Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Sunday, February 26, 2012

Bela-lah HIDUP mereka demi KEMANUSIAAN!



Bela-lah HIDUP mereka demi KEMANUSIAAN!

Jangan mendabik dada atas ketuanan, kalian tidak miliki apa-apa melainkan hidup seketika cuma. Usah mengangkat dada menghina yang tidak senasib dengan kamu! Ingat hidup kalian hari ini menentukan jalan hidup kalian dimasa akan datang. Maka beringat dengan apa yang diucapkan walaupun hanya didalam HATI!

Friday, February 10, 2012

9 TIPS MEMULAKAN TINDAKAN

Setiap idea anda memerlukan SATU tindakan yang POWER untuk menjadikkan ianya realiti. Kita tidak boleh duduk diam sahaja, tapi mahukan hasilnya. Itu tidak akan berlaku didalam sistem alam ini kerana sistem alam ini yang diciptakan Tuhan mempunyai sebab dan akibat-nya.

Mempunyai idea yang hebat, tanpa tindakan yang hebat tidak akan membawa apa-apa hasil. Sememangnya memulakan tindakan kadang-kala membuatkan kita terjerumus ke lembah kemalasan dan suka bertangguh “takpelah lambat lagi ni, nanti-nantilah buat” sedar tak sedar dah dekat sebulan ditangguhkan. Bagaimana cara untuk melepaskan daripada belenggu  ini dan membuatkan kita sentiasa melakukan tindakan berterusan?



1. SENTIASA SEDAR DENGAN “WAKTU SEKARANG” (NOW)

Perkara ini akan membuatkan kita sentiasa sedar dan tidak memikirkan terlalu mendalam tentang apa yang akan berlaku dimasa hadapan. “Just Do It”. Hakikatnya kita hanya ada waktu sekarang. Bertindaklah kearah yang anda mahukan.

Apabila kita mula bertindak, kita akan merasakan halangan emosi berkurangan sedikit demi sedikit dan membina keyakinan diri; sebagai contoh “susahlah”,”lecehlah”,”tak tahulah”,”tak pandailah”. Rupanya tak seperti yang kita sangkakan. Kita hanya perlu fokus kepada apa yang kita ingin lakukan dan tenang, segala usaha yang kita sedang lakukan akan mudah diselesaikan. Ketenangan akan membuatkan kita mudah mendapat ilham.

Satu cara untuk melatih diri supaya berada diwaktu sekarang dan tidak memikirkan hal-
hal yang tidak berkaitan seperti terlalu risau dengan perkara akan datang ialah dengan menarik nafas perlahan-lahan dan menghembusnya dengan kadar yang sama dalam jangka masa seminit dua.


2. MEMBERI DORONGAN

Sentiasa membantu rakan anda untuk bertindak ke arah sesuatu usaha yang hendak dilakukan. Kita mengambil satu contoh “Kuruskan badan”. Rakan anda mempunyai hasrat untuk kuruskan badan, dan anda sentiasa memberi dorongan kepadanya supaya sentiasa melakukannya secara berterusan, bukannya “Hangat-hangat tahi ayam”.

Begitu juga dengan anda, sekiranya ingin melakukan satu usaha, kongsi dengan rakan anda apa yang anda ingin usahakan supaya apabila anda kurang semangat, mereka akan membantu memberi sokongan moral ke atas diri anda dan memastikan diri sentiasa konsisten dan memberikan hasil yang baik terhadap usaha-usaha yang ingin dilakukan.


3. MENDORONG DIRI SENDIRI

Sentiasa memberi dorongan kepada diri sendiri apabila melakukan sesuatu usaha. Anda perlu tentukan matlamat anda. Sebagai contoh “Aku perlu siapkan penulisan aku ini didalam 1 jam”. Disini kita sendiri menentukan standad tanpa memerlukan dorongan daripada pihak lain.

Masalah apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa dorongan daripada pihak lain kita akan mudah terjerumus kepada sikap malas dan bertangguh kerana tak ada desakan daripada pihak lain. Tetapi, kebaikannya pula kita tidak bergantung kepada yang lain, kita ada kekuatan daya dorongan daripada dalam diri kita sendiri. Ini akan membuatkan anda lebih konsisten pada setiap masa tanpa memerlukan bantuan luar.

Cara ini anda lebih bebas bertindak dan tidak bergantung kepada jangkaan hasil daripada yang lain.


4. BERSIKAP POSITIF

Salah satu cara untuk menguatkan daya dorongan dalam diri ialah sentiasa memikirkan perkara positif.

Tenangkan fikiran anda, lakukan cara pernafasan seperti yang dinyatakan diatas kerana ilham hanya akan hadir apabila kita berada didalam keadaan tenang.

Fikiran atau rasa negatif hanya sangkaan kita sahaja. Apabila kita ubah kepada positif, fikiran kita akan lebih tenang dan segala urusan menjadi mudah. Kita selalu berdoa kepada Tuhan “Ya Allah permudahkanlah segala urusanku…” betul? Apabila kita dalam tenang dan positif, doa ini akan ‘ACTIVATE’ (makbul) dan segala urusan kita menjadi mudah.

Insya-Allah.


5. MEMUDAHKAN PERKARA YANG ANDA INGIN LAKUKAN

Kadang-kadang bila kita terlalu optimis dengan setiap perkara kita ingin lakukan, kita akan merasakan kita mampu buat semua perkara sedangkan secara realitinya kita tak mampu melakukannya.

Ringkas atau permudahkan urusan anda. Anda tak perlu meletakkan semua urusan dalam satu hari atau melakukan kesemuanya. Ada urusan anda boleh lakukan sendiri, ada yang kita boleh beri kepada orang lain pula. INGAT ini, rezeki yang kita peroleh bukan untuk kita seorang sahaja, ada rezeki hanya ‘lalu’ kita sahaja tetapi untuk orang lain. Bahagi-bahagikan.

Fikirkan atau tetapkan ‘priority’ dalam urusan. Mana yang lebih penting kita dahulukan, dan tidak berapa penting kita kemudiankan. Cara ini akan membuatkan urusan kita lebih tersusun dan memudahkan kita melakukan tindakan secara realistik.


6. “PILIH” bukannya “MESTI”

Pilih apa yang boleh anda lakukan hari ini mengikut ‘priority’ bukannya anda mendesak diri anda untuk melakukan semua perkara. “Hari ini aku boleh mulakan menulis 2 muka surat” bukannya “Hari ini aku kena tulis separuh buku”. Ikut tahap keselesaan anda.

Bukanlah maksudnya anda tak boleh menulis separuh buku, jika anda selesa,berkemampuan dan tak mempunyai kekangan-kekangan lain anda boleh melakukannya. Yang penting anda selesa dan tidak terlalu mendesak diri anda.

Apabila anda MEMILIH apa yang anda ingin lakukan, secara psikologinya anda mempunyai daya kawalan dan kuasa terhadap setiap tindakan. Ini  membuatkan anda lebih mudah dan selesa untuk membuat sesuatu TINDAKAN.


7. FOKUS KEPADA “BAGAIMANA” bukannya “JIKA”

kalau aku melabur dalam emas lepas tu rugi macam mana?”

Kita mungkin akan menghabiskan masa seharian, mungkin berminggu atau bertahun memikirkan akibat kita membuat sesuatu tindakan. Kesudahannya kita tidak membuat apa-apa tindakan untuk memajukan diri. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, fokus kepada BAGAIMANA untuk anda mengoptimumkan pelaburan anda, BAGAIMANA untuk menyelesaikan masalah, BAGAIMANA hendak mencapai matlamat anda. Buat rujukan atau kajian sekiranya perlu atau belajar daripada orang yang telah berjaya.

FOKUS kepada “BAGAIMANA” membuatkan kita lebih cekap dalam meyelesaikan sesuatu hal dan secara tidak lansung mampu membentuk sifat positif dalam diri. Ini membuatkan anda lebih mudah bertindak tanpa membuang masa memikirkan sesuatu hal terlalu lama kerana ianya tidak memberi manfaat kepada diri.


8. BERSEMANGAT@BERSUNGGUH-SUNGGUH

Setiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh dengan setiap usaha yang kita lakukan. Orang keliling anda akan lebih berminat dengan usaha anda, produk anda apabila anda bersikap bersungguh-sungguh. Ini adalah sifat semulajadi dalam diri setiap manusia.

Jika anda tidak bersungguh-sungguh, sebagai contoh anda menjual buku tapi cara anda menjual, bercakap tidak nampak lansung kesungguhan. Cakap pun malas, tak ada ‘eye contact’. Anda tidak akan dapat menjual sebuah buku pun. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sentiasa kekalkan semangat dan bersungguh-sungguh supaya diri anda lebih berkeyakinan.


9. MULAKAN DENGAN PERKARA YANG KECIL DAN MUDAH

Perkara ini selalu berlaku kepada orang yang baru lepas keluar daripada ceramah motivasi. Diri sedang semangat membara sehingga terus nak buat semua perkara yang besar.


“Kejayaan yang BESAR, bermula dengan tindakan yang KECIL dan berterusan”


Ramai yang beranggapan hendak dapat hasil yang besar perlu terusss buat tindakan yang besar. TIDAK sama sekali. Mulakan dengan tindakan yang kecil dan mudah kerana tindakan yang kecil ini dapat membina skill dan keyakinan anda terhadap sesuatu usaha. Pada masa yang sama anda akan dapat ilmu-ilmu baru ketika melakukan tindakan-tindakan yang kecil sebagai contoh; anda ingin menjadi peniaga berjaya, anda perlu membuat tindakan kecil seperti pergi ke seminar pemasaran. Amalkan atau implementasikan apa yang diajar. Baru anda boleh berjaya. Tanpa ilmu yang betul, anda akan lebih hampir kepada kegagalan.


“Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”


Bagaimana anda memulakan tindakan dan membuatkan ianya sentiasa konsisten? Kongsikan dengan saya diruangan komen dibawah.

Friday, February 3, 2012

" B-ismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīmi " بسم الله الرحمن الرحيم





B-ismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīmi بسم الله الرحمن الرحيم - adalah kalimah yang indah dan HEBAT jika kita benar memahaminya. Segalanya bermula disini. ANDA,alam,langit,bumi dan segala isi bermula DISINI. Kalimah ini sering diucap setiap kali ingin memulakan pekerjaan , makan , minum , memandu, belajar dan sebagainya. 

Tapi sayang ianya hanya tinggal ritual ucapan tanpa MENGENAL isinya. Seperti se-ekor burung telah diajar bercakap, ia akan terus mengulang ayat yang dipelajarinya tanpa memahami apa yang diajar. MENGENAL bukan sekadar mengetahui pengertiannya "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang", "In the name of God, Most Gracious, Most Merciful" atau dalam bahasa apa pun diterjemahkan. Kalimah ini tiada signifikannya jika tidak tahu ISINYA

Ini adalah kalimah KASIH SAYANG @ CINTA @ LOVE Tuhan. DIA menyatakan sifatnya Yang Pengasih dan Penyayang. DIA memulakan segala kejadian ini dengan sifat KASIH SAYANG @ CINTA @ LOVE ini. Dia memulakan firman-Nya dengan sifat ini. 

Jadi kita juga harus mulakan segala hal dengan perasaan ini. Ketika hendak makan dan minum, melakukan pekerjaan, membuat segala perkara yang baik dimulai dengan perasaan ini. Barulah tubuh badan menjadi sihat, minda semakin cerdik, jiwa semakin tenang, segala usaha berjaya, urusan mudah, dikasihi semua orang dan segala POTENSI yang terhijab di-BUKA-kan oleh-Nya. 

Ucaplah kalimah ini DISERTAI dengan perasaan KASIH SAYANG @ CINTA @ LOVE supaya anda adalah dikalangan orang yang BERJAYA/AMAN Dunia & Akhirat. Insya-Allah.
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini