Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, March 30, 2013

Kekurangan Diri Satu KEKUATAN

Seni Bela Diri : JUDO
Saya hadir sedikit lewat dalam majlis EDP Shah Sovi semalam. Tidak seperti Rabu minggu lepas, hadirinnya boleh dikira dengan jari. Termasuk saya, hanya lapan orang yang sabar mendengar dan mencerna maklumat berkenaan keusahawanan kaum bumiputera berbangsa Melayu. Pelik juga memikirkan kenapakah seorang Cina mualaf lebih sukarela membangkit kesedaran bangsa Melayu untuk berusaha dan berkreativiti dalam usaha niaga. Dia terlihat seperti bebiri putih di tengah-tengah himpunan bebiri hitam. Ganjil itulah yang menarik perhatian. Ghuraba?

Antara sekian banyak perkongsian Shah Sovi semalam, saya tertarik dengan kisah seorang ahli judo berlengan sebelah.

Menurut ceritanya, si penjudo adalah seorang yang tangkas dalam arena seni bela diri judo. Dia berlatih siang dan malam untuk memperkasa ketangkasan gerakannya. Kehebatannya diakui rakan dan lawan. Dia si jaguh yang selalu menang banyak perlawanan.

Namun, malang tidak berbau. Pada satu hari, dia terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan tangan kirinya kudung hingga ke bahu. Hanya tangan kanannya sahaja yang terselamat. Dia dilanda kemurungan walaupun pada hakikatnya dia masih mampu berdiri dengan kedua-dua belah kakinya, nasibnya tidak seperti Nick Vujicic.

Melihatkan kemurungannya yang berpanjangan, jurulatihnya yang lebih jaguh dari si jaguh judo ini mendekatinya.

Entrepreneurial Development
Program (EDP)
"Pertandingan judo makin dekat. Mari aku ajarkan kau satu lagi langkah judo yang akan mengekalkan kejuaraanmu seperti pertandingan-pertandingan lepas.", ajak si jurulatih.

"Guru, tidakkah kau nampak keadaan aku sekarang ni? Aku sudah cacat. Bagaimana mungkin aku dapat mengalahkan lawan yang lebih kuat, tangkas dan sempurna anggotanya daripada aku yang kudung sebelah ini?", si penjudo mengalah sebelum kalah.

"Usah kau khuatiri kehebatan mereka. Fikirkan kemampuanmu, anakku. Dalam judo, seperti juga dalam silat dan seni bela diri lainnya, terdapat kunci rahsia untuk setiap gerakan. Bersabarlah, aku akan mengajar dan melatihmu hingga kau bersedia mengunci gerak langkah mereka. Kau tak perlu menyerang, memadai kalau kau dapat bertahan.", si jurulatih terus membakar semangatnya.

"Ajarkan aku, guru!", dia akhirnya bersetuju. Mereka berlatih lagi siang dan malam hinggalah tarikh pertandingan tiba. Seperti yang dijangka jurulatihnya, si penjudo berlengan sebelah berjaya menakluki gerak langkah setiap lawannya dengan teknik 'kunci dan tahan'.

Lawan demi lawan ditewaskan, hinggalah dia didepankan dengan lawan akhirnya, seorang penjudo Rusia yang gagah perkasa, berganda tinggi dan besar saiz badannya. Penjudo berlengan sebelah gugup memandang lawan barunya itu. Dia memandang ke sudut dewan perlawanan, cuba menzahirkan rasa ragu yang mula melitupi keyakinannya untuk terus menang.



"Kau boleh, anakku! Kunci dan tahan!", jurulatihnya memberi restu.

Untuk sekian kalinya, penjudo berlengan sebelah menang lagi. Dia mendekati jurulatihnya dan bertanya,

"Guru, terima kasih kerana mengajarkan aku kunci rahsia. Namun, aku masih musykil. Aku fikir kau telah menipuku. Mana mungkin aku boleh mematikan gerak langkah mereka semua begitu sahaja. Bukankah dalam judo, setiap kunci memiliki anak kuncinya tersendiri? Kenapa gerakan kunci aku tak dapat dibuka seorang pun di antara mereka? Beritahulah aku apakah anak kuncinya, guru?", dia bertanya dengan perasaan ingin tahu yang meluap-luap.

"Anak kuncinya terletak pada tangan kirimu, anakku", ringkas jurulatihnya menjawab.

Terkedu dengan jawapan si jurulatih, dia akhirnya memahami bahawa kekurangan dirinya itulah satu kekuatan baru untuknya.

Sumber NDivineResources

Biografi PENULIS :


N Hanizah Ramli , seorang pembantu maya sepenuh masa, penulis bebas separuh masa.
Kini, beliau sedang bergerak aktif membangkitkan kesedaran para belia mengenai kepentingan HARTANAH dan PELABURAN hartanah melalui non-profit movement  ; "Akademi Hartawan Hartanah" yang diasaskan oleh Tuanbri Hashim dari Satu Solution Corporate Services.

Untuk mengenali penulis, boleh layari website beliau di www.ndivineresources.com 



Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda

Saturday, March 16, 2013

ABU: Always Believe in Urself


Christy Ng & Abg Abu
Tengahari itu, saya terima SMS dari KickstartSebagai ingatan untuk menghadiri program mereka yang akan berlangsung pada malam harinya di Bangsar. Sudah seminggu saya daftarkan diri.

Demam, selsema, batuk dan segala macam kelemahan urat sendi yang menyerang sejak Rabu lepas seakan mematahkan semangat untuk saya mengorak langkah ke MindValley malam itu. Namun, dengan bekal ubat-ubatan yang melenakan, saya gagahkan juga memandu sendirian ke MindValley. Selain dua nama besar yang diundang malam itu, Abang Abu dan Christy Ng, saya tak dapat menduga siapakah yang akan saya temui, atau apakah yang akan saya tempuhi.

Satu hal yang pasti, saya mesti mengotakan janji saya sendiri. Tiada siapa yang meminta saya hadir ke program Kickstart, melainkan atas kemahuan dan kerelaan hati saya jua. Maka, wajarlah saya memenuhi janji kepada diri ini.

Malam itu di MindValley, kehadiran saya disambut lagu rancak Tim McMorris, On Top Of The World

On The Top Of The World - Tim McMorris


I’m standing up, on top of the world tonight
And everythings working out, just right
And while the world is spinning
It’s a brand new beginning
I’m here finally winning (HEY!) So, take it up, take it over, take it out of control
Today I’m freeing my soul, and now you got me singin'
Oh Oh Oh Oh Oh
Oh Oh Oh Oh Oh Whoa

Di satu sudut tepi meja pendaftaran, saya melihat Anthony (gandingan Maverick dalam acara-acara Kickstart yang tak pernah saya hadiri sebelum ini) sedang melompat-lompat mengikut rentak On Top Of The World. Barangkali dia sedang membangkitkan aura karismanya. Allahu'alam.

Kepala saya masih khayal kesan ubat-ubatan yang diambil petang tadi. Menyedari keterbatasan diri, saya lebih banyak memerhati daripada bergaul mesra. Lebih baik diam menyimpan tenaga yang tersisa, sambil menghayati lirik lagu yang menambah deras degup jantung saya.

We gotta be the best, the best we can be
And though sometimes we don’t wanna
Still we gotta chase our dreams
Reach up, and reach high, because we’re gonna pull on through
And give it all we got, even though it can seem so hard to
Catch and make happen, but we can’t start slackin’, come on
Do what ya gotta do to fight on
So no matter what comes your way
Nothin can ruin your day
Or even wipe your smile away

Mendengarkan bait-bait lirik lagu ini, fahamlah saya kenapa "On Top Of The World" dijadikan lagu tema www.kickstart.my

Ada satu momentum dalam lagu ini yang melontar kita untuk memecahkan keterbatasan diri justru melempar kita ke dalam lembah impian yang tak bertepi. Impian agung yang lahir bersama-sama kita, yang mesti kita zahirkan dalam manifestasi hidup yang cuma sekali ini.

Selesai mendaftarkan diri, diberi pula sehelai nota kecil, dan sehelai tanda nama, saya pun mengambil posisi kosong di tepi dewan. Deretan bean bags berwarna-warni ramah menyambut kami. Terasa seperti di rumah pula. Selesa dan nyaman untuk orang separuh lena seperti saya.

Agenda malam itu dimulakan dengan sapaan Anthony yang macho. Di pentas MindValley, Anthony memperkenalkan Tanya Lopez, Maverick, Christy Ng.


Formula Untuk Berjaya ABU - A+B+C+D


Maverick selaku pengasas bersama (co-founder) Kickstart pula memperkenalkan Abang Abu, satu nama yang tidak asing lagi di kalangan anak-anak mamak Malaysia dan Singapura. Mendengarkan kisah benarAbang Abu atau nama penuhnya,  Abuayubul Ansari, mengertilah saya kenapa Tuhan mengatur kedatangan saya di MindValley pada malam itu.


N Hanizah dalam Sesi SOAL JAWAB

Kisah Abang Abu ternyata lebih tragik daripada kisah Azizan Osman atau Syed Hussein Alattas. Abang Abu yang terkenal nakalnya di zaman sekolah telah kehilangan kedua ibu bapanya akibat sebuah kemalangan jalanraya yang berlaku sekitar tahun 1994, ketika Abang Abu berusia 21 tahun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang dari USM, selepas menghantar adik kedua Abang Abu melanjutkan pelajaran di sana.

Kehilangan orang tua, rasanya seolah-olah seperti sang burung yang kehilangan kedua-dua sayap. Abang Abu, seorang anak sulung tanpa kelulusan akademik yang memuaskan, tanpa harta warisan dan tanpa saudara mara untuk disandarkan harapan telah mengorbankan zaman mudanya untuk membesarkan adik-adik yang menuntut sepenuh perhatiannya.

Dengan sedikit tabungan yang ada, di pagi hari Abang Abu menjaja nasi lemak yang dibuat oleh jiran sebelah rumahnya di Johor Bahru. Pada petangnya pula, dia bergegas ke Singapura untuk mencanai roti prata sebagai sumber pendapatan anak-anak yatim piatu yang dalam peliharaannya, waktu itu. Penat dan letih, tak pernah wujud dalam kamus hidup Abang Abu. Dia sanggup lakukan apa sahaja yang terbaik demi kelangsungan hidup adik-adiknya. Berkat kesabaran dan ketekunannya menangani hidup yang perit, Tuhan akhirnya menemukan Abang Abu dengan beberapa orang kenalan yang turut membantunya mengubah haluan hidupnya. Dalam kesempatan masa yang ada malam itu, Abang Abu berkongsi beberapa formula kejayaan yang diadaptasi dari pengalaman jatuh bangun kehidupannya sendiri.

Antara formula-formulanya:
ABU (3):

(1)
Always
Believe in
Urself

(2)
Always
Be
Urself

(3)
Always
Be
Unstoppable

GREAT:

Get
Really
Excited
About
Today

MAP:

Mind Set
Action
Plan
ABCD:

Aim
Belief
Courage (to be different)
Do It until you get it


PHD:

Passion
Hunger
Desire
Pesan Abang Abu, usahlah memandang hina pada orang yang tak berduit atau kaum pendatang yang tidak anda kenali, kerana untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kejayaan adalah hak milik semua orang yang gigih berusaha. Kejayaan tidak memandang paras rupa, nasab keturunan, atau kelulusan akademik. Semua orang berhak menikmati kejayaan sesuai dengan ukuran kemampuan diri masing-masing.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaaf, 50:16)



Sumber NDivineResources


Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda






Biografi PENULIS :



N Hanizah Ramli , seorang pembantu maya sepenuh masa, penulis bebas separuh masa.

Untuk mengenali penulis, boleh layari website beliau di www.ndivineresources.com 










Monday, March 11, 2013

AURA - Hidup Ini Seperti Frekuensi RADIO




Warna Aura Tubuh  - Warna-warna kehidupan

Saintis Rusia membuat kajian yang terperinci mengenai bagaimana diri dalaman boleh mencorakkan dunia luaran diri.

Pertama sekali kita perlu tahu apa yang dikatakan diri dalaman & diri luaran terlebih dahulu. Diri dalaman terdiri daripada emosi kita. Emosi terbentuk daripada sikap, dan sikap terbentuk daripada tabiat yang kita lakukan. Tabiat berasal daripada perkara yang kita lakukan berulang-ulang yang terbit daripada kepercayaan yang hadir daripada pemikiran kita.

Emosi Adalah Frekuensi


"Awasi setiap apa yang kita fikirkan, kerana daripada FIKIRAN itu akan membentuk PERKATAAN, daripada perkataan akan terbentuk EMOSI, daripada emosi terbentuk TINDAKAN, dan daripada tindakan akan mencorak KEHIDUPAN atau nasib hidup kita sepanjang hidup selagi kita tidak mengubah coraknya"





Kita ambil contoh satu 'study case' bagaimana daripada pemikiran mencorak kehidupan.

Ali PERCAYA bahawa kehidupan dirinya selalu tidak baik. Selalu kena tipu. Duit selalu tak cukup. Sampai dia merasakan dan memikirkan dirinya bernasib tak baik. Lalu dia berkata kepada dirinya "Hidup aku memang begini, nasib tak baik. Hampeh je..." . Ali tidak sedar bahawa perkataan 'Hampeh' itu telah 'meng-hampeh-kan' dirinya sendiri. Tanpa disedari, pemikirannya itu juga telah membentuk emosi dalam dirinya; iaitu dendam, marah, benci, sedih, takut dan sebagainya.



Rajah KIRI ; Minda TERTUTUP menutup peluang hadir dalam hidup
Rajah KANAN; Minda TERBUKA dengan ILMU yang betul
membuka peluang hadir dalam kehidupan seharian.

Emosi sangat penting sebelum terbentuknya sesuatu tindakan. Daripada emosi-emosi Ali tadi telah membuatkan dirinya rasa kurang keyakinan diri. Segala peluang yang datang ditolak mentah-mentah kerana takut orang akan menipunya lagi. Walaupun dirinya ada potensi untuk maju, banyak usahanya hanya sekerat jalan. Maka terbentuklah NASIB dirinya sepanjang hayat selagi ia tidak mengubah corak hidupnya yang berpunca daripada fikiran dan kepercayaannya sendiri.

Julat Frekuensi Emosi
Sebab itu sangat penting untuk mengawal apa yang kita fikirkan kerana ianya adalah 'benih' kepada tindakan dan nasib diri kita yang juga secara tidak lansung akan mengheret nasib orang yang bersama dengan kita; iaitu keluarga kita dan orang-orang yang kita sayangi. Fikirkan.




Saintis Rusia yang dikenali sebagai Dr. Konstantin Korotkov, seorang saintis fizik di Universiti St. Petersburg menyatakan " Setiap pemikiran diri kita samada positif atau negatif mempunyai kesan secara lansung kepada faktor sekeliling (pengalaman hidup sehari-hari). Apa yang kita percaya atau fikirkan akan membentuk realiti kehidupan luaran ".





Setiap yang wujud mempunyai gelombang atau frekuensi tersendiri. 


" If you want to find the secrets of the universe, think in terms of energy, frequency and vibration." - Nikola Tesla


Seluruh kejadian kita adalah energi, frekuensi dan getaran. Dan setiap energi atau getaran mempunyai warna tersendiri dikenali sebagai AURA.

Fotografi Bio-Electro
Aura ini dapat dilihat menggunakan alat teknologi terkini yang dikenali sebagai 'BioElectro Photography'.

Life Rich adalah antara pakar aura yang ternama di Malaysia. Jika anda ingin mengetahui warna diri anda, klik disini

Setiap getaran daripada dalam diri akan menarik getaran-getaran diluar yang sama. Sebab itu jika kita seorang yang sentiasa berfikiran positif, kita akan bersama dengan orang yang positif dan begitu juga sebaliknya. Konsepnya mudah, jika kita buka radio pada frekuensi 105.70 di Malaysia , kita hanya boleh mendengar siaran Lite&Easy sahaja. Siaran-siaran radio yang lain mempunyai julat frekuensinya yang sendiri. Kan?


Jadi, kalau kita ingin berjaya kita perlu 'Tune' frekuensi diri kita kepada frekuensi berjaya, maka kita akan dapat 'siaran' kejayaan yang kita inginkan.

Kita akan berjumpa dengan orang yang memberi tunjuk ajar kepada kita, bertemu dengan kawan-kawan yang baik sentiasa memberi sokongan, mendapat bacaan-bacaan daripada buku dan internet dan sebagainya samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Pernah atau tidak pengalaman ini berlaku kepada diri anda? "Baru tadi aku terpikir nak makan satay, ada orang belanja aku makan satay" Pernah kan? Itu adalah antara salah satu contoh.

Oleh itu, kita sama-sama muhasabah diri, cuba renungkan tapi bukan termenung ye? Lihat apa yang telah berlaku kepada diri kita sebelum ini dan perbaiki supaya 'siaran' hidup kita menjadi lebih baik dan JELAS. Untuk mendapat siaran yang jelas 'tune' kena benar-benar TEPAT. Misalnya jika kita ingin mendengar 'Lite&Easy' tadi, kita perlu 'tune' pada frekuensi 105.7, jika pada julat 105.3 siaran akan tidak jelas dan mungkin bercampur(gangguan siaran) dengan siaran lagu Tamil.

Tak percaya? Cubalah..

Anda faham apa yang cuba saya sampaikan? Alhamdulillah, semoga anda terus berjaya dalam apa jua anda usahakan. Pesan guru saya, Pak Habib yang saya panggil beliau dengan panggilan 'Abah' , kata beliau "kejayaan akan kita kecapi apabila kita mula memiliki niat untuk membantu yang lain" . Rezeki yang tidak terduga akan datang daripada pelbagai arah.

Saya doakan segala usaha anda akan berjaya, dan doakan saya juga supaya segala usaha saya berjaya. Terima kasih dengan doa anda, semoga anda sukses di dunia dan akhirat nanti.


Anda Mungkin Berminat untuk membaca :


AWAS Minda Anda Telah Di Ceroboh!
BERANI penawar paling mujarab
Akibat bermulut Puaka
Neraka untuk yang tak sedar 'diri'
Yang Mana Satu Anda?
4 Teknik Berkesan Istiqomah
3 Rahsia kunci kejayaan
Apa Didalam Diri, Begitulah diluar
Anda MAGNET Kehidupan
9 Tips Memulakan Tindakan
10 perkara mengubah hidup
Kisah Seekor Lembu
Hukum Sangkaan
Mengubah Kepercayaan Anda
Anda Mampu Lakukan Apa Sahaja
Hukum Alam Tidak Berubah
Mengubah TABIAT
Hakikat Doa
Apa itu Tabiat
Hukum Kawal Mengawal 

Wednesday, March 6, 2013

AWAS Minda Anda Telah DICEROBOH!

MINDA BAWAH SEDAR - Berkuasa Menentukan
TINDAKAN Anda.

Kanak-kanak tidak memperlihatkan sikap sebenar mereka SEBELUM mereka berusia
6 TAHUN.


Didalam jangka masa 6 tahun mereka didalam keadaan 'separa sedar' dimana minda/sikap mereka dicorak/diprogram menurut apa mereka lihat disekeliling melalui pengalaman & tunjuk ajar daripada orang-orang terdekat. Pada ketika ini keadaan minda mereka sama seperti keadaan minda di-hypnosis (program minda bawah sedar).

Sebab itu kanak-kanak didalam lingkungan usia sebegini harus dikawal pergaulan mereka, program perkara yang baik dan kawal dengan seliaan penggunaan media mereka. 

Bagi orang dewasa, apa sahaja pengalaman atau perkara yang membuatkan keadaan diri berada didalam keadaan STRESS atau tertekan disebabkan oleh EMOSI; tamak, berharap, sayang, malu, kebimbangan, cemburu, kebencian . MINDA SEDAR akan secara automatik 'Shut-Off'. Apa sahaja yang kita alami akan disimpan dan diproses 'DIRECT' kedalam memori MINDA SEPARA SEDAR tanpa seliaan/penilaian MINDA SEDAR. (Teknik Persuasif)


Rata-rata manusia zaman sekarang berada didalam keadaan STRESS atau tekanan disebabkan dengan pelbagai hal dan isu. Maka pada ketika ini jugalah jika kita tidak sedar dan tidak ada elmu, maka segala mesej-mesej NEGATIF dengan mudah di-programkan secara terus kedalam minda oleh pihak-pihak tertentu melalui MEDIA untuk memenuhi AGENDA mereka.

So, apa akibatnya?! Kita mampu BERTINDAK sesuatu tanpa berfikir! 
Itulah KEKUATAN minda bawah sedar.


JIKA ANDA TIDAK PROGRAM MINDA ANDA, MINDA ANDA AKAN DI-PROGRAMKAN.....JANGAN BIARKAN MINDA KITA DICEROBOH DAN DIJAJAH!

Klik DISINI untuk ketahui lebih lanjut.

Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini