?

Harungi pengalaman hidup ini dengan berani. Atasi ketakutan dengan keberanian kerana rata-rata orang yang hebat, adalah orang yang berani berdiri walaupun hanya dia seorang diri sahaja. Sebab dia tahu hidup ini takkan mati kalau jadi berani. Tak percaya? tanya Pak Habib selaku pengasas Al Attas University Of Life dan Azizan Osman yang baru lepas menganjurkan seminar BERANI 2013 yang sentiasa dihadiri ribuan peserta samada yang baru atau yang telah lama mengikuti seminar beliau. Sangat luarbiasa! Kalau mereka ini tidak bersifat berani, mereka tidak akan menjadi mereka sekarang.

Saya percaya ada juga yang tidak berkenan dengan mereka ini dengan macam-macam tomahan dilemparkan. Bagi saya ini perkara biasa. Menjadi pelik kalau kita buat sesuatu, semua orang satu dunia ini suka kepada kita. Mesti ada 'something wrong somewhere'. 

Rasulullah yang membawa kebenaran yang mutlak itu pun ada orang yang tak gemar dengan beliau. Ada yang sanggup membunuhnya. Sebab tak sama 'wavelength'. Buat baik orang cemuh, buat jahat lagilah orang cemuh tapi boleh 'coverline'. kan? Setiap perbuatan itulah yang akan membentuk realiti kita pada masa akan datang, iaitu realiti kehidupan apabila kita meninggalkan dunia ini.

Semoga artikel ini menjadi inspirasi untuk anda terus mencari kebenaran dan melakukan kebaikan tanpa rasa jemu. Usah buat sesuatu kerana ingin orang balas baik kepada kita. Buatlah sesuatu kerana kita ingin memberi manfaat kepada yang lain seperti haiwan dan tumbuhan yang saya cerita tadi. Kan?


"If you don't like something, CHANGE it. If you can't change it, 
change your ATTITUDE. Don't complain." 
- Maya Angelou


Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda

Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini