Ebook TERLARIS




Artikel TERKINI

Saturday, January 28, 2012

10 Perkara Yang Mampu MENGUBAH Hidup Anda – SERTA MERTA

1. Mengubah Diri Anda

“Jika anda ingin melihat perubahan pada dunia ini, mulakan dengan perubahan DIRI ANDA”

Sekiranya anda mengubah diri anda, seluruh perkara didalam dunia ini juga turut mengalami perubahan secara tidak lansung kerana kita dan yang lain adalah berhubung kait secara lansung dan tidak lansung.

Permasalahan yang mungkin berlaku jika anda cuba untuk mengubah orang lain tanpa mengubah pada diri anda ialah ANDA TETAP DIRI ANDA. Apabila anda mengubah yang lain, diri anda masih seorang yang negatif, pemarah, sabotaj-diri dan lain-lain perkara yang tak baik masih berada pada diri anda.

“Ubahlah diri anda, perkara/orang disekeliling anda akan turut berubah”


2. Anda Menguasai Diri Anda Sendiri

“Tiada siapa yang mampu mengubah hidup anda, melainkan anda mengubahnya sendiri”

Semua perkara yang berlaku didalam hidup anda adalah bergantung kepada persepsi anda. Samada anda ingin menerima hal itu secara POSITIF atau NEGATIF. Anda berkuasa untuk menentukannya, orang lain tidak mempunyai kuasa atau hak LANSUNG untuk menentukannya melainkan diri anda sendiri. Mereka hanya mampu memberi pandangan, tetapi diri anda yang menentukannya.


3. Memaafkan Setiap Kesalahan




“Orang yang LEMAH bersifat pendendam, SIFAT PEMAAF adalah sifat orang yang HEBAT”

Setiap manusia melakukan kesilapan, dan kita juga tidak terlepas daripadanya. Sekiranya kita tetap berada dalam keegoan untuk berdendam, perkara ini tidak akan menyelesaikan masalah sampai bila-bila malahan memberi efek yang tidak baik kepada hidup anda sendiri; menderita, sakit hati, buntu dan sebagainya.

Memaafkan setiap kesalahan akan membuatkan diri anda lebih tenang dan bahagia. Kebanyakkan orang ingin hidup bahagia, tetapi diri masih bersifat dendam. Kunci kebahagiaan hidup adalah menjadi seorang yang pemaaf. Amalkan perkara ini setiap hari pada setiap kali anda ingin tidur, dengan memaafkan setiap orang yang pernah membuat kesalahan pada diri anda.


4.Tanpa Bertindak Anda Tidak Akan Kemana-mana


“Usaha yang sedikit adalah lebih baik daripada seribu doa”


Tanpa mengambil tindakan walau sedikit tidak memberikan apa-apa perubahan kepada diri walau seribu doa dipanjatkan untuk berjaya


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11)


"ILMU hanya pengetahuan yang diperoleh, KEFAHAMAN dan HASIL pengetahuan akan hanya diperoleh apabila anda mulai BERTINDAK"


Oleh itu, untuk mencapai apa yang anda inginkan, memperoleh kefahaman tentang diri anda dan seluruh alam ini, anda perlu BERTINDAK. Ilmu hanya memberikan anda pengetahuan sahaja, anda perlu bertindak untuk menjadikan ilmu itu satu kefahaman dan memberikan hasil kepada hidup anda.


“Mulakan TINDAKAN yang kecil dan KONSISTEN anda pasti BERJAYA”

  

5. Fokus Kepada Apa Yang Anda Perlu Lakukan SEKARANG.


“Esok adalah angan-angan, semalam adalah sejarah, hari ini adalah peluang untuk kita ambil dan mengubah kepada yang lebih baik”

Perkara yang terbaik supaya kita sentiasa dapat meneruskan setiap usaha yang kita lakukan adalah sentiasa memikirkan solusi pada setiap masalah yang sedang berlaku sekarang. Kebanyakkan daripada kita terlalu takut dengan perkara bakal berlaku pada masa akan datang, “takut tak diterima pandangan”,”takut orang tak suka”,”takut tak ada masa”,”takut tak ada duit”.


Perkara-perkara seperti ini selalunya yang akan menghalang, melemahkan semangat kita untuk berusaha dan sukar membuat keputusan dalam hidup. Sekiranya anda ingin berjaya atau membuat apa sahaja keputusan dalam hidup, fikirkan tindakan yang mampu anda lakukan SEKARANG untuk merealisasikannya. Biar usahanya kecil tetapi tetap konsisten kearah apa yang kita mahukan.


6. Semua Manusia Adalah Sama

“Setiap manusia diciptakan sesempurna kejadian”

Apabila kita melihat KEJAYAAN seseorang kita dengan mudah berkata “Ala dia boleh la..dia pandai aku tak pandai”. Ini adalah satu sikap yang harus dibuang terus dalam diri. Kita sendiri yang memandang rendah potensi diri. Setiap manusia Tuhan ciptakan sama sempurna. Mempunyai akal yang sama hebat, sama sempurna dan sama kuasanya. Bergantung kepada kita untuk menggunakannya atau tidak.


“Tidak kira siapa diri anda, bangsa, keturunan, kita adalah SAMA”


Setiap manusia membuat kesilapan. Kesilapan itu bukan bermakna kegagalan tetapi proses hidup untuk kita pelajari daripadanya dalam menuju kesempurnaan hidup. Setiap kesilapan kita harus mempelajarinya. Jika kita meletakkan ‘standard’ yang terlalu tinggi terhadap seseorang, ini akan mewujudkan jurang antara diri anda dan dirinya secara tidak lansung akan memberi kesan negatif pada diri anda; sikap terlalu merendah diri.

INGAT jangan mudah menyalah atau menghukum diri sendiri secara keterlaluan sehingga anda menjadi seorang yang kurang berkeyakinan. Sekiranya anda melakukan kesilapan, belajar daripada kesilapan itu dan teruskan usaha anda, bangkit, dan cuba lagi sehingga berjaya.


7. Bersikap Tabah



SIMTOM anda akan BERJAYA; Pertama, anda akan dipulaukan/dijauhi, kemudian anda akan ditertawakan, selepas itu anda akan dimusuhi, dan yang terakhir anda akan BERJAYA”


Terlalu cepat mengalah adalah satu sifat yang harus kita ubah. Kita harus lebih tabah dengan setiap dugaan/ujian yang kita terima kerana dugaan ini yang akan menguatkan kita apabila BERJAYA kelak. Tanpa kekuatan ini kita tidak akan mampu berdiri sebagai orang yang berjaya dalam setiap usaha yang kita lakukan.


Setiap usaha yang kita lakukan untuk melahirkan hasil yang kita ingini memerlukan proses. Adakalanya prosesnya mudah, adakalanya sukar. Semakin tinggi kelebihan yang kita inginkan, semakin kuat dugaan yang akan diterima. Ini adalah ‘Sunatullah’ nya atau hukum sebab dan akibat.


“Tabah dalam apa jua keadaan, sentiasa menceriakan hidup akan membuatkan anda lebih kuat semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya”


8. Lihat Perkara Yang Baik

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan pada diri. Sekiranya anda inginkan satu perubahan, FOKUS hanya kepada kelebihan atau kebaikan diri seseorang. Ini akan membuatkan anda lebih mudah dan mesra dengan sesiapa sahaja. Perhubungan anda akan menjadi lebih positif dan menyenangkan.

Apabila anda melihat kebaikkan pada seseorang, anda akan lebih mudah dan senang untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada mereka. Memberi pertolongan atau berkhidmat dengan menambah nilai hidup mereka kearah perkara yang lebih baik.

“Lebih banyak anda berikan, lebih banyak yang anda akan peroleh”

Setiap pertolongan yang anda berikan akan memberi semangat dan inspirasi kepada meraka untuk membantu yang lain pula. Sekiranya perkara ini berterusan, anda masih ingat “kita berhubung kait antara satu sama lain” ? Seluruh manusia daripada komuniti yang kecil kepada komuniti yang lebih besar akan menjadi POSITIF dan UTUH. Maka wujudlah PERPADUAN ANTARA MANUSIA.


9. Menjadi Diri Anda Sendiri

“Apa yang kita fikirkan, ucapkan, dan apa yang kita lakukan haruslah HARMONI/seiring”

Ini adalah salah satu skil yang harus kita peroleh supaya kita terus berjaya didalam hidup,disegani,berpengaruh, dan dihormati. Apabila apa yang kita fikirkan, ucapkan, perbuatan itu seiring dan sejalan anda akan merasakan diri anda lebih berkeyakinan dan bersemangat.

Apabila apa yang anda ucapkan dan fikirkan seiring, hal ini akan terlahir pada ucapan yang anda berikan kerana setiap ucapan yang benar atau palsu dapat ditentukan daripada tona suara dan bahasa badan anda.

Sekiranya tindakan anda tidak seiring dengan apa yang anda ucapkan, ini akan memberi impak yang tidak baik kepada diri anda dan orang lain.


10. Sentiasa Membuat Perubahan Yang Lebih Baik

“Perubahan hidup yang konsisten adalah hukum alam, untuk itu setiap manusia sentiasa mempertahankan setiap kepercayaan mereka supaya nampak konsisten, tetapi tidak menyedari mereka sedang berada dipihak yang salah”

Sentiasa mencari kebenaran dalam hidup adalah satu perkara yang tersangat mulia. Anda adalah lebih baik daripada mereka hanya menerima sesuatu perkara bulat-bulat tanpa menganalisanya secara kritikal atau kita gelarkannya ‘Pak Turut’.

Sememangnya anda akan kelihatan tidak konsisten dimata mereka kerana sentiasa berubah-ubah pandangan sedangkan mereka tidak tahu bahawa anda sentiasa mendapat ilmu dan kefahaman yang lebih baik setiap masa. Sekiranya anda tidak berada didalam keadaan ini, andalah yang digelar sebagai ‘Pak Turut’ atau mungkin sedang berada dipihak yang salah.

“Jika kamu mengikuti majoriti manusia di muka bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya andaian semata-mata, mereka hanya meneka-neka.”
(Surah Al-an’aam:116)

Apabila anda melihat sesuatu yang tidak harmoni pasti ada sesuatu yang tidak baik didalamnya. Carilah kebenaran anda pasti jumpa jawapannya. Memilih jalan hidup untuk sentiasa mengubah diri kepada keadaan yang lebih baik adalah satu tindakan yang berguna untuk diri dan seluruh umat manusia. Semoga usaha anda diberkati.





ANDA BAHAGIA, KAYA DUNIA DAN AKHIRAT



Wednesday, January 25, 2012

Kisah Seekor Lembu


“Aku ni banyak buat dosa sebab tu aku tak berjaya…”


Pintu keampunan Tuhan sangat luas, sebesar mana kesalahan kita besar lagi rahmat keampunanNya. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Samada kesilapan yang sengaja dan tidak disengajakan. Mohonlah keampunan segera kepadaNya sejurus sahaja tersedar daripada melakukan kesilapan. Itulah bukti keampunanNya. Seorang manusia yang waras tidak mengulangi kesilapan yang sama.




Ada satu cerita mengenai seekor lembu. Kita sedia maklum, lembu ini dikenali dengan sifat ‘bodoh’. Orang selalu memberi perumpamaan, apabila susah nak faham atau bebal akan digelarnya “bodoh macam lembu”,”lembab macam lembu” dan macam-macam lagi perumpamaan. Seperkara yang kita tidak tahu tentang sifat lembu, jika ia berjalan kemudian terjatuh dalam lubang, sebodoh-bodohnya yang kita gelarkan, ia akan mencari jalan untuk bangkit kemudian ia tidak akan lalu lagi jalan yang berlubang itu sampai bila-bila. Itu adalah seekor lembu. Kita ini sebaik-baik makhluk Tuhan ciptakan, malah dalam Al-Quran Tuhan menyatakan manusia adalah ciptaanNya yang dilebihkan dalam segala hal.


Kami memuliakan Bani Adam dan membawa mereka di darat dan laut, dan merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan kami memberi mereka banyak kelebihan yang lebih baik diantara makhluk yang kami cipta . (Surah Bani Israil : 70)


Ambillah iktibar daripada cerita lembu sebagai pengajaran untuk kita. Kita adalah sebaik makhluk ciptaan Tuhan, sudah tentu kita lebih bijak daripada lembu. Usah biarkan diri sentiasa dibelenggu dengan kesalahan lalu. Suara “kecil” didalam diri sememangnya akan sedaya upaya mencari jalan untuk menarik kita supaya tidak kehadapan. “Ko tu banyak dosa, mana boleh berjaya doh!”,”Tuhan takkan bagi rezeki melimpah kat kau, cuba ko ingat apa yang ko dah buat” dan banyak lagi bisikin-bisikan sinis yang dibisikkannya.


Wahai sahabat ku yang dikasihi, pedulikan kata ‘si kecil’ tu. Terdetik dihati dengan kesilapan lalu, kesal dengan perbuatan yang pernah dilakukan, lalu bertekad tidak mengulangi kesilapan, itulah keampunan. ‘Detik’ itu hadir lebih awal daripada segalanya. Betapa Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang-Nya Dia kepada kita. Disedarkannya kita. Apakah kamu tidak melihat?


“Tiada Tuhan selain kau, Maha Suci engkau. Sesungguhnya aku dikalangan orang yang zalim” 


Setelah ‘bangkit’ daripada kesilapan lalu, berbuat baiklah kepada siapapun, raihlah KEJAYAAN untuk kepentingan semua, kerana dengan berbuat baik kita dapat menjauhkan diri daripada kemungkaran/kesilapan.  

2:112. Ia, sesiapa yang menundukkan wajahnya (mukanya/kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang yang berbuat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

3:134. Yang menafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, dan menahan kemarahan mereka, dan memaafkan manusia; dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik,

10:26. Bagi orang-orang yang berbuat baik adalah yang paling baik, dan tambahan; tiada kegelapan, dan tiada juga kehinaan akan menutupi muka-muka mereka. Mereka itu orang-orang Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

11:115. Dan bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.


Dan yang paling penting, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kita, Insyaallah hidup lebih berjaya dan kaya dunia akhirat.


46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."


ANDA BAHAGIA,SIHAT,CANTIK, KAYA DUNIA DAN AKHIRAT


Monday, January 23, 2012

Hukum Sangkaan - Law Of Expectations


“Jika kau fikir kau boleh, kau hampir boleh melakukan, jika kau fikir ragu-ragu usaha mu tidak menentu…”



  
Lagu ini sangat popular suatu ketika dahulu, sering didengar dicorong radio setiap pagi memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha. Saya ingat lagi lagu ini juga selalu dimainkan diceramah suatu ketika dahulu pada setiap penutup acara motivasi


Apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam lagu ini?


“Apa sahaja yang kita SANGKA dengan KEYAKINAN yang tinggi, ianya akan menjadi REALITI





Dalam kata lain, kita tidak akan peroleh apa yang kita mahukan selagi kita tak MENYANGKA perkara itu benar-benar akan terjadi.


Kenapa saya berkata begini? Kerana sangkaan kita terhadap sesuatu perkara itu mempunyai POWER untuk membentuk SIKAP dan PERSONALITI kita. Semakin kuat keyakinan, semakin konsisten kita terhadap apa yang kita yakinkan beserta dengan EMOSI , PERKATAAN, dan PEMIKIRAN maka semakin dekatlah kita kepada realiti yang kita SANGKA itu. Apa yang kita fikirkan,rasakan, ucapkan (samada diluahkan dengan kata-kata atau didalam hati) itu merupakan DOA.

Doa Senjata Orang Mukmin”

"Apabila hambaku bertanya tentang ku, katakan aku dekat, aku memenuhi doa mereka yang memohon kepadaku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintahku, beriman kepadaku supaya sentiasa mendapat petunjuk" (Al-Baqarah : 186)


Apabila kita baca atau dengar perkataan senjata ini bukanlah bermakna kita menggunakannya untuk mencederakan orang. Bukan itu. Senjata disini bermaksud KEKUATAN. Kekuatan pula bukan bermaksud untuk menindas orang yang lemah, tetapi membantu orang yang lemah. Doa juga bukan sekadar permohonan tanpa ada TINDAKAN, perlu lengkap barulah ia makbul. Baca artikel mengenai doa disini.


Perkara ini anda boleh lakukan setiap hari sejurus sahaja bangun daripada tidur dengan mengatakan pada diri anda sendiri “Aku percaya segala yang baik akan berlaku sepanjang hari ini”. Sejurus sahaja anda mengungkapkannya dengan keyakinan, keperacayaan dan membayangkan perkara yang baik yang bakal berlaku, Insyaallah ianya bakal terjadi. Percaya dengan sepenuh keyakinan tanpa sedikit rasa was-was.

Jangan percaya apa yang saya katakan ini, tapi lakukan sendiri. Secara ‘Ghaib’(tidak kelihatan dengan mata kasar) apa yang berlaku? Tenaga positif akan terbentuk disekeliling anda, personaliti dan sikap anda akan turut menjadi positif, cara bercakap anda positif, ekspresi wajah anda menjadi positif, orang yang melihat anda menjadi positif dan SELURUH ALAM akan turut menjadi positif.


Perkara ini ada saya huraikan didalam Ebook saya yang akan berada dipasaran tidak lama lagi. Nantikannya, ianya bakal mengubah segala persepsi anda selama ini dan membantu mengubah hidup anda menjadi lebih Berjaya, Kaya Dunia & Akhirat. Insyaallah, semoga dipermudahkan dengan segala urusan menyiapkannya.


Orang yang BERJAYA, tanyalah kepada mereka ; “Macam mana awak boleh berjaya?” Salah satu jawapan mereka “Yakin dan percaya dengan kejayaan”. Walaupun pada permulaannya belum nampak hasil lagi, tapi mereka sudah mempercayai dan yakin mereka akan berjaya.


Untuk gembira dalam hidup mereka menyangka kegembiraan yang bakal menjelma, untuk menjadi ternama, mesti menyangka bakal disukai ramai. Mereka membina diri dalaman mereka, tabiat mereka supaya menjurus kepada apa yang mereka inginkan. Berikan yang terbaik kepada semua, sentiasa mempunyai ‘nawaitu’ yang baik dalam setiap urusan dan paling penting sekali tiada istilah KECEWA dalam hidup mereka.


Lawan kepada BAIK SANGKA adalah BURUK SANGKA. Orang yang berburuk sangka apa yang sering mereka lakukan? Saya percaya anda yang membaca ini tidak begitu. Mereka sentiasa menyangka bahawa orang lain akan menyakitkan hatinya, sentiasa sangka perkara tidak baik berlaku keatas diri jika dia membuat sesuatu perkara atau apapun tindakan dia, dan mereka ini sentiasa KECEWA dalam hidup. Jangan percaya cakap saya, lihat sendiri orang disekeliling anda yang sentiasa berburuk sangka, apa yang sentiasa berlaku dalam hidup seharian mereka? Jika ianya berlaku pada diri anda, masih belum terlambat untuk mengubahnya


Jadi jika anda ingin gembira, sihat, kaya, berjaya atau apa sahaja yang anda mahukan, mulakanlah ia daripada SANGKAAN. Pupuk diri anda supaya bersifat POSITIF, anda akan teruja dengan perubahan pada diri anda dan orang-orang disekeliling anda. Sekali lagi saya katakan, jangan percaya apa saya katakan, lakukanlah sendiri dan lihat hasilnya.



Monday, January 16, 2012

Mengubah KEPERCAYAAN anda – Miliki Minda Jutawan

Pada artikel yang lepas kita telah membincangkan panjang lebar bagai mana ‘Belief-System’ berfungsi pada kehidupkan kita seharian. Ianya adalah perkara yang tidak dapat kita lihat atau kita lebih mesra dengan istilah ‘Ghaib’. Walaupun ia ghaib, ianya memiliki POWER untuk menentukan atau mengubah jalan hidup kita sehingga akhir hayat jika kita tidak mengubahnya.



“Yang GHAIB(tak nampak) lebih POWER daripada yang NYATA(dapat dilihat)”




Secara psikologi ‘Belief-System’ apabila kita telah biasa dengannya maka ianya membentuk satu ‘Pattern’ tabiat. Apabila berada didalam pattern yang baik maka ianya akan membentuk satu tabiat yang baik, jika tidak baik maka ia akan membentuk yang tidak baik. Permasalahan yang paling UTAMA manusia adalah keluar daripada ‘pattern’ tabiat ini; tabiat merokok, cepat mengalah, cepat marah dan sebagainya.

Jika anda lihat Donald Trump sebagai contoh, dia pernah kerugian billion dollar dalam perniagaannya. Disebabkan dia memiliki Minda Billionwan, dalam tempoh yang singkat dia mampu peroleh semula jumlah kerugian malah mendapat keuntungan melebihi 100%. Sebab itu memiliki Sistem Kepercayaan yang betul, akan membentuk jalan hidup yang betul.

“Jika anda percaya apa yang anda lakukan, teruskan dengan apa yang anda percaya, anda pasti BERJAYA”


Jika dihayati dengan lebih mendalam kita akan dapat melihat bahawa ‘Belief-System’ kita berupaya menentukan TAKDIR hidup kita samada BERJAYA atau GAGAL. Gunakanlah akal secara rasional ketika menerima sebarang fakta dan maklumat. Menuntut ILMU yang betul daripada GURU yang betul.

“Kepercayaan anda akan membentuk REALITI diri anda”


Perkara yang paling penting, saya ulangi paling penting dalam membentuk sistem kepercayaan diri adalah elakkan daripada ‘Menghadkan Kebolehan Diri’. Bagi pendapat diri saya Menghadkan Kebolehan Diri sama seperti membunuh diri sendiri.

Merasakan diri tak mampu buat itu dan buat ini, rasa diri tak boleh jadi kaya, tak bijak, tak comel, kurang kreatif, tak boleh kurus, tak boleh capai apa yang diimpikan dan semuanya tak boleh.


“Memang tak ada lelaki yang setampan aku, tapi yang lebih tampan banyak”





Menjadi bertambah teruk apabila anda sendiri mencanangkan pula kepada rakan-rakan, ahli keluarga ataupun di wall facebook bahawa diri anda seperti yang disebutkan diatas. Lama kelamaan apabila anda percaya dengan apa yang anda katakan; sebenarnya anda comel akan jadik tak comel. Nak buat macam mana itu yang anda mahukan.

“Anda bukan apa yang anda fikirkan, tetapi apa yang telah anda FIKIRKAN”


Jadi, untuk membentuk MINDA JUTAWAN, anda seharusnya berfikir bahawa anda mempunyai SEGALA KEBOLEHAN TANPA HAD. Bayangkan anda mampu buat apa sahaja berbekalkan ilmu dan guru yang betul, anda pasti berjaya. Apabila anda terus secara konsisten memumpuk diri anda supaya mempercayai bahawa anda mempunyai segala kebolehan, secara tidak lansung diri anda akan membentuk satu sikap positif. Apabila diri anda menjadi positif, segala perkara yang positif  akan berlaku pada diri anda. Tak percaya? Cuba. Hidup anda pasti berubah.


Ubah diri anda supaya menjadi lebih yakin apa yang anda lakukan, lebih berani lakukan apa sahaja bentuk usaha dan mempunyai tekad yang tinggi dalam setiap usaha. Anda pasti berjaya.


ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK KAYA DUNIA dan AKHIRAT

Thursday, January 5, 2012

Anda MAMPU Belajar Apa Sahaja – APA PON BOLEH!!

Sejak daripada kecil lagi kita sudah mempunyai keupayaan belajar apa sahaja. Belajar berjalan, merangkak, makan, minum dan sebagainya. Tak ada pulak kita perlu belajar semua itu dengan membaca buku ‘manual’; “Cara Berjalan Dengan Betul”,”10 Cara Minum Susu Dengan Betul”, “Cara Makan Sebenar Seorang Bayi” . Semuanya kita belajar dengan hanya MENIRU perbuatan/perlakuan tersebut sahaja. Hebat kan?

TIRU orang BERJAYA , anda PASTI berjaya

Bertambah pelik, keluar daripada perut ibu kita, tahu pulak kita macam mana nak hisap susu ibu. Itulah KEUPAYAAN belajar kita semenjak daripada bayi lagi telah terbukti BIJAK belajar dengan cepat. Tapi kenapa apabila kita semakin dewasa, keupayaan itu semakin lama semakin pudar? Sepatutnya semakin berakal kita, semakin HEBAT dan CEPAT kita belajar.

“Apabila kita semakin DEWASA, kita semakin TAKUT belajar untuk BERTINDAK

Sejak sudah pandai BERCAKAP, BERFIKIR, MENGENAL dengan MENDENGAR dan MELIHAT, kita sering dimomok-momokkan dengan ILMU yang SESAT (baca:salah). Sebagai contoh “Jangan main nyorok-nyorok nanti kena sorok dengan hantu kopek”,”Usik la adik tu nanti polis mai tangkap masuk jail”. Ada yang sampai sekarang takut dengan polis. Asal nampak polis je menyorok, asal nampak polis je menyorok, asal menyorok je dia nampak polis la tu. Takut hantu tak usah cerita, lagi ramai yang takut. Duduk rumah seorang diri, habis semua lampu dibukanya. Lucu, tapi itulah yang telah diprogramkan didalam MINDA BAWAH SEDAR (Sub-conscious Mind) sejak daripada kecil lagi. Baca disini tentang bagaimana mengubah TABIAT.

Apabila PEMIKIRAN disertakan dengan EMOSI yang KUAT (Takut, Gembira dsb) akan lebih mudah diprogramkan didalam MINDA BAWAH SEDAR dan kemudian secara ‘AUTOMATIK’ menjadi TINDAKAN/PERBUATAN(Action) dan hasilnya DIRI anda sekarang (Result)

Saya bawa anda semua balik ke masa lampau ketika baru nak belajar berjalan. Nampak tak anda sedang berdiri memaut kerusi? Comel je kan? Sekarang LIHAT, anda cuba untuk berjalan dengan ‘2 kaki’. Orang selalu cakap “Dah dapat kaki dah dia”. Berjalan 3 tapak sahaja jatuh, menangis, 3 minit je, bangun balik jalan lagi 3 tapak ‘tertonggeng’ lagi…dan seterusnya.

Nah, pernah tak anda rasa TAKUT ketika itu untuk terus mencuba berjalan? TIDAK. Disebabkan kita tak TAKUT, kita pandai berjalan sampai sekarang malah boleh berlari lagi.


KETAKUTAN adalah PENGHALANG terbesar, untuk kita terus BERJAYA”

  
MINDA BAWAH SEDAR kita telah diprogramkan dengan macam-macam perkara semenjak daripada kecil lagi. Siapa yang mem-program-kan? Sudah tentu ibubapa kita, adik-beradik, masyarakat sekeliling,radio, televisyen atau sesiapa sahaja yang rapat ketika kecil. 

Faktor KEJAYAAN  atau KEGAGALAN kita bergantung apa yang telah di-program-kan. Semakin kuat kita percaya sesuatu perkara itu, sekuat itulah ianya menjadi ‘Belief-System’. Berhati-hati dengan apa yang anda LIHAT dan DENGAR.



“Apa yang telah di-program-kan, itulah yang menjadi DIRI KITA”

Jadi, bercakaplah perkara yang baik kepada anak-anak, terapkan ILMU yang BETUL
SE-AWAL usia mereka didalam kandungan lagi. Jangan salahkan mereka jika ‘GAGAL’ dalam hidup, kerana itulah ilmu yang telah anda berikan kepada mereka.


Ubah ‘Belief-System’ Anda

Sedar atau tidak ketika kecil lagi kita telah di-program-kan melalui kata-kata ini:

Duit adalah punca segala kejahatan, orang kaya semua penipu, orang kaya tamak, orang kaya zalim,…kena kerja kuat kalau nak duit, ingat duit boleh tanam je ke, ingat duit ni boleh ‘cop’ je, duit tak akan beri kebahagiaan,…duit tak akan pernah cukup

Sebab itulah kita jadi seperti yang telah di-program-kan diatas. Ambil satu contoh

Orang kaya tamak, mereka suka kerah tenaga ‘orang susah’ untuk menjana kekayaan mereka…”.

Tidak mustahil kepada sesiapa yang percaya sehingga menjadi ‘Belief-System’ mereka tak pernah KAYA atau BERJAYA, sentiasa susah sebab MINDA BAWAH SEDAR telah di-program-kan “menjadi kaya adalah TIDAK BAIK”, disebabkan tidak mahu yang TIDAK BAIK berlaku maka secara tanpa disedari menjadi KAYA dan BERJAYA juga TIDAK AKAN BERLAKU keatas diri. Hukum Sebab-dan-Akibat.

Ini yang dikatakan “KATA Saranan” atau “Verbal-Conditioning” samada dilakukan oleh orang lain atau diri anda sendiri akan menjadi ‘Belief-System’.

UBAH sistem-kepercayaan anda kepada yang lebih POSITIF, maka hidup anda akan turut menjadi lebih POSITIF


Cari ILMU dan GURU yang betul jika ingin BERJAYA

Bercakap dengan orang yang betul dan berguru dengan orang yang betul adalah amat penting sekali. Ramai yang takut-takut atau tidak terfikir untuk menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan adalah disebabkan kurang informasi atau ilmu pengetahuan di dalam bidang tersebut. Ramai juga yang telah menceburi tetapi masih belum berjaya kerana tidak ada mentor…

76% Orang yang gagal adalah kerana kegagalan mereka untuk memulakan tindakan. 21% Gagal kerana mereka gagal konsisten…

Petikan kata Dr.Azizan Osman

Sememangnya benar apa yang dikatakan oleh beliau. Faktor kegagalan pertama kita adalah ketika kita di-program-kan dengan ‘Verbal Conditioning’ yang salah ketika kecil, kedua bila dah meningkat dewasa pula kita BERGURU dengan orang yang salah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Kesian. Menuntut ilmu ‘Marketing’ sebagai contohnya dengan orang yang tak pernah jual sebatang pen pun. Amacam? Memang sampai sudah pen tak terjual. Akhirnya pakai sendiri. Carilah guru yang terbukti berkesan didalam apa jua bidang yang anda ingin pelajari terutama sekali dalam bidang perniagaan kerana ianya melibatkan wang, keringat, masa depan anda dan keluarga yang tercinta.


9/10 daripada sumber pendapatan daripada PERNIAGAAN dan 9/10 orang yang berniaga mengalami KERUGIAN….1/10 sahaja yang BERJAYA kerana mempunyai ILMU,GURU dan BERTINDAK dengan betul


ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK, KAYA DUNIA dan AKHIRAT



“LIKE” Jika setuju dengan artikel ini. Semoga memberi manfaat. 

Wednesday, January 4, 2012

PERCUMA – Rebut Peluang Sebelum Terlambat


iPad 2 - Apple 
Apabila anda membaca tajuk diatas, ramai pasti tertarik untuk melihat apakah barang PERCUMA yang ditawarkan tu. “Manalah tau diorang nak bagi IPAD 2 ke?”. Seolah-olah ada tarikan magnet yang membuat kita bertindak untuk klik tajuk tersebut kan? Ada juga dalam hati berkata “eleh, yelah tu..nanti klik isi borang dia suruh bayar gak..aku dah kena!”



Macam-macam jenis gelagat manusia yang akan “REACT” apabila melihat perkataan keramat ini. Kalau nampak sahaja FREE atau PERCUMA kita puji melambung tinggi “Bagusnya dia ni..murah rezeki..bla bla” tapi kalau diletakkan tanda harga anda tahu apa reaksi mereka? 

“MAK AIH MAHAL NAK….” sambung sendiri..

Saya pasti anda tak macam mereka.

Soal MAHAL atau MURAH ialah satu perkara yang SUBJEKTIF. Tidak perlu kita memaki hamun penjual yang menjual produk berkenaan samada ianya PRODUK Online @ Offline. Jika anda tidak berminat, cukup sekadar anda tidak perlu membeli produk berkenaan.

Si penjual juga perlu ada strategi apabila menjual produk pada harga tertentu. Contohnya menjual Ebook pada harga RM30. Anda perlu TAMBAH/BERI NILAI pada produk yang dijual seperti memberi REBAT pada pembelian seterusnya, 'Money Back Guarantee' atau apa sahaja strategi yang anda rasa perlu. Baru pelanggan akan rasa BERBALOI bila mereka beli produk anda.

"Sentiasa memberikan MANFAAT tambahan kepada pelanggan, supaya mereka dapat melihat PRODUK/SERVIS yang diberikan mempunyai NILAI Lebih Tinggi daripada KOS yang mereka bayar".


Tips : Jangan menurunkan harga JUALAN ANDA sewenang-wenangnya. Apabila anda menurunkan HARGA JUALAN bermakna anda menurunkan ‘PROFIT’ anda. Berikan VALUE servis/produk yang sama nilai dengan anda ingin berikan sebagai contoh RM50.00. Jika harga servis/produk adalah RM50.00 anda tahu berapa  kosnya kan?



Jadilah PENGGUNA dan PENJUAL yang BIJAK


ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK dan KAYA DUNIA dan AKHIRAT


Monday, January 2, 2012

Hukum Alam Tidak Akan Berubah…TAPI…


Setiap perkara yang berlaku pasti ada SEBAB dan MUSABAB nya. Ianya tidak berlaku dengan TIDAK SENGAJA atau KEBETULAN. Sekiranya berlaku dengan TIBA-TIBA tanpa ada PENGETAHUAN, itu bukan daripada ATURAN Tuhan yang Maha Mengetahui. Yang tidak tahu hanyalah kita sahaja kerana KELEMAHAN diri.






“Setiap TINDAKAN terdapat TINDAK BALAS SAMA dan BERTENTANGAN” 


atau didalam bahasa Inggeris


"For every ACTION, there is an EQUAL and OPPOSITE reaction"



Ini adalah daripada Teori Fizik Hukum Ketiga Newton. Pada artikel kali ini bukanlah saya ingin menjelaskan secara terperinci tentang Hukum Fizik ini, sekiranya anda berminat untuk mengetahuinya secara terperinci lawati portal akademik yang sangat terperinci yang mengandungi pelbagai ilmu untuk dipelajari di Portal Khan Academy

Apa yang mudah untuk difahamkan dalam konteks hidup seharian adalah


Pada setiap TINDAKAN kita, pasti ada KESAN/AKIBAT daripada perbuatan yang dilakukan


Perkara ini ada saya perjelaskan secara mendalam didalam artikel Hakikat Doa – Kunci Makbulnya Doa. Tiada istilah KEBETULAN atau terjadi tiba-tiba tanpa ada USAHA daripada kita. Hukum ini jelas menyatakan;

“Walaupun kita tidak tahu kenapa sesuatu perkara itu berlaku, PASTI ada sebab-musabab yang menyebabkan perkara itu tetap BERLAKU”

Samada daripada perbuatan kita sendiri tanpa disedari, hasil daripada pemikiran dan hasil daripada emosi. Berhati-hati dengan setiap apa yang kita FIKIR, RASA dan KATA kerana semua itu adalah DOA


"Setiap perkara yang anda FIKIRKAN, akan terbentuk satu EMOSI yang KUAT, daripada emosi yang kuat akan dimenifestasi kepada TINDAKAN. Jadi, apa yang terjadi pada anda HARI INI adalah apa yang telah anda FIKIRKAN sebelum ini."


“Sekiranya kita FIKIR mudah, maka MUDAHLAH jadinya”


Perkara terpenting untuk kita berjaya adalah KAWAN dan ORANG-ORANG yang kita pilih didalam hidup. “Berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan menjadi wangi”. Tapi bukan bermakna kita ‘buang’ mereka terus dalam hidup, cuma kita hanya mengurangkan masa bersama mereka. Jika anda ingin BERJAYA, luangkan lebih masa dengan orang yang BERJAYA, jika anda ingin KAYA, luangkan masa dengan orang yang KAYA.

Prinsip/Hukum untuk BERJAYA dalam hidup atau apa sahaja usaha yang anda lakukan BERHASIL adalah


TIRU apa orang BERJAYA lakukan, anda PASTI berjaya, sekiranya anda tidak berjaya, sebenarnya anda tidak melakukan apa-apa lansung


Dengan siapa kita BERKAWAN, apa yang kita BACA, apa yang kita DENGAR itulah yang menjadi DIRI KITA. Hukum yang Tuhan tetapkan sangat mudah difahami semudah 2+2=4. Tiada apa yang AJAIB hanya memerlukan ILMU dan KEFAHAMAN.

Setelah kita BERJAYA dalam hidup meneladani orang yang BERJAYA, perkara yang seharusnya kita LAKUKAN ialah “Ajar kepada mereka yang ingin BERJAYA”, sekiranya kita menjadi orang yang BERHARTA, berilah kepada yang memerlukan.


Kisah Qarun Pengajaran Buat Yang Ingin Kaya dan Berjaya

Kisah Qarun ada dicatatkan didalam Al-Quran. Memperihalkan betapa sombongnya dia apabila mendapat nikmat kekayaan dunia. Keangkuhannya tercatat didalam surah ini;

Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan umat Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. Apabila kaumnya berkata kepada beliau; 
 “Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu  dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan” 
Dia(Qarun) berkata:  “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”. Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah  telah membinasakan umat-umat sebelumnya  yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu  tentang dosa-dosa mereka
 Surah Al-Qasas : 76-78



Betapa angkuhnya Qarun ketika beliau peroleh nikmat daripada Tuhan. Sememangnya benar apa yang diusahakan adalah daripada ILMU dan TINDAKAN beliau untuk memperoleh KEKAYAAN, itu ‘Sunatullah’. TAPI bukankah RENDAH HATI dan MEMBERI kepada memerlukan juga adalah ‘Sunatullah’ juga?

Apa yang berlaku kepada Qarun disebabkan keangkuhannya? Diri dan hartanya terbenam didalam bumi selama-lamanya.

Kita harus ingat segala USAHA kita, ILMU kita, TINDAKAN kita bukanlah 100% MUTLAK daripada USAHA DIRI KITA sahaja, yang MUTLAK hanya Tuhan. Kita ambillah KEKAYAAN yang kita cari untuk mencukupkan keperluan diri kita dan keluarga, jika ada LEBIHAN berilah kepada yang memerlukan.


“KEKAYAAN tidak membuat seseorang itu ZALIM, yang zalim adalah diri RAKUS dan SOMBONG”

ORANG KAYA yang rendah hati dan DERMAWAN adalah LEBIH BAIK daripada ORANG MISKIN yang meminta-minta


ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK dan KAYA DUNIA dan AKHIRAT






"LIKE" jika setuju dengan artikel ini. Terima Kasih

Sunday, January 1, 2012

Tahun BARU - Orang BARU



Dah menjadi satu TREND mesti memasang AZAM tahun baru.
Apabila hadir TAHUN BARU, kita lazimnya akan memasang AZAM masing-masing untuk membuat PERUBAHAN HIDUP. Dah menjadi satu TREND mesti memasang azam tahun baru. Kalau tak ‘pasang’ nanti orang kata “OUT-DATED”. Jadi kita pun pasanglah azam konon-kononnya nak “UP-TO-DATE” (konon).





Ada yang ingin lebih maju didalam bisnes, ada yang ingin kurangkan berat badan, ada yang ingin berhenti merokok dan macam-macam lagi. Rata-ratanya semuanya kearah kebaikan. Takde seorang pun rakyat Malaysia yang berazam nak buat perkara yang tak baik untuk diri sendiri. Ada ke?

Ada orang kesemua azamnya sebelum ini tercapai, TAHNIAH! diucapkan, ada juga yang satu azam pun tak tertunai, masih belum terlambat untuk BERUBAH.

Ianya bergantung kepada KUASA TINDAKAN masing-masing. Pada artikel saya sebelum ini, saya ada memerincikan bagaimana cara untuk mengubah TABIAT. Ianya merupakan ‘Method’ yang disarankan oleh pakar psikologi. Menurut kajian, jangkamasa untuk mengubah KELAZIMAN atau TABIAT mengambil masa 14-21 HARI SAHAJA Baca artikel berkenaan disini

Kebanyakkan daripada kita mempunyai kesukaran untuk mengubah KELAZIMAN. Tetapi dengan berbekalkan ILTIZAM dan DISIPLIN diri, Insya-Allah segalanya mudah “Sekiranya kita FIKIR mudah, mudahlah JADINYA”

3 perkara PENTING untuk membuat PERUBAHAN DIRI

  1. Niat
  2. Disiplin
  3. Konsisten

Tiada siapa yang BERKUASA untuk mengubah DIRI melainkan DIRI SENDIRI.

AZAM AKAN BERHASIL JIKA...

BERHENTILAH menjadi seseorang yang suka MEMBERI ALASAN kerana orang yang suka memberi alasan adalah TANDA-TANDA diri sedang berada didalam ‘KERUGIAN’.

Mempunyai MASALAH ketika mengharungi hidup, itu perkara biasa kerana itulah yang membuatkan kita LEBIH KUAT. Sekiranya mempunyai masalah atau halangan didalam hidup, kita harus LEBIH FOKUS kepada jalan PENYELESAIAN bukan masalah yang dihadapi. Terlalu FOKUS kepada masalah, maka MASALAHLAH yang akan DATANG. Bukannya sikit, bertimbun-timbun datang, lepas satu-satu. Jadi sentiasa fikirkan penyelesaian, maka jalan penyelesaianlah yang datang membantu. Kadang-kadang ia datang daripada ‘arah’ yang tidak terduga.

BIASAKAN diri membuat perkara-perkara yang BAIK lagi BERMANFAAT kepada diri kerana KEJAYAAN kita DILUAR (Material) adalah KEJAYAAN kita DIDALAM (Spiritual). Apa yang berada DILUAR tidak akan MENDAHULUI yang DIDALAM.

Sentiasa BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH kepada Tuhan terhadap apa yang ada. Apabila kita BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH, Tuhan akan tambah lagi NIKMAT, DIA Maha Kaya.

PERBANYAKKAN MEMBERI. Lebih banyak kita memberi, MAKIN BANYAK kita akan terima. Pada setiap usaha, kita perlu sentiasa MENAMBAH NILAI dalam setiap usaha yang kita lakukan kepada orang lain. Pulangannya BERLIPAT KALI ganda. Ini janji Tuhan.

Sentiasa mendapat KEBERKATAN dan RESTU ibubapa. Pintu KEBERKATAN hidup adalah DOA ibubapa kita kerana merekalah ‘Pintu’ kita kealam ini, dan daripada mereka jugalah ‘Pintu’ segala KEBAHAGIAAN dan KEJAYAAN kita. Ini adalah perkara TERPENTING tetapi ramai yang mengambil ENTENG. Tanpa RESTU mereka, segala usaha kita menjadi SIA-SIA.

Sebab itu kebanyakkan daripada kita “Bila nak mula je sesuatu, terbantut ditengah jalan”. Tak boleh nak “Pergi” kata kebanyakkan orang. Ini adalah salah satu puncanya selain daripada tidak mempunyai ILMU dan SISTEM pelaksanaan yang betul kerana setiap sesuatu mempunyai ‘jalan’ yang telah ditetapkan oleh-NYA atau dipanggil “Sunatullah” baca artikel mengenai “Sunatullah” disini

Semoga di TAHUN BARU ini kita menjadi ORANG BARU yang tercapai segala yang kita azamkan. Baik yang baru kita azamkan atau yang tak terlaksana sebelum ini.

Setiap KEJAYAAN bermula dengan usaha yang kecil, usaha yang kecil itu LEBIH BAIK daripada niat yang mulia(niat yang baik tapi tanpa tindakan)


ANDA BAHAGIA, SIHAT, CANTIK dan KAYA DUNIA dan AKHIRAT


"LIKE" jika setuju dengan artikel ini. Terima Kasih

Pesta Bunga Api TAHUN BARU 2012

Jepun

Australia

Dubai & Moscow

Indonesia

Malaysia
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin terjemah Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik


Artikel Popular Minggu Ini